Friday, February 12, 2016

Kayuh santai hujung minggu

Assalamualaikum...

Sabtu lepas zino cadang nak kayuh di sekitar taman perumahan ni je dapat sejam dua jadi lah.. tapi mem ajak ke Tang Ling nak beli pokok bunga.. so zino pun angkut beskal sekali..

Sementara mem berurusan dengan tokei bunga zino meronda di sekitar kawasan botanical garden.. gambar2 ni tak ikut susunan ikut dan yg mana di download dulu.. gambar pertama ni di pintu masuk ke Planaterium.. anda dah sampai ke ? Kalau belum elok bawa anak2 kesana melawat dan belajar alam cerkawala.. 

Gambar ke dua ni pulak Taman burung.. katanya kawasan kurungan burung terbesar di asia ke di dunia... dah pernah masuk ke? Belum juga !!!  hehe elok sangat lapang kan satu hujung minggu utk melancong ke sini..

Yg ni pulak taman kancil.. berapo ekor kancil dalam tu zino tak tau.. lalu kat luar je kalau nak tau kena lah berkunjung ke sana..masuk free je.. tapi ke taman burung tu kena la bayau..

Edible garden.. apa yg ada situ ya.. agaknya tanaman yg boleh di makan kot.. hehe zino tak sempat nak tinjau sempat tangkap gambar je..


Nampak tak nampak tak??? nun kat hujung tu..ada canopy.. kalau mlm canopy tu di limpahi cahaya lampu yg berwarna warni.. sangat cantik.. di situ ramai ibu bapa yg bawa anak anak bermain di bawah tu.. teduh dan lapang.. sesuai utk anak2 berlari2.


Kat botanical garden ni ada beberapa air terjun.. yg ni salah satu nya.. tapi mcm air tak berapa nak banyak. Sistem pam sedang di selenggara.. sejuk mata memandang air terjun ni.. suka bunyi air tu..air menderu kata orang tu..

Ini lah pintu masuk ke taman botani negara.. macam laman ketibaan la.. zino pun firstime ke sini projek ni pun baru siap.. sesuai utk bergambar . Datang la.. datang la

Zino pun nak interframe juga bila kayuh sensorang ambil gambar pun sensorang juga la.. nasib baik la boleh selfie.. kalau tak susah juga nak merakam gambar sendiri.

Kayuh punya kayuh sampai ke pintu gerbang Parlimen.. nak pusing satu round dalam tu tak boleh la.. kawasan larangan tapi zino dah pernah masuk bangunan parlimen ni. Dua kali masa graduation dulu.. ambil diploma dan ambil ijazah..sekali lagi masa bertugas semasa persidangan.
Ada juga la pengalaman masuk dewan rakyat walaupun duduk kat belakang je hehe..
 
Dari bangunan parlimen zino ke tugu negara.. penat tau kayuh naik bukit..tapi sampai gate je ramai pelancong dalam tu tak sesuai nak seret basikal masuk.. kena kejar pulak dengan pak gud..nanti..

Ini lah tempat yg dah berpuloh tahun tengok dari jauh je.. tak pernah berpeluang nak dekat.. kecuali jika berjalan kaki.. naik kereta tak ada tempat nak berhenti sejak dulu tengok je lah.. so kali ni zino kayuh ke sini baru lah boleh sampai dekat..


Ini pulak masjid bukit aman.. seluruh ruang solat di selungkup bumbung dome yg besar. Gema dalam masjid ni sangat kuat terutama bila kosong. Cakap perlahan pun terdengar gema nya.. melantun lantun cam mana tu hehe

 Yg ni pulak ke esokkan hari nya.. baju tak tukar hehe masam pun tak ada orang kisah.. zino joint car free morning bersama ezuan dan warga kota.. ramai yg datang bersama keluarga.. kecik besar tua muda sama menyahut cabaran berkayuh dan beriadah di tengah bandar. Masa lain jangan di buat. Kereta banyak bahaya..

Car free morning ni sebulan 2 kali ahad pertama dan ketiga setiap bulan. Bila kenkawan nak joint ni? Nak saya sebut nama ke? .. ok la zino nak jemput semua geng blog dan FB sama2 memeriahkan CFM ni.. kalau tak ada beskal pun tak apa .. ada basikal sewa di sediakan.. janji datang ok.. hehe

Yg penting nanti boleh selfie berlatar belakangkan KLCC.. masa lain mana boeh buat berdiri atas jalan raya tangkap gambar..

Ok lah gambar pun dah habis nak tempek.. cerita pun dah habis.. lain kali story lagi.. kbai..

No comments:

Post a Comment