Assalamualaikum...
1.0 Tempat pertama yg kami lawat ialah rumah terbalik. Rumah terbalik yang di bina di Tamparuli KK ini telah di buka kepada orang ramai pada bulan Feb. 2012. Semua struktur dalam rumah ini terbalik.. hehe. Mula2 tu tak perasan pun kami dah sampai ke rumah terbalik, sebab navigator abah kat sebelah tak cakap pun dah sampai hehe. nasib baik terperasan signboard tu.. dari luar memang tak nampak rumah terbalik ni.. kena u turn balik .. nak masuk di kenakan bayaran.
sebelum ni ada lah tengok gambar2 rumah terbalik ni di blog kawan2.. dan kini giliran kami pulak nak tayang.. lewat tak apa dari tak ada langsung kan hehe.. segala bendaa yg di susun di dalam rumah tu di letak terbalik, kata nya tak boleh ambil gambar dan bila masuk pun ada jurucakap yg mengiring dan memberi penjelasan. kat dalam rumah katanya tak boleh ambil gambar, so tak dapek la den nak tunjuk cam mano ghupo kek dalam tu, nak tau poe lah sendiri hehe
kata nya lagi ini merupakan rumah terbalik pertama di Asia tenggara..!! Tapi sekarang kat KL pun dah ada
Dari Tamparuli kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, tempat utama yg kami ingin lawat. Kundasang adalah satu kawasan tanah tinggi di kaki gunung Kinabalu, terletak di daerah Ranau. Keindahan alam sekitar di KUNDASANG mempesonakan. Dalam perjalanan tu rupanya ada beberapa pot kita boleh bergambar dengan berdatar belakangkan Gunung Kinabalu. ada pot yg kami terlepas. Jalan menuju ke KUNDASANG beriku liku kalau nak berenti kena plan awal2 , nak stop spontan memang tak sempat dan bahaya. Bila ternampak pemandangan yg cantik dan rasa nak ambil gambar, kalau ada kawasan lapang utk park kereta berhenti je.. jangan la kata esok je lah.. esok belum tentu anda dapat melihat benda yg sama.. keadaan cuaca di sini boleh berubah sekelip mata.. hehe
ini satu pot yg kami berhenti dalam perjalanan nai ke kundasang tu.. sempat la merakam beberapa keping gambar di sini, walaupun bukan pot terbaik tapi kawasan ini ada kawasan lapang utk meletak kereta.. dan selamat. Cuma kena berhati2 kat sini banyak anjing, walau pun tak nampak ganas tapi kadang kala menyeramkan juga hehe.
ini di kawasan hotel yg kami menginap, Dari hotel boleh nampak gunung tapi sayang nya kedudukan susunatur binaan tidak menafaarkan pemandangan indah gunung . tidak ada spot yg kita boleh melihat gunung tanpa di halang oleh bangunan. sepatutnya mereka peka pandangan ke gunung adalah satu aset penting dan sangat berharga.. itu lah pun tujuan bila berada di Kundasang. melihat ke arah gunung Kinabalu yg tersergam indah sangat menenangkan.
nextime kalau datang lagi kena cari hotel yg lain hehe..
ini pasar di pekan Kundasang, pelbagai hasil bumi di jual di situ. beruntung mereka yg duduk di sini dapat menikmati sayur sayur yg segar, buah2an yang pelbagai jenis dan pelbagai produk penduduk tempatan..
bukan sahaja pandangan gunung yg cantik, pandangan le lurah , pandangan awan juga menarik sebuah lukisan lanskap yg sangat indah.. Bila berjumpa pemandangan yg menarik kami akan berhenti utk merakamkan nya jangan tunggu esok. esok akan terbentang lanskap yg baru.
kat tepi jalan pun tepi jalan lah..segala yg menarik cuba di rakam.. sebenarnya keindahan yg kami lihat tidak mungkin akan dapat di rakam sepenuhnya tidak mungkin lensa kamera mampu menterjemahkan sebagaimana mata melihat.. keindahan ini perlu di lihat sendiri . alangkah indah nya lanskap yg Allah ciptakan utk kita mengambil iktibar dan pengajaran dari nya.. lanskap lukisan alam ini berubah sepanjang masa dan berubah setiap kali nya.. Rasa nak tinggal di sini berhari2 semata mata utk menikmati keindahan alam.
pemandangan di waktu malam di sekitar
kawasan hotel
pemandangan di waktu pagi. apa yg kami lihat semalam berbeza apa yg di lihat hari ni
IKLAN
Lawatan seterusnya ke ialah ke ladang lembu desa dairy farm. Pagi ni kakak pulak nak drive dan abah jadi navigator.. hehe Ladang terletak tak jauh dari hotel kami menginap. memula suspen juga bila awal pagi tu hujan, Kalau hujan seharian maknay terperap je lah dalam bilik hotel tu. Tapi alhamdulilah hujan hanya sekejap, bila hujan berhenti. lanskap yg kami lihat sangat menakjubkan. Subhanallah.
bergambar di gerbang masuk ke kawasan ladang. Dari sini pun anda pasti terpegun melihat keindahan pemandangan ke arah Gunung Kinabalu. dengan kepulan awan yg meliputi sebahagian gunung menambah indahkan lagi lanskap yg terbentang. Pengeunjung2 yg datang pasti akan berhenti di gerbang ini utk merakamkan gambar sebelum meneruskan perjalanan masuk.. lagi pun memang kena berhenti pun utk membeli tiket.
gambar gambar yg di rakam sekitar
kawasan ladang..
sesi memberi susu kepada anak lembu. macam baby pulak lembu2 ni bila di beri susu menggunakan botol dan puting macam baby hehe..
kami hanya bermalam satu malam saja di Kundasang . memang tak puas kalau boleh nak duduk lebih lama.. apa kan daya kami ada masa yg terhad. Dalam perjalanan ke Ranau kami singgah di beberapa lokasi utk merakam keindahan lanskap alam yg terbentang..
Kami meneruskan perjalanan ke Ranau...
BERSAMBUNG
menunggu hari nak ke sabah juga...heheh
ReplyDelete