Monday, April 10, 2017

Trip To Turki : Hari ke tujuh.. BOLU ISTANBUL 275 km

Assalamualaikum...

KEDAI KULIT

1.0 Selesai berjimba jimba di Ski Resort kami meneruskan perjalanan ke Istanbul. Saperti biasa dalam perjalanan kami membuat beberapa persinggahan. Salah satu tempat persinggahan ialah kedai barang kulit yg exklusif.. Abah tak ada gambar di sini tapi abah akan cuba gambarkan apa yg ada di sini.. 

2.0 Sebelum ke Turki lagi ada seorang kawan berpesan jangan lupa beli jaket kulit.. So kami pun sampai di pusat jualan barangan kulit.. Yang banyak di pamir jaket kulit yg cantik lembut dan berkualiti utk lelaki dan perempuan. Sesiapa yg memandang jaket yg di pamir pasti terpikat. Pasti berhajat utk mendapatkan nya.. Abah pun minat.. Sayangnya harga di jual dalam USD. Kalau harga yg di tawar tu dalam lira tentu abah dah beli hehe.. nak tau harga yg di tawarkan. ?? paling murah berharga USD 300.00 .Kalau 300 lira gagah lagi.. kira sendiri lah berapa dalam RM hehe.. Memang tak duduk lama la dalam kedai tu.. tercekek tengok harga hehe.. Tapi ada yg membeli. Rezeki dia lebih..

MASJID SULEIMANIYE

3.0 Seterusnya kami melawat ke masjid Suleimaniye yg di bina dengan perintah sultan Sulaiman I pada tahun 1550 siap pada tahun 1557. Masjid ini telah beberapa kali terbakar dan di baik pulih sehingga pada satu ketiga kubah nya jatuh dan di ganti dengan yg baru. Mula2 Masjid ini terbakar pada tahun 1660 dan telah di baik pulih. Kemudian apabila berlaku gempa pada tahun 1766 sekali lagi masjid ini mengalami kerosakan sehingga kubah nya jatuh. Dalam perang dunia pertama sekali lagi masjid ini terbakar tapi kerja baik pulih hanya di lakukan pada tahun 1956. Hari ini masjid ini ada lah salah sebuah masjid yg menarik di Istanbul. Kami berkesempatan utk solat jamak di masjid ini. 


Berjalan menuju ke masjid


rekabentuk masjid di zaman pemerintahan era Ottoman tidak banyak berbeza di antara satu sama lain. elimen penting kubah berlapis2 dan minerat. 



sesi penerangan oleh pemandu pelancong kami. 




di bahagian depan sukar nak tangkap gambar masjid , tiada ruang nak melihat bangunan secara keseluruhan.



bila masuk ke dalam masjid WOW !!! rekabentuk kubah dengan seni ukir yg sangat menarik.






seronok bila berada dalam masjid ini.. Tempat wuduk di sediakan di bahagian luar. dan setiap kali nya bila ingin mengambil wuduk. kami terpaksa menghadapi cabaran berwuduk dengan air sejuk beku. masa ni la terfikir alangkah best nya kalau ada sistem air panas macam dalam hotel tu. boleh mix kan air tu jadi suap2 kuku kata orang tu. Kalau musim salji macam mana.. Besar cabaran penduduk islam di sini. Kita kat Malaysia baru sejuk hujan sikit je dah mengeluh.






nak masuk dalam masjid ni kasut kena buka dan di masukkan dalam beg plantik yg telah di sediakan di pintu masuk. bila solat kasut di letakkan di rak rak yg di sediakan di dalam masjid. Kalau masing masing tinggalkan kasut keluar takut bertukar dengan pelancong pelancong lain.. ada ramai yg keluar masuk setiap masa. 





selfie di luar masjid selepas solat..

kemudian kami di bawa kebahagian belakang masjid ini. Subhanallah cantik sungguh pemandangan di luar sana, Bangunan masjid ini yg terletak di tanah tinggi dan bahagian belakang nya mengadap ke laut. Luas dan cantik. rasa nak duduk sana berjam jam.. hehe.. Terpesona melihat keindahan alam . 


berselfie berlatar belakangkan masjid Suleimaniye.. kebetulan matahari dah tinggi di belakang,

























gambar ni win bayang yg tukang ambil pun 
ada sama hehe..













cari celah2 pagar


RESTOREN MALAYSIA

Jangan tak tau di tengah tengah kota istanbul yg sibuk ini terdapat sebuah restoren rakyat Malaysia yg menghidangkan makanan Malaysia. Nama restoren ialah Nur Muhammad. Bayangkan setelah 6 hari di perantauan tidak menikmati masakan Malaysia kami di janjikan utk makan tengah hari di sini. Wow, masing masing teruja utk menikmati sepuas2 nya masakan Malaysia, terbayang sambal belacan, terbayang masak lomak cili api, terbayang asam podeh, oooo terbayang macam2 hehe.. 

kepada yg berhajat nak datang kesini , ini alamat dan no talipon nya

Nur Muhammad Malaysia Restaurant,
Istanbul, Turki

Dervis Ali Mah. Arabaci Araligi Sk. No: 6/8 Fatih ISTANBUL
Contact:
Cafe +902125312852
Fatih  +905376165172
Yahya  +905382849233
kalau di baca ulasan ulasan dari pengunjung yg pernah datang ke sini, semua komen amat menggalakkan kata nya masakan di sini semua sedap, layanan yg sangat mesra macam hotel lima bintang. Rasanya sesiapa saja yg berkunjung ke Istanbul pasti tidak melepas peluang utk menikmati masakan Malaysia di sini. Semasa kami sampai pun ada beberapa buah bas rombongan macam kami dari Malaysia singgah utk makan tengahari di sini juga.. masing telah menempah awal tempat duduk utk menjamu selera. Rupanya Istanbul ni menjadi distinasi pelancongan utama rakyat Malaysia. Kemana pergi pun jumpa bas rombongan Malaysia.. Meriah nya rakyat Malaysia.. 
Lihat la apa yg kami makan.. teh tarik pun ada.. bubur kacang pun ada.. semua menyelerakan. 



ulam ulam


sambal sotong


karipap


asam pedas



tekun masing masing makan hehe


teh tarik dan bubur kacang



yang ramai kelihatan tu kebanyakkan nya 
rakyat Malaysia dari group lain.. 

Sebelah petang nya kami ziarah pula Ke Masjid dan makam seorang sahabat nasi S.A.W iaitu Ayyob Al Ansari. Siapakah Ayyob Ansari ?? 

Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal daripada keturunan Bani An-Najjar.   Beliau dikenali semasa peristiwa hijrah apabila mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda ditakdirkan untuk mendiami rumah beliau setelah baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Semasa Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, setiap orang dalam kalangan kaum Ansar bercita-cita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai tetamu dan sangat mengharapkan agar Rasulullah SAW apabila turun dari untanya lalu berhenti di hadapan rumah mereka. Ada di antara mereka cuba menghalang perjalanan unta baginda supaya unta tersebut menghala dan berhenti di hadapan rumah mereka.  Lalu kemudiannya baginda bersabda;

''Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.''
 Lalu unta tersebut terus bejalan sehingga sampai di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. Lantas unta tersebut mematikan langkahnya.

Abu Ayyub al-Ansari RA telalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan terharu tak terkata sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu berharga. Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub al-Ansari RA merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua tingkat. Rasulullah SAW memilih tingkat bawah agar mudah urusan baginda untuk bertemu dengan sahabat yang mana mereka boleh keluar masuk dengan mudah. Akan tetapi, keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub al-Ansari RA tidak dapat tidur di tingkat atas. Malah, beliau tidak dapat walau sedikitpun melelapkan matanya.
 Hatta menjelangnya waktu fajar. lalu beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengadu akan hal tersebut. Kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.   Pada masa itu juga wajah baginda kelihatan ceria, lantas baginda bersabda;

''Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.''

Lalu Abu Ayyub al-Ansari RA mengisahkan peristiwa tersebut : ''Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sejuk, bekas air kami pecah lantas menyebabkan airnya tumpah ke lantai tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah itu. Namun pada masa itu kami tidak mempunyai walau sehelai kain melainkan kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut ketika tidur.

Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tertumpah kerana khuatir sekiranya air tersebut menitis ke tingkat bawah,  yakni tempat Rasulullah SAW berada. Pada keesokan harinya, aku berjumpa Rasulullah SAW, lalu aku berkata;

''Demi bapaku, kamu dan ibuku, aku tidak suka berada di atasmu sedangkan kamu di bawahku.''

Setelah itu aku menceritakan kepada baginda mengenai bekas air tersebut. Lalu kemudiannya baginda menerima permintaanku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

Rasulullah SAWmenetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari RA selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, serta dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid. 
Kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.  Begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam.
 
Kesemua peperangan telah beliau sertai melainkan jika ada peperangan yang berlaku serentak. Malah Abu Ayyub al-Ansari RA tidak pernah ketinggalan menurut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Kerajaan Umayyah.

Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda;

''Costantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...''


Demi mendengarkan sabda Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari RA begitu yakin dan percaya, bahawa suatu hari nanti, kota Costantinople akan jatuh ke tangan umat Islam. Sejak itu, umat Islam seluruhnya berlumba-lumba untuk membebaskan kota itu.

Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, 
Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera dengan misi untuk membuka kota Costantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub al-Ansari RA telah berumur. Usianya telah mencecah 80 tahun. Walaubagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dengan menaiki pengangkutan laut.

Semasa dalam pelayaran, Abu Ayyub al-Ansari RA telah jatuh sakit. Lalu panglima tentera masa itu bergegas menemuinya, lantas bertanya,

 ''Wahai Abu Ayyub ! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?'' 

Justeru Abu Ayyub al-Ansari RA meminta kepada panglima tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia, usunglah jasad beliau dan kebumikanlah di bumi Costantinople, iaitu di kubu persempadanan Costantinople. Ternyata akhirnya beliau meniggal dunia pada ketika itu.

Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit.  Akhirnya mereka berjaya sampai ke sempadan Costantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub al-Ansari RA. Di sana, mereka lantas mengebumikan jenazah yang mulia tersebut. 

petikan karangan Aidil Suhaimee. dalam blog nya Destinasi Hati Kalam Bersemi.. 





























bergambar di sekitar kawasan masjid. 

selesai lawatan di sini dah petang, kami meneruskan perjalanan utk makan malam dan check in hotel.. malam nya acara bebas.. kami teroka bumi Istanbul mencari premis yg menjadi tempat mesti singgah ramai rakyat Malaysia hehe.. nasib baik tak jauh dari hotel.. HARD ROCK CAFE.. nanti cerita.. 

BERSAMBUNG



No comments:

Post a Comment