Friday, December 29, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 13 AND AKHIR

assalamulaikum...


Setiap yg bermula  pasti akan berakhir.. bagitu juga kembara percutian abah kali ini. Ini merupakan episod terakhir memori perjalanan trip UK dan ICELAND.. Terima kasih kepada yg sudi mengikuti perjalanan ini dari episod pertama sehingga sekarang... Terima kasih juga kepada Myadvanture Trip kerana merealisasikan impian abah dengan mak. Lain kali kita travel sama2 lagi ya.. hehe


Kami masih berada di UK , untuk hari ini dan esok, sebelah malam nya kami akan terbang semula ke Singapura dan kembali ke rumah masing2.. alah sedih la pulak.. hehe. Sebelum tu, Jom ikut kami ke distinasi seterusnya, 



Pagi pagi kami meninggalkan Crydon menuju Liverpool. Katanya dalam 2 jam drive..  Sekali lagi kami terperangkap dalam kesesakan pagi bersama warga UK yg nak pegi kerja.. Sama macam Malaysia juga la pagi pagi jem..LONDON dengan KUALA LUMPUR ni sama je,  so yang bekerja kat KL tu jangan la nak mengeloh sangat bila terperangkap dalam jem.. redho dan bersabar je lah.. anggaplah ia sebagai sebahagian dari cabaran kehidupan di kota besar.. Yang duduk kat LONDON ni pun sama . Lama juga kami terperangkap dalam jem ni.



abah perhatikan dan tertanya tanya juga rupanya kat hiway sini (bukan semua) ada konsep variable speed limit. Had laju di lebuhraya di tentukan bergantung kepada keadaan trafik di jalan raya semasa. (agaknyalah berdasarkan pemerhatian yg abah buat di sepanjang lebuhraya yg kami lalu, Jurutera trafik kalau baca ni sila betulkan kalau abah silap) Had laju kenderaan berubah2 mengikut bilangan kenderaan yg sedang melalui nya , kereta yang kami guna tu tu selalu memberi peringatan tentang speed limit ni. So sila perhatikan kat atas tu berapa had laju yg di benarkan utk section di hadapan anda, jangan main hentam je.. kang tak pasal2 dapat surat centa..hehe..



ini yang abah sebut variable speed limit tadi.. di sepanjang hiway ni ada banyak gentry yang mempamirkan had laju yg perlu di patuhi.. tapi ada juga lah sebiji dua kenderaan yg melebihi had laju ni.. nak copek bona la tu kena saman pun tak apo..


Masa kluar rumah pagi tadi memang kami tak sarapan, memang target nak sarapan di RnR on the way ke Liverpool tu.. Sepanjang hiway ni ada banyak RnR kat sini di panggil SERVICE. yg best nya kereta canggih kami pun ada beri notis peringatan supaya berhenti rehat di RnR.. macam dia tau tau je.. kat sini yg famous satu kedai kopi ni COSTA.. katanya kat KL pun katanya ada tapi kenapa abah macam tak tau je ni hehe



Sarapan ni je.. alhamdulilah...


Saja nak tunjuk beza RnR tempat kita dengan SERVICE di tempat mereka. Kat sini bukan saja ada restoren utk makan minum tapi ada juga kedai kedai yang menjual pelbagai benda.. macam shopping mall. Tandas dia pun bersih dan selesa.


ini di luar SERVICE tak macam RnR kan?.. dah macam shopping mall. Parking kat sini percuma utk 2 jam pertama, lebih dari 2 jam kena bayar, macam mana dia tau? awas, kat sini segala2nya di pantau melalui CCTV setiap kereta yg kluar masuk ada yg memerhati.. Tapi biasa nya kita berenti di RnR ni tak sampai la 2 jam, kecuali yg berenti utk tidu .. mana tau letih sangat memandu jauh.


jangan kacau pemandu sebelah tu tengah tekun tu, sepanjang masa kena beri tumpuan nak jalan jauh ni hehe, dan abah pun tak boleh nak lelap mata kena layan dia berbual hehe kat sebelah tu kudapan utk di kunyah bila mengantuk hehe Tiga hari kat UK memang hari2 travel jauh sebab tak mau dah pindah randah macam kat ICELAND hari tu.. tapi kadang2 kesian juga kat driver tu.. dua tiga jam sekali drive..


Ehh ada tol jugha ?? ya betul kat negara maju pun ada TOL, berapa banyak jalan yg bertol kat sini tak tau la pulak, kalau ada yg rajin bertanya silakan  nanti bagitau abah ya boleh kita share. 



Yang ni abah nak cerita sikit, nak bayar tol kat sini boleh cash dan boleh guna kredit/debit card. Mudah kan sesiapa saja yg datang dari corok mana pun di dunia ni boleh gunakan hiway kereta dengan mudah.. tak ada makna nya mesti guna TOUCH AND GO semata macam kat tempat kita. 


alhamdulilah dah sampai satu bandar ni belum lagi sampai Liverpool tapi singgah shopping dulu hehe

PORTMEIRION

Gudang ke kilang ke gedong ke apa ni? abah pun tak tau, ini lah firstime abah dengar nama PORTMEIRION ni , dah sampai pun abah masih tertanya2 nak sopping apa kat sini ni? hehe nampak sangat kampong nya kan hehe.. 









Yang penting bila dah sampai tu kita selfie dulu sebagai bukti kita dah sampai sini hehe.. Perasan tak kat sini abah tak pakai baju tebal tu dah , bukan tak sejuk tapi rasa boleh tahan la.. kat sini suhu nya tak ada lah minus .



sekali bila masuk wow tu dia.. hehehe baru lah abah tau sini memang tempat singgah orang pempuan bila datang England , ia ke?? ada macam2 design pinggan mangkok yg cantik cantik.. ehh nak borong semua ni ke?? hehe abah dengan mak jalan2 jalan tengok tengok2 jelah hehe . boleh caya ke ni? jom kita tengok dulu. Gambar ni dari lensa kamera Aien kot hehe 

Jom la jamu mato.. hehe
























hai banyak banyak tu tak ada yg pekenan ke?? masa kat sini kami jumpa pelancong dari Malaysia, yg lagi best berjiran pulak dengan tempat abah , mereka tiga beranak ni dari Bandar Tun Husain Onn. telah mengira ngira berapa banyak yang nak di borong, semua yg berkenan dah di pilih pun . Mereka sedang bincang2 la kot nak tambah lagi ke muat ke luggage. Bertingkek2 nampak pinggan mangkok yg di ambil. atau mereka beli ikut tempahan yg di terima .

Dah puas pusing mem pun ada juga la yg pekenan, tipu la kalau tak minat kan hehe tapi kena beringat la luggage terhad kang beli banyak2 tak boleh bawak balik.. bak kata orang tu beli sebagai cenderahati dah sampai sini. jangan tidak kata orang tu hehe.. orang Have have je boleh borong sakan kat sini. lagi pun mem memang tak ada koleksi macam ni. Tapi lepas ni tak tau la kot2 terbekenan pulak.. Selama ni koleksi mem jenama lain hehe



dalam pada tak nak beli tu satu trolley 
sorang juga la hehe



Sampai Liverpool dah golap hehe



Ini lah Stadium LIVERPOOL kepada peminat atau fan Liverpool jangan jeles abah dah sampai sini.. tapi jangan tanya abah pasal bola hehe



kita selfie dulu






manaje Liverpool ke? 






sempat bergambar kat luar stadium je tak masuk pun.. lagi pun hari kami sampai ni ada satu game, tapi peminat Liverpool belum sampai lagi .. Adalah juga jumpa kat luar tu tapi belum ramai la.. 



Stadium ni betul2 dalam kawasan perumahan , pelik juga tak sesak ke bila ada game . rumah2 ni betul2 depan stadium, kami pun tumpang parking kat sini. Bila ada game tak sesak ke tempat ni.. Kalau kat Malaysia rumah depan stadium dah tak boleh keluar rumah dah ni. 



ni lagi satu Stadium tak jauh dari Stadium Liverpool, sipa tau stadium apa ni ? 



ini rumah2 di Liverpool


PUSAT ISLAM LIVERPOOL

Mission seterusnya mencari pusat Islam Liverpool, singgah solat dulu sebelum meneruskan perjalanan. 


yang sebelah kanan tu Masjid Liverpool


sekumpulan orang arab sedang belajar mengaji 


di Luar masjid






masa nak keluar dari liverpool ke satu distinasi kami lalu satu terowong bawah laut 







ada TOL.. 





ada tulis bayar guna siling, kalau bayar terlebih tak ada duit baki hehe contoh la bayaran 1.70 kalau bayar 2.00 , 30 sen tu hangus la (kira derma je lah) 


CHESIRE OAK PREMIUM OUTLET

Katanya ini satu lagi tempat mesti singgah bila datang UK. terutama orang pempuan la hehe.. apa lagi tempat shopping la. tak jauh dari Liverpool. Kat Malaysia pun trend outlet ni dah mula tumbuh, memula dulu JPO je bila ke JB mesti singgah, lepas tu ada pulak di Melaka, KLIA dan yg terkini di Genting Highland. Cuma dari segi saiz COPO ni lagi besar la.. kiri kanan jalan ada maun dua hari dua malam kalau nak melawat setiap kedai hehe.



Nak cari apa sini ?? itu kena tanya mem la hehe ada lah yg nak di cari nya tu ole ole datang England katanya.. abah follow je. Nak beli baju ke apa memang tak ada la.. baju yg ada kat rumah tu yg masih ada tag pun ada lagi.. beli entah bila tapi tak pakai2 pun hehe.. 











akhirnya jumpa juga la apa yg mem nak beli. tak ada la beli brand orang Have have tu.. tapi yg penting mesti ada cop made in England hehe abah tak beli apa pun.. 

MELAWAT SAHABAT DI BIRMINGHAM

Masa memula sampai UK dulu, kawan abah di Birminghan ni ada mesej jemput kami ke rumah dia.. masa tu abah kata kami nak ke ICELAND balik nanti singgah semula England kalau ada kesempatan boleh la singgah. Dan bila kami sampai semula ke bumi England ni dia jemput lagi. Bincang2 dengan ustaz boleh selit lagi ke .. hehe maklum la program kami pun padat.

Tapi kata orang tu bila dah di takdirkan utk berjumpa segala2nya di permudahkan. Kebetulan Birmingham terletak di antara Liverpool dan London, makna nya dalam perjalanan balik je lah.. berpandukan alamat yg di beri kami cari rumah Hikmah, on the dot sampai depan rumah hehe..

Puan Hikmah ni dulu staf abah lepas tu dia letak jawatan dan pindah di UiTM. Lepas tu sambung belajar , buat degree buat master, dan sekarang datang ke Birmingham buat Phd.. Syabas Hikmah gigih belajar semoga berjaya.. Tahun depan di jangka tamat pengajian. Terima kasih juga kepada Hikmah dan suami , Husni yg sudi menerima tetamu memalam buta hehe.. Seronok kata nya bila ada orang Malaysia datang melawat . 












makanan yg di hidang pun best.. apa lagi kami makan la tanpa segan silu hehe Husni dan Hikmah offer kami tak payah la balik ke London malam2 ni jauh, tidu je dulu kat rumah dia.. Tapi tak boleh program kami masih tak habis selagi tak balik ke Malaysia. Nak drive memalam tu dengan perut yg dah kenyang memang satu cabaran. 

last last kena stop juga RnR driver nak tidu dulu , abah terkebil2 sorang berjaga takut terbabas sampai ke pagi hehe. Ada satu jam juga kot ustaz dapat melelapkan mata sebelum kami kluar minum2 dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang. 

PAGI TERAKHIR DI CRYDON

Ehh dah nak balik Malaysia ke? belum lagi hehe. Pagi tu kami bersarapan penuh bergaya . baru perasan bila buka lansir kat dining tu.. baru rasa best je.. 









buah2an ni yg kami beli di bandar BATH sebelum ni. semalam kluar tak sempat sarapan . baru la dapat sarapan mewah sikit.. hehe lepas sarapan nak kemana lagi ?? 






Sebelum kluar kami kena check out dulu, masa datang dulu ambil kunci dalam bekas kat sebelah dinding pintu masuk tu dan bila nak checkout kena letak balik kunci dalam bekas tu. Tak jumpa tuan rumah pun ikut je arahan yg telah di beri.. 


ini lah apartment kami sewa selama tiga hari di sini. lepas ni kami nak masuk LONDON, tak nak bawa kereta, nak naik keretapi je. Tapi semua barang dah kami sumbat dalam kereta. Tinggal je kereta kat situ dulu. OK ke ? ok je Orang England percaya kat kita bagi kita masuk dan kluar apartment dia tanpa ada sesiapa datang check ada barang hilang ke tak. kami pun percaya orang England ni baik baik belaka dan kereta yg kami tinggalkan tu selamat.. Insyaallah. 

Kemudian kami cari stesyen keretapi Crydon, Stesyen yg sama masa kami datang mula2 dulu, tapi kali ni tak perlu naik trem. 



tertarik tengok tempat parking basikal bertingkek ni di luar stesyen keretapi.



beli tiket di kaunter, dah cuba beli di mesin 
tak faham hehe


laluan ke platform






sementara menunggu keretapi sampai utk 
ke stesyen BAYWATER











Sekali salah naik tren ke lain di arah nya. hehe turun balik naik tren lain pulak hehe



ni baru betul hehe kalau sesat jangan nangis tau.. jangan panik.. kalau pandai baca map cuba tengok balik tren mana patut naik arah mana patut tuju. Kalau tak pandai baca pun tak ada ada ramai petugas beruniform yg bersedia menunjuk arah.. dia pun tau bukan senang nak hafal semua laluan tu. dia pun tau beribu2 pelancong yg datang. mereka bersedia berkhidmat.. belum habis kami soal lagi dia dah tau hehe.



kenapa nak ke BAYWATER? kat sini lah kalau nak beli cenderahati yg murah dan mampu milik. ada sebuah kedai turki (pekerja tu orang Turki yg tau cakap melayu) sedia melayan apa saja kemahuan pelanggan. Memula tu sesat juga tak jumpa kedai yg mana satu rupa nya kami dah lalupun depan kedai tu cuma tak perasan je 

Sesiapa yg datang LONDON nak cari barang mampu beli datang je sini . nama kedai abah lupa hehe. Gambar kat atas tu bukan kedai dia tau itu hiasan je..









Lepas shopping terasa lapar pulak singgah kat kedai arab ni, inilah restoren pertama dan terakhir yg kami singgah hehe



OK nak balik ke Crydon semula..





ambik kereta dan singgah ke Pusat Islam Crydon dulu sebelum ke airport.











lepas pulangkan kereta tunggu bas utk ke Airport.. dalam kami berurusan dengan syarikat sewa kereta bas pun sampai.. kelamkabut kami di buat nya bukan tak ada bas lain tapi kami takut lambat.. minta driver tunggu sekejap, sampai ustaz tertinggal barang dalam kereta..  


pendekkan cerita on the way nak balik dah ni.. 13 jam lagi baru sampai tidur bangun tidur lagi bangun lagi.... akhirnya sampai singapore


Thanks you for your attention


DAH SAMPAI



TAMAT

No comments: