Thursday, June 4, 2015

Jom kita ke BALI.... episod satu

Assalamualaikum....

Selamat berjumpa lagi... lama blog sepi tanpa berita.. ok kini zino datang dengan berita baru.. kisah percutian ke Bali.. perancangan percutian kali ini telah di sebut sejak balik dari kunjungan kami ke Bukit Tinggi dulu.. bila ada kawan yg bertanya kemana lepas ni ?? ada beberapa tempat telah di cadangkan.. akhirnya majoriti bersetuju utk ke Bali.. 

Bagi zino sendiri inilah kali pertama utk ke Bali dan kali ke empat melancong ke Indonesia .. berlainan tempat.. bermula ke Bandung lima beranak... kemudian ke Bukit Tinggi bersama group.. di ikuti ke Surabaya dengan rombongan kerja dari Opis.. dan kali ini ke Bali..

Memang telah lama berhajat nak ke Bali dan perbagai  cerita telah di dengar berkenaan Bali.. dan kalau kita google pun ada pelbagai cerita kita boleh dapat tentang bali.. Kisah keindahan alam sekitar nya budaya setempat dan pegangan agama penduduk nya.. semua sangat menarik utk kita ketahui dan pelajari.. Bali juga menjadi pilihan mat mat salleh dan minat salleh.. kenapa ? 

Satu masa dahulu Bali di kejutkan dengan kisah pengeboman hotel yg di penuhi mat salleh dan minah salleh.. gempar satu dunia.. dan palbagai spekulasi timbul akibat peristiwa itu.. industri pelancongan terjejas dan pendapatan orang tempatan juga terjejas... bila masa berlalu manusia mudah lupa... Bali kembali gah dan meriah dengan kebanjiran pelancong asing yg sangat2 di alu alukan penduduk tempatan. 

Yang unik nya Bali ini majoriti rumpun melayu di sini beragama Hindu.. katanya hindu di Bali tidak sepenuhnya sama dengan Hindu di India.. banyak telah di ubahsuai mengikut unsur2 tempatan dan tidak terpengaruh dengan anutan hindu di India.. rupanya tidak semua melayu itu Islam dan Islam itu melayu seperti yg selalu kita sebut di Malaysia. Rumpun melayu di Bali ini beragama Hindu..

Perkara ini menjadi persoalan di otak pemikiran zino.. kalau ikut sejarah nya seluruh nusantara indonesia malaysia dan kawasan sekitarnya merupakan penganut Hindu sebelum kedatangan Islam.. bila Islam di bawa masuk oleh mubaligh arab yg berdagang ke Acih, Indonesia.. dan akhirnya ke semenanjung tanah melayu melalui Melaka.. nenek moyang kita dahulu semua bertukar menganut agama Islam.. tapi kenapa penduduk Bali masa itu masih mahu mengekalkan agama nenek moyang mereka.. 

Rata rata penduduk Bali sangat ramah dengan pelancong dan sangat taat dengan agama mereka.. kemana saja kita pergi .. apa saja bangunan yg kita jumpa simbul agama sangat di tonjolkan .. upacara agama di lakukan dengan penuh adat dan tertip.. wah telalu banyak yg nak di ceritakan...

Tunggu episod selanjut nya.... sebab ini baru mukadimah..


14 comments:

  1. assalamualaikum,
    waaaaaaa baru intro ka?

    okeh...ambo tunggu episod seterusnya

    ReplyDelete
  2. Mukadimah pun dah panjang he he..
    sayangkan..dah kalau ramai hindu..macam mano makan..ada ko kodai makan islam

    ReplyDelete
  3. Komen ikut sini baru lepas kot...

    ReplyDelete
  4. agaknya berapa peratus penduduk Bali yg berugama Islam ?

    ReplyDelete
  5. Tak prenah sampai Bali, dengar citer dari orang dulu eh...

    ReplyDelete
  6. Anyss
    episod kedua akan muncul tak lama lagi

    ReplyDelete
  7. Acik Erna
    kena cari kedai orang jawa atau madura.. mereka tu islam

    ReplyDelete
  8. al lavendari
    ada dalam 10 % je islam..

    ReplyDelete
  9. mamawana
    nanti saya cerita lagi.. cer tengok menarik tak hehe

    ReplyDelete
  10. NARDtheNERD
    alhamdulilah impian dah jadi kenyataan..

    ReplyDelete
  11. Chenta
    tq tq... jemput datang lagi ya.. hehe

    ReplyDelete