assalamualaikum
satu catitan tertunggak.. part 1
sebenarnya dah beberapa kali deraf kisah percutian singkat ke Trengganu ni tertangguh.. ada saja halangan sehingga penulisan terhenti di tengah jalan .ini percubaan entah kali ke berapa .. moga sampai ke penghujung nya... insyaallah
ada apa ke Trengganu tetiba je? sebenar nya memang dah lama plan tapi asyik tertangguh.. sekali tu ada program kayuhan yg boleh di jadikan alasan utk ke sana.. kayuhan fellowship bersama team TSG..sejauh 120 km.. wah jauh nya nak berkayuh ..larat ke ? hehe.. jom kita tengok apa jadi nanti...
Perjalanan ke Trengganu berjalan lancar Ezuan Uncle Shade dan Kak Roy bergerak dulu dari Sendayan.. Kami mengekor dari belakang dan berkumpul di RnR Temerloh . Dari Temerloh baru berkonvoi ke Kuala Trengganu. Saja tak mau ikut hiway .. ikut jalan pantai boleh singgah minggah.. istilah baru tu.. hehe.. tu yg boleh selfie di pantai Kemasik tu..
cantik pantai ni dan ini kali pertama abah singgah... biasa nya menonong je jalan tak toleh kiri kanan.. dapat lah meluruskan tulang kejap lepas beberapa jam drive..
lepas berehat kami teruskan perjalanan.. next stop tentulah tempat makan.. tapi nak makan kat mana ? ezuan kata kat pantai kelulut.. ehh banyak kelulut ke situ hehe.. tiba tiba sampai satu tempat tu ezuan tetiba bagi signal ke kanan dan terus masuk.. ehh kat mana pulak ni.. ikut kan je lah.. rupa nya nak lunch gerai USTAZ .. ok la sedap juga masakan kat gerai ni macam2 ada.. boleh singgah lagi kalau lalu sini.
oops tercicir gambar ni patutnya masih kat Kemasik hehe..
lepas lunch kami teruskan perjalanan ke KT jauh lagi nak sampai.. singgah pulak kat masjid terapung ni.. kalau masih ingat satu masa dulu kisah akitek projek ni meletop apabila beliau nekad pergi ke Australia dan membawa pulang 2 orang anaknya ke Malaysia melalui jalan laut !!! . belayar dari Australia Ke Malaysia menggunakan bot.. mungkin kisah ni telah di buku kan
nak tau cerita sebenar cari la ya hehe..
Malam nya Farhan dah book kami utk makan malam bersama geng yg sama2 ke Turki dulu.. tak penuh .. yg ada mama Che Da En ahamad dan Farhan.. Alhamdulilah terubat juga rindu nak berjumpa dengan mereka.. Dulu kami berkenalan dan berkawan semasa abah dan mak join group keluarga dari Trengganu ini melancong ke Turki. Memang masa tu nekad je . Iyra yg kenalkan abah dengan Farhan.. Alhamdulilah.. dari hari ke hari kemesraan terjalin antara kami berdua dengan mereka.. dah rasa macam orang Trengganu pulak cuma tak tau kecek ganu je hehe
Terima kasih belanja abah dan kawan2 dari KL
abis dinner kami singgah pusat Tamadun Islam di sebelah je.. ini kali kedua kami ke sini.. sebelum ni datang siang..
kena lah abadikan kenangan di sini..
esok nya.........
awal awal pagi masing masing dah bangun dan bersiap utk acara kemuncak.. iaitu berkayuh bersama bintang . pasukan TSG amat terkenal di Malaysia malah menonjol di pentas dunia.. ramai di antara pengayuh TSG merupakan wakil Malaysia di pentas antarabangsa.. bagaimana mereka mampu melahirkan bagitu ramai pengayuh handalan merupakan sesuatu ilmu yg perlu di pelajari oleh kelab basikal lain di seluruh negara.
katanya dua peserta satu pengurus... faham2 la kan.. hehe
sebahagian dari ribuan peserta yg sudah bersedia utk memulakan kayuhan.. penyertaan datang dari seluruh negara.. ada yg mengenakan jersey TSG tapi ramai juga yg menggunakan jersey kelab masing masing... meriah sungguh..
sebahagian peserta yg seolah2 tidak sabar utk berkayuh.. kelihatan peserta dari Kajang ada di situ hehe.
sementara mereka berkayuh......
rakam dulu tempat starting berkayuh.. ia betul di Pantai Batu Burok.. apartment tempat kami menginap pun tak jauh dari situ .. boleh jalan kaki je...
Sarapan pagi kami di taja oleh mek Su.. Mek Su kami kenali juga semasa rombongan ke Turki dulu.. seorang usawan yg berjaya . mempunyai beberapa kedai songket dan batik. ramai pereka songket dan batik yg sentiasa menyediakan rekabentuk dan corak batik dan songket yg exklusif.. satu2 nya dan tiada dua nya..
kena pulak nasi dagang idaman kalbu.. memang sedap sangat... kalau sesiapa ke Trengganu dan tercari2 dimana nak dapat nasi dagang yg meletop.. nah !!! cari di sini.. terletak di gerai makan di pantai batu burok tu je..
selfie dulu
kemudian kemana ???
satu tempat yg wajib di kunjungi bila ke KT ialah Pasar Payang.. walaupun dah galak kali sampai tapi kami masih tak jemu2 utk kesana lagi dan lagi.. tak sopping pun tak pe tapi suasana peniaga di sana sangat menyenangkan hati.. tak beli keropok sekurang nya kain batik sehelai dua kan..
memang geram di buat nya hehe..
lepas tu kemana pulak..?
kemana lagi mesti ke kedai Mek Su la.. wow terus cinta pandang pertama.... ehhh dengan songket dan batik yg lawa lawa tu.. tak heran la kenapa ramai pembesar negara VVIP memilih kedai FATIMAH SONGKET utk mendapatkan produk exklusif.. yg tak sempat ke Trengganu jangan susah hati .. sebab kedai Fatimah Songket juga ada di Bangsar KL.. iyaa ada kat KL. dan mek Su juga berulang alik Trengganu dan KL menguruskan kedai2 ini.
geram je tengok batik tu...
kalau puan puan berhajat utk mencari corak batik yg exklusif dan tak ada di jual di mana2 boleh dapatkan di Fatimah Songket...
ini lah tokei kedai.. Mek Su sebelah tu nak ambil aura tokei yg cantik molek tu.. hehe
ini kami nak buat promosi utk bantu tokei kedai melariskan jualan nya ... sekarang pun memang dah laris.. mari mari jangan tunggu lama2 nanti kehabisan.
geram kan hehe
akhirnya mem senyum lebar..
habis shopping kami balik ke apartment sementara menunggu mereka yg berkayuh sampai..
pengurus pun dapat medal...
dapat juga cabutan no bertuah... berbaloi2 datang jauh2..
kami lewat check out kena bayar tambahan... 20 inggit satu jam.. ok la tu asal selesa.. bila dah lewat lunch date pun jadi lewat. sebenarnya abah dah set utk lunch bersama Rozie dan dia anak kembar mereka Aisyah dan Aiman.. kedua2 anak ini baik dan mesra dengan kami selepas kami sama2 melancong ke Bukit Tinggi Sumatra barat tahun lepas..
apa kan daya atuk ada banyak program dan jemputan hehe.. lain ksli atuk datang lagi ya... bila la tu kan hehe
selesai lunch kami terus ke rumah Che Da.. ikut lokasi yg Farhan hantar.. kat sebelah mana dah lupa . hehe.. rumah besar di tepi sawah.. teringat satu lagu.. "rumah tepi sawah pakai pulak lansir biru.."
kami di jamu dengan hidangan minum petang yg enak enak tapi malangnya kami baru lunch ... sedap punya pasal kami tetap makan... terima kasih Che Da.
meehoon nya sedap kueh kasidah tu pun sedap
ini firstime makan pengat palembang yg sangat sedap itu.. katanya hanya boleh dapat di Trengganu.
lepas tu kemana lagi ??
mama dan Farhan nak belanja sotong celop tepung.. di satu gerai menghala ke airport.. kenapa Airport.. Uncle Shade dan Kak Roy nak balik dah.. nak cepat sampai kena ikut atas.. Flight sebelah malam. bila sampai ke gerai yg di janjikan.. katanya keadaan penuh sesak kalau stop situ takut terlepas flight Uncle nanti. so Farhan terus ke gerai kabin tak jsuh dari situ.. tempat cantik persekitaran juga menarik.. tapi yg di cari tak jumpa.. mama dan Farhan tumpang solat.. kami masih bertaraf musafir.. bilik pun belum ada hehe.
kami terus ke airport menghantar uncle dan kak roy.. alamak mana gambar di airport ni hehe tercicir pulak... selesai urusan di airport mama kata nak juga belanja kami.. tak puas hati kalau tak dapat belanja..
cari juga gerai yg ada jual sotong celup tepong.. tapi tak sesedap gerai yg mama nak kami makan... ok mama lain kali kami datang lagi ganu kita boleh makan sama lagi..
selesai makan baru lah ksmi beredar mama dan Farhan balik ke rumah kami perlu check in di hotel lain pulak.. sambil2 makan tu ezuan dah dapatkan tempat...
apa berlaku esok ?
tungguuuu !!!!
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment