Assalamualaikum semua...
lupakan kisah terkurung di luar bilik tu.. jom kita teruskan percutian.. hehe distinasi seterusnya ialah ke pantai TANJUNG BENOA .. asal nya sebuah perkampungan nelayan tetapi dah bertukar menjadi water sport yg popular.. sebelum ke sini kami singgah shopping dulu di JOGER.. saya suka kedai ni.. kalau banyak duit tentu dah memborong banyak T shirt.. tapi terpaksa mengawal nafsu membeli .. kesian kan.. Di JOGER ni banyak menjual T shirt yg di tulis dengan kata kata.. ada yg sesuai utk semua peringkat umur.
beli juga la selai jangan tak beli.. adik pun selai mem beli beg yg ada tulis2 tu..
Di TANJUNG BENOA kami ke Pulau Penyu.. menaikki bot . seram juga naik bot tengah laut ni tanpa memakai life jaket.. bukan sebuah dua bot yg meluncur laju di laut luas tu.. bersimpang sior kata orang tu.. oleh sebab kumpulan kami ni ramai tak boleh la nak naik satu bot kena lah sewa dua.. ok lah biar gambar2 ni bercerita..
suspen je dalam boat ni..
Adik memberanikan diri utk memegang seokor punyu... anak penyu kot.. ada juga beberapa rakan lain yg memegang penyu tu... saja nak ambil feel kot hehe
zino pegang penyu yg dalam air je lah... penyu ni pulak tak boleh nampak orang dia datang sondol.. ada yg terjerit dan melatah bila tetiba penyu tu dah ada di kaki hehe..
kemudian bergambar dengan burung kakak yg dah tua.. hehe burung tu pulak malu2 je...
ada pulak kelawar yg besar... oops bukan inilah batman sebenar.. wang waktu siang dia tidu waktu malam baru aktif menyelamatkan dunia..
kali ni adik seronok sungguh bergambar.. kalau tak tu nak ambik gambar dia surukan muka.. hehe
di akhir sesi lawatan bergambar beramai2.. semua nampak happy .. ini aksi gaya bebas la kenkononnya..
selain pulau penyu tempat ni juga pepular dengan sukan lasak ni.. masa nak datang tu ada lah beberapa orang nak mencuba termasuk adik... bila melihat dia orang yg main tu terapong2 di udara rasa seram la pulak.. lagi tu tak ada tunjuk ajar terus nak terbang.. kang tak geti macam mana nak turun atau landing dalam laut hehe.. baik tak usah.. tengok je lah..
tazkirah oleh pak kamar
gereja
Pura
sebahagian dari bangunan sekolah yg masih dalam pembinaan.. yg unik nya formwork yg di guna ialah buloh.
waktu solat zohur kami di bawa ke masjid Agong yg terletak di Nusa Dua jalan menuju ke Uluwatu.. Pembangunan masjid ini di lakukan oleh BTDC Bali Tourism Development Center.. di sebelahnya di bangunkan sebuah gereja Kristian, dan tempat ibadat umat Hindu.
ini membuktikan kerukunan pelbagai agama di Bali.. walaupun majoritinya beragama Hindu. sebelah masjid terdapat sebuah sekolah agama.. dan dari masjid kami dapat melihat aktiviti di sekolah.. dan ada juga bahagian sekolah yang masih dalam pembinaan mungkin membina kelas2 tambahan.
selesai solat kami pegi makan la... lepas tu mandi manda di tepi pantai.. kabar nya ada yg berkayak tapi kayak nya tak bergerak .. siapa tu ? hehe
tungguuuuuu...
Ni mahu 10 episod pun tak habis lg ni... :)
ReplyDeletekakcik..
ReplyDeletedah nak habis dah.. tapi macam nak sampai sepuloh juga ni hehe