Assalamualaikum..
Masih dalam mood raya kan... Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua yg sudi membaca atau yg masih berminat membaca blog zino yg dah tenggelam timbul ni.. lebih banyak tenggelam dari timbul nya pun.. ada masa nya idea mencurah datang ada masa nya kering kontang.. ada masa nya rajin melampau dan selalu nya macam ilang mood menulis hehe
Kali ini zino ingin merakam perjumpaan bersejarah kami setelah terpisah sekian lama.. yg dulu sama sama belajar di Sekolah Dato Abdullah , Astana Raja Kota N.S atau singkatan nya SEMENDA lepas LCE tahun 1972 !!! lepas tu ada di antara kami tidak bertemu langsung.. atau mungkin pernah berjumpa tapi dah lupa bila dan di mana.. sebahagian kami dulu berpindah sekolah masa di tingkatan 4 dan 5.. dan sebahagian yg lain kekal di sekolah yg sama. habis sekolah masing masing sibuk di kolej atau menyambung pelajaran di tempat2 lain..
Baru baru ini atas inisiatif kawan kawan satu group whatapps di ujudkan dan kami mula mengumpul seberapa ramai rakan yg sama sama belajar di dulu utk berkumpul semula dalam satu kumpulan.. semakin hari semakin ramai rakan yg dapat di kumpulkan.. sehingga sekarang menjecah lebih 50 orang.. bukan sahaja rakan satu kelas tetapi rakan kelas sebelah.. walaubagaimanapun ada di antara rakan yg masih old skool tak ada whatapps katanya hehe..
Bila dah berkumpul banyak la cerita nostalgia yg keluar dan kisah mengimbau sejarah silam tak pernah padam.. ada saja isu dan topik jadi perbincangan .. selain isu isu kenakalan sebahagian kami semasa sekolah dulu menjadi bahan setiap kali "berbual" kami juga membiancang isu isu yg lebih serious hala tuju kumpulan kami ini.. masing masing dah menghampiri 60 siries.. sebahagian nya telah pun bersara dan sebahagian lain hanya menunggu masa utk menjadi YB.. InsyaAllah jika umur panjang tahun depan zino juga bakal bersara..
Selain bertinteraksi sesama rakan kami bercadang membawa kumpulan ini utk menjadi penggerak hal hal kebajikan dan kemakmuran kampong masong masing sebagai sumbang bakti kami kepada masyarakat.. mengadakan majlis kunjungan dan ziarah di kalangan keluarga ahli yg uzur dan sebagainya menyampaikan sumbangan zakat di kalangan ahli kepada fakir miskin di kampong kampong yg di pilih.. (seperti kata pengerusi ada 15 masjid utk kami jelajah )..
Selain itu di maklumkan 10 orang di kalangan rakan rakan kami telah terlebih dahulu meninggalkan kami semua.. semuga roh mereka semua di cucuri rahmat dan segala dosa mereka semasa hayat di ampunkan Allah. Al Fatihah..
Semoga semua rakan dan sahabat akan terus komited supaya group ini terus aktif dan mesra .. setiap masa ada saja isu yg di ketengahkan.. ada yg shif pagi shif petang dan shif tengah malam pun ada .. ONLINE dalam group.. hehe dan ada juga yg masih senyap sunyi tidak sempat menyampuk dalam perbualan yg hangat semanjang hari.. zino sendiri tak dapat nak ikut perbualan sepanjang masa .. tapi bila sesekali masuk tu dia jauh ketinggalan.. dan selalu nya miss story2 yg hangat.. hehe..
Kepada sahabat semua... semoga selalu dalam perlindungan Allah. sihat tubuh badan di terima semua amalan dan sama sama lah kita saling ingat mengingatkan saling tegur menegur saling nasihat menasihati.. amin..
6 comments:
1972..wow lama dah tu...bestkan dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama...
Angah
alhamdulilah di beri kesempatan berjunpa kembali.
Angah
alhamdulilah di beri kesempatan berjunpa kembali.
heheh memula ingat amende la semenda ni :)
makcik & gang pun bakal buat reunion jugak ogos ni
Makcikkantin
selamat bersua geng lama
Makcikkantin
selamat bersua geng lama
Post a Comment