Saturday, January 2, 2016

Kayuh sampai lenguh selama 2 tahun bermula 9.30 mlm 31.12.2015 hingga 2.00 pagi 1.1.2016

Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah kita telah pun melangkah ke tahun baru .. tahun 2016.. empat tahun je lagi nak sampai ke tahun keramat.. tahun 2020..tercapai ke apa yg telah di rancang utk di capai pada tahun itu.. sama sama kita tunggu jika panjang umur..

So apa yg anda lakukan menyambut tahun baru? Ada yg relak je kat rumah bersama keluarga ada yg keluar ke tempat di mana di adakan upacara sambutan . Pertunjukan bunga api dan sebagai nya.. 

Manakala saya pun melakukan kerja yg tak pernah saya lakukan sebelum ini. Iaitu berkayuh di malam menjelang tahun baru. Berlaku secara spontan bila Riz mempelawa nak joint tak kayuh mlm sejauh 50 km. Saya terus jawab nak.. Riz pun terkejut yg saya serious nak joint.. terus minta lokasi utk berjumpa..maka kami pun berkayuh selama dua tahun hehe

Pendekkan cerita mlm tu saya bersama 37 rider yg lain memulakan kayuhan di ambang tahun baru bermula di Taman Anstek sepang. Terdapat tiga pasukan yg memang telah biasa dan berpengalaman berkayuh. Team anstek team dari Banting dan Team Mas. Saya ni wakil team mana pulak hehe.. team bebas. 

Saya sendiri tak berapa pasti route mana yg di ikut tapi saya rasa lalu merata tempat sehingga ke KLIA litar lumba Sepang dan ke dataran Nilai. Pada saya satu jarak yg sangat jauh dan mencabar jiwa raga.. ini merupakan pengalaman pertama. Yg professional bergerak pantas yg semi pro bergerak sederhana yg amatur bergerak perlahan. Mengikut ke upayaan masing masing. Ada masa nya saya terpaksa turun menolak beskal bila melalui bukit yg menyiksakan hehe.. 

Walaupun saya mengayuh perlahan ada ahli yg sentiasa menemani supaya saya tak tertinggal jauh bersaorangan dan sesat kemana2.. sebab saya pun tak tau route mana yg nak di ikut. Mereka sering memberi kata semangat supaya terus berkayuh walaupun jauh tertinggal. Macam2 peristiwa berlaku sepanjang perjalanan. Di satu ketika salah seorang peserta tayar besksl meletup.. terpaksa lah rakan yg lain membantu. Ada juga yg gagal meneruskan kayuhan dan terpaksa berpatah balik. Dan saya meneruskan kayuhan .

Sempat berehat sekejap di dataran nilai dan mengambil gambar sebelum berkayuh pulang. Beberapa km sebelum sampai kaki mula rasa sakit dan kayuhan semakin perlahan. Sepanjang perjalanan sentiasa ada dua dan tiga orang yg beriringan kayuh bersama.. bila melalui kawasan yg mendaki mereka membantu menolak saya supaya meringankan sedikit kayuhan. Ada masa nya dua orang rakan di kiri kanan membantu.. saya tetap juga mahu bertahan supaya sampai ke tempat bermula.. tapi bila dah tinggal 1 atau 2 km ke garisan akhir kaki semakin sakit dan rasa kejang.. terus saya bagi isyarat tak larat lagi nak kayuh.

Kami terus berhenti dan salah seorang dari mereka volentier nak ambil kereta utk bawa saya dan beskal balik. Nak berjalan pun dah semakin sakit.. alhamdulilah.. Mereka semua rakan yg sangat prehatin dengan kebajikan rakan kayuhan lain. Riz pun selalu call bertanya abah kat mana ok ke.. sebab tak dapat bersama kerana membantu rakan yg pecah tayar basikal tadi.

Satu pengalaman yg sangat berguna.. kekuatan mental sangat penting supaya terus bertahan dan bertarung.. sekarang sudah ada lesen 50km hehe.. 


Akhirnya sampai juga ke Dataran Nilai..sempat bergambar dengan peserta yg mahir selok belok kayuhan 


Nak ulang datang sini bukan nak kayuh sangat tapi pot nak tengok kapal terbang landing secara dekat.. kapal terbang landing sebelah pagar tu je. Semasa berkayuh situ entah berapa banyak yg kapal terbang landing silih berganti. Nak tangkap gambar tak nampak gelap .. tu yg nak repeat tu. boleh "lumba" dengan kapal terbang 


Ini lah laluan nya..

6 comments:

  1. Tersangat over the limit utk pakngah.. tak boleh buat selalu andak.. belum cukup ready

    ReplyDelete
  2. Tersangat over the limit utk pakngah.. tak boleh buat selalu andak.. belum cukup ready

    ReplyDelete
  3. bestnye pakngah..kayuh ramai2 seronok..xterasa penat sgt..

    ReplyDelete
  4. Salam blogging abah zino hehehee :-)

    ReplyDelete