Wednesday, December 13, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 1

Assalamualaikum...

Salam sejahtera utk semua peminat blog abah... ececece.. macam ramai pulak peminat blog ni kan.. sebenarnya ada banyak yg nak di cerita pengalaman perjalanan kami selama 2 minggu.. di UK dan ICELAND.   bermula dari 24hb Nov. hingga 8hb Dis 2017.  memula nanti kisah 2 hari satu mlm di UK sebelum sambung ke Iceland.. katanya nak biasa kan dulu suasana sejuk sebelum terbang ke tempat yg lagi sejuk.

Lepas tu abah nak cerita kisah pengalaman seminggu di ICELAND..  siapa sangka tetiba abah bertuah utk sampai ke negara yg menjadi idaman ramai pengembara dan pelancong ni. Juga idaman juruphoto professional ..  negara yg hanya di huni oleh sekitar 300,000 orang shj. Penduduk kajang pun rasa nya lebih ramai.. hehe.. tetapi mempunyai infrastruktur yg lengkap dan memudahkan setiap pelancong. Juga nanti kisah kami berpindah dari satu rumah ke satu rumah.. tanpa perlu bertemu tuan rumah , pengalaman duduk di rumah yg di kelilingi salji tebal..  termasuk pengalaman  kami menikmati pemandangan yg sangat indah dan masih tidak tercemar di sana. kisah mengalami cuaca sejuk sehingga pada satu ketika tu  mencecah paras minus 7 °C . yg ada kala nya tak mampu nak bertahan lama di luar hehe ( itu abah dengan mak la ) beku rasanya.. 

ICELAND menjanjikan alam sekitar yg sangat cantik walaupun negara ini sebahagianya di seliputi salji sepanjang tahun. Dapat melihat dan memegang larva gunung berapi secara dekat yg selama ini hanya di ketahui melalui pembacaan dari buku geography.. Melihat sendiri glacier yg turun dari gunung2.. sekali jika glacier ini bergerak boleh menumbangkan apa saja di laluan nya.. jambatan pun boleh runtuh.
melihat pelbagai jenis air terjun yg cantik dan mempesonakan.. terpesona setiap kali melihat lanskap yg sangat cantik.. tak heran la ada lebih 1700 keping gambar yg sempat di rakam hehe.. semua tu nanti nak share.. muat tak agaknya hehe
sesuatu yg ingin sangat di lihat disini ialah arora... satu fenomina cahaya yg hanya boleh di lihat kawasan sejuk di sini.. 

Kemudian kami sambung percutian di UK.. semula.. nak condition balik badan tu.. tak adalah balik nanti tetiba paneh bedenting hehe.. pengalaman menggunakan kereta mewah di sekitar UK.. pengalaman menggunakan penganggukatan awam di kota LONDON  . London TAXI je yg tak sempat naik hehe..

ini baru mukadimmah.. hehe amboi panjang nya hehe.. ehh tak ada gambar ke ? ? hehe.. episod akan datang berlambak2 gambar hehe.. ok cukup la kot ..
TUNGGU EPISOD BERIKUTNYA..  hehe terima kasih kepada yg sudi membaca...



BERSAMBUNG


2 comments:

aizamia3 said...

Sebelum ni tengok dekat FB je, kali ni nak baca lak coretan abah.. ;)

zino said...

insyaallah akan terus menulis hingga ke episod akhir hehe