Sunday, March 13, 2016

Kayuhan amal dan sihat 6 UKM Putrajaya UKM

Assalamualaikum..

Sekali lagi zino menyertai program kayuhan . Kali ni di anjurkan oleh UKM dan Perbadanan Putrajaya. Bermula si UKM dan berakhir juga di UKM.  Katanya Kayuhan Amal dan Sihat..


Malam sebelum event tu dah standby dah esok nak pakai baju apa.. tak ada lah tercari cari lagi.. macam banyak na baju nya hehe


Ini je rakan yg ikut serta kayuhan ni
Yg lain tu nak tunggu event yg besar kot..


Sekali terjumpa kawan zino yg bertugas sebagai pensyarah di UKM dia ni sama belajar di UTM dulu.. muka je yg tak berubah rubah masih macam student.. tapi dah pangkat besar di UKM tu Professor lagi.. hehe.


Sebenar nya dia juga yg flag off kami semasa permulaan kayuhan


Kayuh dari UKM ke Putrajaya dan balik ke UKM.. ada lah dalam jarak 30 km.. tapi perjalanan agak mencabar ada pendakian bukit yg panjang.. ini kira nya berehat selepas pendakian dan tunggu rakan rakan yg selow..macam la zino ni pecut laju kan hehe


Prorider mesti la tak sabar nak berkayuh lagi.. asyik kena stop je bila nak.habis... pro yg cakap la.. penganjur kata tunggu dulu sampai semua peserta berkumpul semula. 


Ini dah sampai Putrajaya tapi belum sampai garisan penamat. Kena behenti sekali lagi.. bergabung dengan pengayuh dari putrajaya..


Wah!!! macam event powerman pulak. Sebenarnya powerman tu esok hari nya . Nak join tak sanggup sebab tak cukup power. Melibatkan larian kayuh basikal dan lari semula... tak sanggup den tapi kata nya 3000 penyertaan dari dalam dan luar negara 


Sampai di putrajaya berjumpa pulak dengan geng zino di sama . Dia pulak menguruskan sambutan ketibaan kami. Event ini di anjur bersama UKM dengan Perbadanan Putrajaya.


Ini pulak engineer di tempat zino .. jarang jumpa rakan sepejabat masa berkayuh. Selalu dia orang join tapi nak  terserempat tu macam payah je.. tambah lagi bila peserta yg ramai. 


Kayuh sampai malam hehe tak lah ini di sebabkan kamera trick je ni.. sebenarnay tengah panas terik.


Beskal pun nak rehat


Aksi yg tak boleh bla.. hehe
Macam best je kan hehe


Yg ni masa kayuh balik kena pendakian satu bukit yang panjang.. mencabar sungguh.. jalan dah le sibuk kenderaan banyak.. nak kena share pulak dengan pengayuh amatur.. hehe


Akhirnya sampai kegarisan penamat dan dapat medal. Tahniah kepada diri sendiri dan rakan rakan yg lain..


Ini apa kes ni hehe nak cerita juga la kan sikit pun jadi lah...lepas kayuh ada seorang rakan yg datang nak "date " dengan zino hehe.. dia nak belanja zino makan so kami pun pegi lah makan.. tinggalkan rakan lain di sana utk cabutan no bertuah.. saya dah kira bertuah la ada orang belanja..


alamak paparazzi dah tangkap gambar hehe siapa kenal ? Yg empunya diri tu tau lah siapa kan .. dan yg kenal dia pun tau yg lain lain tu buat2 tau je lah.. tak perlu la nak cerita semua kan hehe. Terima je sebab belanja zino.. lain kali cendul pulak ya hehe

Tamat

4 comments:

  1. tahniah abah
    nanti kita kayuh lagi

    ReplyDelete
  2. Kat rumah ni, tuan basikal dh gantung basikal. Tak ada masa n geng

    ReplyDelete
  3. Rashid Shukri
    terima kasih... insyaallah

    ReplyDelete
  4. pB
    kena komited nak berkayuhh ni.. dan perlu ada kawan.. baru jadi

    ReplyDelete