Wednesday, December 27, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 12

assalamualaikum...

kisah di bumi ICELAND telah pun berakhir.. yg tinggal hanya memori indah menggamit2 utk kami kesana lagi... hehe... eh.. bagi lah orang lain pulak pergi  hehe... dan kami telah kembali ke bumi UK untuk meneruskan percutian...... Tiga hari di UK sebelum balik ke pangkal jalan . 



ini masa dalam flight dari ICELAND ke UK



tiga jam setengah



dah sampai.. rehat dulu sekejap... masa terbang ke ICELAND  dulu naik di Lapangan Terbang Gatwich tapi hari ni landing di Lapangan Terbang Antara Bangsa Heathrow. Saja tukar angin hehe. 



Kemudian keluar tunggu bas bukan bas yg ni tapi bas macam ni hehe



Dalam bas ni bukan dalam truck hehe di sediakan tempat beg supaya beg2 tu tak tergolek kesana sini bila bas corner baring. Kena beritau driver nak turun kat mana.. Bas ni sediakan perkhidmatan shuttle  dari air port ke hotel hotel dan syarikat car rental kemudian balik ke hotel.. Banyak la lobby hotel yg dia bawa kami lalu sebelum sampai depan bangunan car rental. 


ini syarikat car rental yg kami guna



sekali kereta mercedes Benz yang dia offer utk kami.. apa lagi macam orang lapar di offer KFC la hehe nampak tak no plat tu LL 66 OAZ  ( yg OAZ tu makna nya Owner Abah Zino hehe... tak yg ni tipu je ) hehe Kalau kat Malaysia mampu jeling kereta mewah macam ni. Nak selfie kat sebelah pun segan . tapi di UK tiga hari kami bermewah mewah dengan kereta ni hehe.. Holiday in stail.. alhamdulilah rezeki di negara orang. 




Kami tak buang masa lepas ambil kereta terus memulakan percutian ke distinasi pertama. lebih kurang dua jam drive dari airport. Masuk je hiway terus jem.. siapa kata hiway kat negara maju tak jem. Ini ring road kat LONDON macam MRR2 Tapi walaupun jem mereka masih memandu sebelah kiri, lane yg kanan sekali sentiasa kosong. Ada kerja kerja repair jalan kat hiway tu.. tengah2 malam mereka buat kerja maintenance . Sepanjang jalan berpuloh puloh papan kenyataan/peringatan di sediakan utk memaklumkan pemandu di batu berapa jalan di tutup dan berapa lane yg di buka. tak ada pun yg nak potong que.. 

STONEHENGE



STONEHENGE merupakan sebuah menumen pra sejarah di wilayah Wiltshire, England kira2 2 batu (3km) dari sebelah barat Amesbury. Ia nya terdiri dari susunan batu tegak (standing stone) setinggi 4m dan lebar 2.1m. Ia nya di ikhtiraf sebagai khazanah UNESCO World Heritage Site. dan menjadi tumpuan para pelancong. katanya menumen ini di bina sekitar 3000BC ke 2000 BC.. Tapi kalau nak tau detail kena lah tanya pakcik google yg bijak sana bijak sini tu ya.. tak larat nak baca semua . Sebelum ni nampak alang pos masa dia bertugas di England.. Alhamdulilah abah pun dah sampai tau hehe.. 



kami datang ambil gambar dan berselfie sebagai kenang2an.. jom tengok gambar je lah ya.. ada banyak gambar ni dari pelbagai sudut dan bermacam gaya , tapi gaya biasa je lah.

kalau yang pandai bergaya tu (orang muda la)   lagi la banyak gaya nya.. lenggok sana lenggok sini, pandang atas lah pandang bawah la silang kaki la duduk atas rumput la dan yg paling ketara mesti nak melompat2 hehe 






 ini gaya abah dengan mak bila berselfie..  agaknya ada yg dah boring tengok hehe jarang jumpa gambar penuh.. hehe







jarang tu bukan bermakna tak ada langsung hehe.. ini stail mak, perasan tak ? mak dah tukar kot !!! tak ada dah tebal macam kat Iceland dulu hehe



Abah masih guna kot yg sama ( tu je yg ada) tapi dah berani pakai jeans.. kat Iceland dulu memang tak berani lah.. bukan takut kena tangkap ke apa tapi sejukk !!!














di belakang ni ladang Biri Biri ,datang sini abah tak bawa DSLR so tak dapat la nak zoom biri biri tu hehe. 







oo lupa nak bagi tau nak melawat tempat ni di kenakan bayaran perlu beli tiket dulu kemudian naik bus shuttle yg di sediakan utk ke sampai ke kawasan ni, nak jalan kaki pun boleh tapi mengah juga la.. dan kata nya kawasan stonehenge ni berapa di dalam tanah persendirian pasal tu bayar kot. Dalam ladang ternakan biri biri. 



kat tempat parking jumpa kereta aiskrim mewah ni.. kereta ke yg mewah atau aiskrim nya yg mewah hehe



tapi kereta yg kami guna mewah la juga hehe mimpi di siang hari la nak dapat naik kereta macam ni di Malaysia, Dengan kereta ini lah kami menjelajah ke beberapa tempat yg telah di kenal pasti (terpilih) . nak pergi semua tentu tak cukup masa mau 2 minggu pulak di UK ni.. hehe











dalam perjalanan ke distinasi kedua nampak nama kedai ni. ehh lain macam punya nama hehe kami pun U turn balik utk singgah ambil gambar sekejap. bila di Google rupanya  ianya hanya satu jenama yang terkenal juga , ada rangkaian restoren hotel kedai arak dan sebaginya.. tapi tak sempat nak semak kenapa guna nama tu? apa sejarah di sebalik nya . Siapa yg rajin cari sendiri ya.. hehe

















abah suka tengok bangunan bangunan di sepanjang jalan bangunan bangunan lama yg telah di bina entah tahun berapa dulu, sangat unik dan masih kelihatan menarik. Mana mana yg sempat abah tangkap gambar .. dan sebahagian nya abah share utk kita tengok sama sama.. 

BATH

Bath ni sebuah bandar bukan abanh ajak pi mandi hehe.. Abah pun tertanya tanya kenapa nama dia bath.. macam pelik pulak kan. moh kita selidik sama sama. BATH ni sebuah bandar terbesar di Somerset,England. 156km dari Barat LONDON panjang sejarah BATH ni di pendekkan cerita pada tahun 1987 ianya di pilih UNESCO sebagai WORLD HERITAGE SITE .Bangunan di BATH ini di bina seawal abad ke 16 lagi di perbuat tadi batu berwarna mas yg terdapat di kawasan ini. Sejarah pembinaan nya pun panjang.. Tapi apa yg abah nak sebut firstime abah tengok bandar ni terus terpesona.. wow..!! 



nak meronda di bandar ni memang tak cukup sehari dua. ada banyak tempat yg menarik perhatian di bandar ni tapi tak semua sempat kami pergi. Kalau ada sesiapa yg berhajat nak datang sini pastikan anda bermalam di sini. Ada banyak hotel yg boleh di tempat mengikut cita rasa masing masing.



kenapa nama nya BATH belum terjawab kan..abah pun baru tau hehe.. Sejak dulu di bath ni terdapat kolam air panas (hot spring ) semula jadi yg di jadi kan tempat SPPA yg terkenal sejak bertahun2. dan mula di bangunan secara bersepadu pada kurun ke 18. Di manakan Roman bath.. tapi kami tak masuk la situ, kalau duduk sini tiga malam boleh la pekej masuk SPA sekali hehe..



Bandar BATH menjadi daya tarikan pelancong antarabangsa. Masa kami sampai sini pun ada ramai pelancong kat sini. universiti pun ada, dan pelajar nya juga datang dari serata dunia. Student Malaysia  pun ada juga belajar kat sini kot. 








Terpikat dengan kecantikan bangunan2 kat sini , semoga kekal sepanjang zaman utk di lawati jenerasi akan datang. Bila dah jadi khazanah UNESCO tentu ada SOP bagaimana nak mengekalkan nya. Kaler pun sama je. 

































































Ini kami singgah minum di salah satu restoren yg terdapat di bandar ni. memula nak minum kat dalam tapi penuh.. terpaksa lah duduk kat luar dalam kesejukan.. hehe Oder air panas tapi sekejap dah sejuk hehe. 



















tertarik dengan gerai menjual buah2an ni kami pun singgah membeli belah beli buah2an je pun hehe cili tu tak beli lah.

Bandar ni besar memang tak habis nak di teroka dalam sehari, ini pun kami berlegas2 di pusat bandar je lah.. rasa macam nak datang lagi nanti (entah bila latu ) dan kalau datang lagi mesti nak bermalam kat sini hehe.. 

MASJID DI BANDAR BATH

Di bandar BATH ni terdapat ramai masyarakat Islam. Terdapat sebuah masjid di no.8 Pierrepont St, Avon,BATH. Sempat la kami singgah utk solat. 









memula masuk ke masjid ni puas mencari kat mana tempat wuduk nya , setiap bilik kami buka, tapi semua tu tempat solat rupanya ruang solat sampai ke luar bangunan di bahagian belakang (pintu masuk dari arah depan) ada kawasan lapang yg di dirikan kemah dan penuh dengan sejadah. Tapi mana tempat wuduk..??  last last ada satu pintu yg kami belum buka, pintu di bebelah mimbar tu !! rupa nya kat situ tempat ambil wuduk nya memula ingat bilik imam hehe.. 

Bangunan masjid ni asal nya sebuah bangunan biasa tapi di ubah suai menjadi sebuah masjid, mereka guna setiap bilik yg ada sebagai ruang solat dan terletak di tingkat2 berasingan. melihat dari saiz nya memang ramai masyarakat islam di sini. dan sebahagian nya mungkin student yg belajar di sini. Masa di masjid ni kami berjumpa sorang student dari Pelastin. Apalagi berabuk la ustaz cakap arab dengan mamat tu hehe.. 

Dah puas berjalan kami balik ke Crydon LONDON. Dulu masa memula datang pun tinggak di Crydon kali ni pun duduk di area yg sama, cuma rumah lain la.. Bila sampai tu dah gelap, memula ingat nak singgah mana mana rstoren di bandar Crydon utk dinner, tapi payah betul nak dapat tempat parking , akhir nya beli bungkus je lah makan di rumah. Dah gelap tak sempat nak tangkap gambar rumahnya hehe..



sedap juga kebab arab ni. 



penah sehari suntuk berjalan... kita rehat dulu esok nak berjalan lagi..

BERSAMBUNG

2 comments:

Angah said...

banyak gambar....tumpang jamu mata ya...

zino said...

sila kan... angah hehe