Tuesday, January 2, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018..






ini adik di zaman kanak2 dulu hehe

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2018 , wah dua tahun lagi negara maju lah kita ya.. dan selamat kembali sibuk menguruskan anak anak ke sekolah.. anak anak sekarang mungkin tak saperti anak zaman dolu dolu.. Sekarang ni seawal 5 tahun anak anak telah di dedahkan dengan alam persekolahan dengan memasuki program pra sekolah di pelbagai jenis TADIKA yang ada di pasaran..  Jarang sangat la ada anak anak yg tidak melalui program pra sekolah ni. Malah di kampong2 pun ada tadika. malang sungguh anak2 yg tidak berpeluang melalui alam pra persekolahan dan tentu dia sukar bergaul dan bersaing dengan kanak2 lain.

Ada TADIKA yg di kendalikan badan2 kerajaan dan banyak juga TADIKA swasta dengan pelbagai nama dan kemudahan utk menarik minat ibubapa menghantar anak2 ke sekolah mereka. Yuran pembelajaran yang di kenakan setiap sekolah juga berbeza2.. Malah kementerian pendidikkan sendiripun ada juga menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah. Ke TADIKA mana anda menghantar anak anda sebelum masuk ke sekolah biasa??.. 

Tentulah kita mahukan yg terbaik untuk anak kita masing dan memilih tempat yg bersesuaian untuk mereka menimba ilmu dan membiasakan diri di alam persekolahan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar nanti. Antara kreteria pemilihan yg sepatutnya telah kita ambil kira sebelum membuat pilihan mungkin lah saperti berikut atau anda ada kaedah yg berbeza sebelum membuat keputusan. 

MATLAMAT UTAMA

Hanya kita yg tau apa maklamat yg hendak kita capai atau anak kita dapat apabila dia masuk kemana mana tadika pilihan kita nanti. Apakah hasil yg kita mahu mereka capai utk bekalan bila mereka apabila dewasa nanti. 

PEMIKIRAN DAN NILAI

Kanak kanak pada usia yg masih muda ini sangat mudah menerima apa saja yang di ajarkan kepada mereka. Dan kita sebagai ibubapa bertanggungjawab utk menentukan arah pemikiran dan nilai yang macam mana perlu di terapkan kepada anak2 yg masih muda ini. lain tadika lain kaedah dan konsep pembelajaran nya dan lain nilai yang di terapkan.

ISU PEMAKANAN

Bila dah kanak kanak tu mesti tak lari dengan isu makan dan pemakanan. Tentu kita mahu kan anak anak kita mendapat pemakanan yg seimbang dan berkhasiat ketika berada di sekolah. Tambahan lagi bila anak anak yg sangat memilih dan cerewet pasal makan ni banyak sangat pantang nya hehe.. ini macam kes anak abah dulu lah... 

PERGAULAN 

Kanak2 ini perlu di didik dari kecil batas pergaulan antara lelaki dan perempuan apabila mereka berada bersama rakan rakan sekolah yang lain. Adakah perkara2 ini di ambil berat pihak pengurusan sekolah supaya kanak ini belajar adab betul semasa bersama rakan rakan. Menjaga batas aurat dan sebagainya.

KONSEP PEMBELAJARAN

Ada yg kata masuk tadika ni masuk sekolah makan, atau masuk sekolah main. Ibubapa perlu tau apa kah konsep pembelajaran yg akan di sogokkan kepada anak anak kita nanti, berapa % bermain berapa % pulak belajar. Nama pun kanak2 kalau nak di tumpukan belajar 100 % pun tak boleh juga  . mereka akan cepat bosan sebab naluri kanak yg lincah dan aktif lebih cenderung bergerak kesana kemari tak boleh duduk diam hehe..

BILANGAN GURU 

Bila seorang guru perlu mengajar terlalu ramai murid dalam satu2 kelas, keberkesanan pembelajaran akan menurun. Mereka tentu sukar utk memberi tumpuan bila berdepan dengan seribu satu macam kerenah anak anak kecil ini. Maka nisbah guru dengan murid juga perlu kita ambil kira supaya tidak ada murid yg terabai atau keadaan menjadi di luar kawalan. Kanak kanak sekarang ni bukan nya takut dengan cikgu.. hehe 

TASKA YG SAH

Tadika ni tumbuh macam cendawan busut selepas hujan. Masing masing mendakwa tadika mereka ada lah yg terbaik dan harus menjadi pilihan ibubapa utk memastikan anak anak mendapat pendidikan pra sekolah yg moden dan terkini dan akan memudahkan  mereka bersaing apabila masuk ke alam persekolahan sebenar nanti. Dan penting utk kita semak berdaftar ke tadika tu ?? takut nanti ada ajaran songsang yg di terapkan tanpa kita sedar. 

LAIN LAIN KRETIRIA

Mungkin tuan puan ada kreteria tambahan sebelum membuat pilihan. Mungkin nak yg dekat dengan rumah, Mungkin nak tempat yg ada ramai kawan setaman yg belajar di tempat sama atau mungkin nak cari tadika elit.. bayar mahal pun tak kisah.. semua nya terpulang kepada kebijaksanaan  dan kebijaksinian anda sebagai ibu bapa... yang penting anak tak mengacau adik kecik kalau duduk kat rumah (ada juga guna alasan ni..hehe) 

SESAORANG YG BIJAK TENTU TELAH MEMBUAT PILIHAN YG BIJAK JUGA. 
SEKIAN.

NOTA
bahan rujukan Pakcik google...







  

No comments: