Friday, June 5, 2015

jom kita ke BALI episod dua..

Assalamualaikum semua...

Rombongan ke Bali terpisah dengan dua penerbangan.. satu group bertolak sebelah petang 29hb Mei 2015 manakala group kedua bertolak sebelah malam.. group pertama naik MAS group kedua naik AIRASIA.. kenapa jadi macam tu?? Confirmation utk joint pun berperingkat peringkat.. siapa yg confirm dulu dapat tiket awal.. yg confirm kemudian kena cari harga terbaik pada masa itu..... harga tiket berubah2 ikut promosi..




saya mem adik Faizal dan Nadia dan sorang lagi kawan Ezuan ( masa tu tak kenal lagi ) berada dalam group kedua dan naik AIRASIA.. bertolak jam 7.45.. penerbangan mengambil masa 3 jam . Penerbangan lancar dengan cuaca yg sangat baik.. Waktu di KL dengan Bali sama.. berlainan kalau kita ke Jakarta berbeza 1 jam.. Sebaik kapal terbang mendarat hujan telah turun dengan lebat.. sehingga nak naik ke atas bas yg menunggu pun tak boleh terpaksa lah bas tu gostan sampai ke tangga kapalterbang.. semasa penerbangan tak ada pulak Pilot kata cuaca buruk..  


Sampai di Ngurah Rai International Airport ezuan dah sedia menunggu.. nasib baik dia yg awal kerana dalam jadual awal sebelum ni kami yg sepatutnya terbang lebih awal.. hehe so dia yg kena rentang kapet merah utk kami .. bila hujan lebat tak jadi bentang la hehe.. Malam tu kami transit di hotel POP tak jauh dari Airport.. Bila melancong ni tak perlu stay di hotel yg banyak bintang.. asal selesa dan boleh nyenyak tidu cukup.. 




Selepas breakfast terus check out dan program pelancongan kami pun bermula.. Transport yg di sediakan utk kami ialah sebuah Van dan sebuah kereta Avanza.. Dulu masa melancong di Bukit Tinggi Van yg di sediakan muat utk semua ahli seramai 14 orang.. tapi kali ni Van yg di sediakan kecik sedikit dan terpaksa di tambah dengan kereta..ini mungkin gara gara isu confirmation tadi.. maka terpisah lah masa dalam perjalanan.. JOKE kami dalam van orang dalam kereta tak boleh dengar.. biasa la bila dah ramai ramai tu macam2 cerita keluar.. Masing masing sporting dan boleh menerima apa saja gurauan.. yg ni pun penting bila berjalan beramai2.. kalau boleh kata orang tu biar satu kepala hehe.. zino dah bersama sebahagian mereka dalam dua trip sebelum ni jadi dah memang serasi dan boleh masuk.. hehe






tempat pertama yg kami lawati ialah Danau Bratan terletak di kawasan Bedugul Candikuning, Kecamatan Baturiti , Kabupatin Bali. Di Danau ini terdapat sebuah PURA iaitu PURA ULUN DANU.. iaitu tempat suci penganut hindu Bali.. nak masuk kawasan PURA ini ada pantang larang nya mengikut penganut hindu di sini.

Kedudukan Danau ini berada di tanah tinggi dan dingin..  kadangkala berkabus... perjalanan ke Bedegul mengambil masa 1 jam dari Denpasar.. ini merupakan distinasi pelancongan yg selalu di lawati setiap pengunjung.. bergambar membelakangkan bangunan yg unik...

sebelum sampai ke Danau Bratan.. singgah di Taman Sari Bedegul... tetiba ada yg mengeluarkan ular.. hehe.. rupanya ramai yg geli geliman bila tengok ular ni.. dalam ramai2 tu cuma dua orang yg berani mendekati dan memegang ular yg telah di jinakkan itu.. kalau anda berani cuba la.. tapi kalau ragu2 baik tak usah.. juga dua ekor musang yg jinak.. saya sempat memegang anak musang tu je..










Bila sampai ke mana2 tempat pelancongan.. ber selfie dan welfie sudah menjadi satu kewajipan.. kalau dulu bila ambil gambar terpaksa bergilr atau minta bantuan orang lain... tapi sekarang semua boleh dilakukan sendiri.. tambahan pulak dengan adanya monopod.. meriah dengan gambar2 selfie kami...

ada lagi... tunggu...





11 comments:

Kakcik Seroja said...

Baiklah...saya tunggu episod seterusnya. :)

zareda said...

Mmg meriah ni

Murni Alfathunnisa said...

happening ni...berani sungguh awek tudung purple tu posing dengan ular ye..hehehhee....

Chenta said...

fuhh,, mencabar sungguh tgk ular besar2 tu..

anyss said...

assalamualaikum,
jangan lambat tau...mood tengah nak baca ni :D

zino said...

kakcik
di jangka terbit esok hehe

zino said...

Zareda
dah macam satu keluarga besar

zino said...

Murni
nanti sahut cabaran yg sama ya bila berpeluang kesana.. hehe

zino said...

Chenta

cabaran yg hanya di sahut oleh dua orang sahaja hehe

zino said...

Anyss
di jangka terbit esok hehe

zino said...

dongmei
tq tq