Friday, December 25, 2015

Jalan Jalan Cari Asam Pedas...

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua.. wah mesti dah ada macam plan kan. Ada yg holiday ke luar negara dan ada yg melancong dalam negara yg memang ada banyak tempat menarik... 

Kali ni kami tak rancang nak kemana2 pun walaupun saya tetap bercuti sehingga hujung tahun.. so kami buat program sepontan je.. sepatutnya program bermula semalam. Tapi tertunda oleh sesuatu hal yg tak dapat di elakkan..

Mem ajak ke Melaka nak makan asam pedas katanya.. zino on je.. perjalanan ke Melaka lancar. Cuaca pun baik. Awan pun melambai2.. 

Singgah minum pagi di RnR Seremban.. sekali ternampak abang jual lemang kat sudut tu..teringin pulak nak rasa. lemang tu 2 inggit dan rendang di jual ikut gram. Nak sikit je buat colek lemang.. 

Sebaik masuk tol air keroh terdengar ucapan dari pendengar melalui radio hotFM .. katanya selamat hari jumaat kepada sahabat2 dia. La hari Jumaat ke ? Hehe boleh terlupa hari bila nak berjalan.. hehe. Masa tu dah jam 12.45.. jalan jem. Wah kena cari masjid cepat2 ni. Tanya abang Waze.. kat mana masjid negeri? Dia tak jumpa.. lepas tu tanya masjid je. Keluar senarai masjid.. pilih je lah yg mana dekat..dan follow instruction.. hehe


Akhirnya sampai ke Masjid ni. Yg unik nya masjid di Melaka ni dia tak ada dome seperti kebiasaan masjid di tempat lain. Senireka bumbung nya mengambil kira senireka masjid yg di bina sejak zaman berzaman dengan bentuk yg tersendiri. Katanya senireka dari negeri Cina. Tak sempat nak google utk cari fakta.

Satu sudut lain bangunan masjid yg unit penuh dengan unsur2 sejarah. Alhamdulilah sempat solat Jumaat di sini bersama ribuan (ehh sampai ke seribu..?) Ada kot masjid penuh melimpah sampai ke luar. Selesai kami solat turn kaum ibu pulak tumpang solat.. 


Selesai mem solat pencarian asam pedas pun bermula.. memula ingat nak pergi kedai yg biasa kami makan tu je. Restoren kecil terletak tak jauh dari taming sari. Tetiba mem kata nak terai tempat lain pulak.. minta dia google sambil zino terus drive.. 


Last last mem cadang nak terai asam pedas claypot.. set balik kat waze utk tunjuk arah... satu melaka rasa nya kami berpusing2 sebelum sampai jalan Laksamana.. tanpa bantuan waze harus tak jumpa hehe


Bila sampai tengok ramai yg berdiri di luar restoren.. mem kata jom la ke tempat lain.. ehh susah payah mencari tak kan nak pergi mcm tu je.. zino dan adik pun pasang strategi utk menunggu di dalam agak2 yg dekat nak habis makan tu.. tunggu kat tepi meja pressure biar mereka habis cepat hehe.. teknik ni menjadi ada satu couple bagi laluan utk kami.. 


Tercapai juga hajat mem nak makan asam pedas.. bila tanya nak datang lagi tak? Mem jawab tak sama macam mak masak... ehh mana ada restoren dalam dunia ni boleh lawan masakan mak.. ? Mak goreng ikan bilis je pun bertambah2 nasi.. asam pedas lebih2 lagi la. Dah kenyang pun boleh kata lapar.. hehe


Tapi secara average ok juga la kot kalau tak sedap masa kan penuh sesak restoren tu kan. Tapi taste masing2 kita berbeza.. mem lebih suka di restoren kecil dekat taming sari tu.. mungkin tempat ni femus sebab selalu di viralkan dalam fb dan blog.. 


Bila dak kenyang suka hati.. hehe

Kami makan di sini.. Ada lagi sebuah di seberang jalan sama nama .. sama baju pekerja nya mungkin satu tokei.. 

Nak tanya siapa tau 
siapa tokei restoren asam pedas ni? 


Balik singgah RnR Air Keruh.. terliur tengok mangga madu ni... Nak tunggu harum manis lambat lagi musim nya hehe...tapi mahal juga rupa nya mangga ni.


Ini lagi satu restoren yg saya cakap tadi..baru nak set meja kat luar tu..

Skrg kami dah sampai semula KL sekian JJCM kami yg singkat.. hehe..

Jumpa lagi

No comments: