SATU CATATAN SEORANG PESARA.. BUKAN KOMPLAIN.
1.0 Hari ini saya ada appoinment di HKL, katanya kena puasa dan datang pukul 8.00 pagi. Appointment ni dah di set masa datang minggu lepas lagi.. jam 9.00 baru kami sampai maklum lah terpaksa merempuh jem bersama warja kerja KL. itu pun nasib baik dapat parking di tkt satu.. masa datang utk mendapatkan appointment minggu lepas.. mencari parking berputar2 dari satu tingkat ke satu tingkat.
2.0 Mula ke tempat buat appointment dulu.. kali pertama nak cari tempat ni entah berapa ramai yg saya tanya.. naik tangga tingkat satu belok kiri belok kanan jalan terus belok kiri .... berpeloh di buat nya..Disana saya di beri satu surat utk datang lagi buat appointment. hanya nak tahu bila kena datang lagi..(set appointment je baru) . Sampai sana saya di beri satu borang yg telah siap bertulis utk ke satu department lain. kata nya di bangunan baru. tanya apa nama bangunan tu tak ada jawapan.
3.0 Bila sebut bangunan baru saya ingatkan bangunan tinggi yg di bina di tempat parking dulu. bila sampai situ ehh bangunan ni belum siap masih berhoarding.. kat hujung sana dah buka kot.. tapi semua masih berpagar. confirm bukan di sini." itu la tadi tak nak bertanya..!!" memonong je jalan.. mm kat siapa nak tanya ni kawasan ni di bahagian belakang bukan ramai yg lalu lalang pun.. tetiba nampak seorang berbaju putih berjalan di seberang jalan.tentu pekerja di sini. cepat cepat melintas utk bertanya.. dia menunjuk ke satu arah "kat sana , ikut saya ".. dia berjalan pantas.. saya pun kena berjalan pantas.. dia langsung tak menoleh.. lambat cicir..
4.0 Sampai di satu lobby bangunan baru yg bersebelah jalan Pahang tu baru dia toleh ke belakang. dan menunggu saya sampai..saya tak jauh pun dari dia.. dan masih memberi isyarat utk saya mengekor dia, last last dia berhenti dan menunjuk ke satu arah, "di sana nampak tak orang beratur tu , kat situ" kemudian dia berlalu mungkin dah lewat nak punch card kot hehe.. tak sempat nak ucap terima kasih. saya tengok ramai yg beratur dan ramai juga yg tidak beratur , saya bertanya yg beratur last sekali tu.. kat sini ke nak buat ni.. sambil menunjuk kan borang yg saya bawa, dia pun tunjukkan borang yg sama sambil angguk kepala.. wow !! ramai nya orang.. beratur ni baru nak ambik no.
5.0 Mungkin depan saya ada dalam 30 orang sedang beratur, semua nya warga emas, ramai yg lebih senior dari saya. ada macam2 alasan la tu mereka ke sini. dalam 20 minit baru dapat no. 2124.. bermakna 123 orang yg lebih awal dari saya.. ini baru no pangkal 2 yg pangkal 3 lain 5 lain 8 lain lagi.. tentu ada alasan mengapa di asing2kan walau pun datang dengan tujuan yg sama. dah dapat no kena lah menunggu no di panggil.. no terakhir di panggil baru 2071 bermakna ada 42 lagi di depan saya.. ok tak apa saya tunggu. meninjau ninjau juga tempat duduk yg di sediakan.. pada notis di luar katanya ada 300 tempat duduk di sediakan.. semua penuh.. berdiri je lah di luar..
6.0 Sambil menunggu sambil berbual dengan abang2 di sebelah2.. rata2 mereka lebih senoir dari saya dan telah berulang kali datang ke sini.. kata nya bila kita berbual ni tak sedar lama menunggu hehe. Bila berdiri lama kat sini macam2 benda yg saya perhatikan. Keadaan setiap orang yg lalu depan saya, ada yg bertongkat ada yg berkerusi roda ada yg kelihatan sangat uzur, dari raut wajah kita boleh menilai. berbeza kalau kita berada di supermarket, yg kita lihat semua wajah ceria.. happy dan segak .. kat sini semua muram, suram dan sugul... INSAF.
7.0 Dua jam menunggu baru sampai giliran saya utk masuk.. kat dalam tu bukan satu kaunter tapi ada 9 kaunter bekerja serentak. tapi akibat limpahan orang ramai hari ini menjadikan tugas mereka double .. katanya yg appointment semalam semua datang hari ini.(semalam cuti pertabalan) ooo patut la ramai.. kata nya lagi selalu nya ramai juga tapi hari ni sangat ramai. ke sembilan2 kaunter bekerja bertungkus lumus tanpa rehat.. TABIK.
8.0 Sekarang saya faham kenapa orang selalu konplain urusan di sini lambat. terpaksa tunggu lama dan sebagai nya. lambat bukan petugas nya LEMBAB , tapi pesakit yg nak di urus melebihi keupayaan biasa mereka. hari ini saja saya jangkakan ada sekitar 500 orang yg datang , atau mungkin lebih.. BERSABAR menunggu giliran. Mereka bekerja penuh professional, sentiasa senyum , bersopan santun walaupun berdepan dengan seribu satu macam ragam.
9.0 Nasihat saya kalau mahukan layanan VIP pergi lah ke hospital swasta, ambil insuran kesihatan , dan sebagai nya, saya insaf.. bagini lah keadaan yg perlu di lalui rakyat biasa bila memerlukan satu2 perkhidmatan .. semua perkhidmatan ini di berikan secara PERCUMA.. apa lagi yg nak di rungutkan.. saya tidak merungut saya tidak mengeluh..
ini sebuah catitan..
saya dah biasa alami ..
ReplyDeleteini pengalaman kedua saya Al Lavendari
ReplyDeleteTerima kasih tuan...kerana memahami kami yang berkerja di bawah Kementerian Kesihatan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pun dah biasa alami. Syukur atas perkhidmatan yang diberi. Yang kurang-kurang tu, kita bersabor je ler. :)
ReplyDelete