Sunday, August 14, 2016

Kayuhan amal..

Assalamualaikum...

Sekali lagi kami rakan rakan  dari Sendayan Cycling Club, SSC dapat bersama sama dalam kayuhan amal yg di anjurkan Laguna cycling Club LCC dengan kerjasama Sg Nipah Cycling Club. Sekinchan.

Kayuhan sejauh 38km pergi dan balik melalui jalan pantai sejauh 13km sebelum masuk balik ke jln bertar.. laluan di tepi pantai sangat mencabar.. kerana laluan nya sempit hanya muat utk sebuah basikal shj.. dan tak ada ruang utk memotong.. dengan jalan yg berbatu.. beberapa biji basikal menghadapi masaalah bila tayar pancit .. zino berdoa semoga perjalan lancar tanpa di belenggu masaalah.

Memula tu bila di beritau supaya berhati2... takut di kejar lembu.. rupanya betul2 berlaku di depan mata.. dua kali kes lembu menerkam ke arah kami. Nasib baik lembu2 tu di ikat.. kalau tidak ada yg terjun ke laut utk selamat kan diri.

Selain dari masaalah itu kayuhan berjalan lancar. Pit stop pertama kami di hidangkan dengan minuman yg enak siap dengan roti jala dan kurh gelang.. kemudian perjalanan di teruskan sehingga ke sekolah tahfiz darul falah..

Sekolah Tahfiz ni masih dalam pembinaan dan mengalu ngalukan sumbangan orang ramai utk menyiapkan nya.. pelajar di Tahfiz ni semua nya perempuan.. kepada yg ingin menyumbang boleh lah menghulur bantuan mengikut kemampuan masing2..

Sebelum balik singgah pulak di rumah YB sekinchan dan di jamu pulak dengan air kelapa gading... tiga kali stop tiga kali minum.. hongeh di buat nya..

Laluan kayuhan kali ini sangat landai .tak ada busut tak ada bukit tak ada gunung. Maka nya kayuhan berterusan tak boleh nak rehat.. ,

Ada penaja 
Duta minyak masak hehe

Geng kayuh..


Ready utk memulakan kayuhan 

Semua peserta sudah bersedia

Pitstop pertama

Dato yg baik hati..

Sesi bergambar

Selfie sambil bergambar

Di sediakan air yg best

Baru sampai ke sekolah Tahfiz..

Anak2 sekolah tahfiz

Sesi taklimat


Presiden Sg Nipah cycling club
Sekolah tahfiz yg masih belum siap pembinaan .. sumbangan di alu alukan.

Menyerahkan sumbangan


Ustaz yg menguruskan sekolah tahfiz


Anak anak sekolah tahfiz

Bendang

Selfie dengan pokok kelapa pun ok

Sesi lawatan berakhir jom kayuh balik

Dato mengalu ngalukan kehadiran peserta kayuh di rumah dia.


Lagi selfie bersama buah kelapa

Dari lensa mereka

Semasa berkayuh


Berehat

Bersama idola uncle shade


Bergambar beramai2

Bergambar di pitstop pertama

SEKIAN

No comments: