Assalamualaikum..
Baru baru ni kecoh kes penipuan agen pelancongan atau wakil agen pelancongan yang menipu mangsa menyebabkan mangsa hampir tersadai di negara orang.. susah juga macam ni.. Kes penipuan seumpama ini bukan kali pertama berlaku dah galak kali di lapur kan.. tapi penipuan masih juga berlaku. masih ramai yg menjadi mangsa. dan yg paling sadis agen pelancongan yg menguruskan umrah pun ada yg menipu.. ini saya petik dari satu lapuran dari berita harian bertarikh 5hb Jan.2018.
"Sejumlah RM515,825 kerugian dicatat membabitkan 22 kes penipuan pakej umrah di seluruh negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pegawai Turus Siasatan Kes Fail/Soal Siasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Deputi Superintendan Azhar Ahmad, berkata tiga modus operandi dikenal pasti digunakan untuk menipu mangsa.
"Pertama pakej umrah ditawarkan oleh individu persendirian yang mendakwa mampu menguruskan segala hal ehwal berkenaan ibadat umrah, namun apabila bayaran dibuat, dia menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.
"Kedua, pakej ditawarkan syarikat pelancongan, namun selepas bayaran dibuat pelbagai alasan diberikan manakala pakej dijanjikan tiada.
"Ketiga, pakej ditawarkan individu yang mendakwa wakil syarikat pengendali umrah terkemuka, tetapi apabila selesai bayaran didapati individu itu bukan wakil syarikat terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah Program Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan kepada orang awam peringkat negeri di Gong Kemuntong, di sini, hari ini."
berita penuh di sini.. KLIK SINI
Kepada kawan kawan yg ingin melancong berhati2 lah memilih agen yg boleh di percayai. Dalam FB tu setiap hari ada je agen pelancongan yg menawarkan pelbagai pakej lalu lalang di wall.. Tapi macam mana kita nak tau yg mana jujur dan ikhlas dan yg mana penyangak..
Alhamdulilah kawan yg abah ikut pergi melancong sebelum ni sangat sangat boleh di percayai.. dan bila ada peluang lagi di masa depan abah tidak ragu2 utk bersama mereka lagi.. sediakan je RM yg mencukupi hehe.. Kalau ikutkan hati semua tempat nak melancong tapi mana nak cekau RM utk tampung semua kos tu? hehe Kalau ada yg nak ikut abah boleh je jom.. hehe
Semua kisah pelancongan abah sebelum ni semua tercatit di sini, boleh je cari antara nya ke Bandung, Bukit Tinggi , Vietnam, Bali, Turki dan yang terkini ke ICELAND dan UK. itu tak termasuk ke Langkawi, KK , Penang , melaka ,JB , Trengganu, Singapore dll.
Melancong bukan kerana kita membanggakan negara orang tapi utk membuka minda kita utk menjadi insan yg lebih baik melalui pengalaman yg kita dapat semasa berada di negara orang. Hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri. ini tidak dapat di nafikan..
kalau ada yg nak ikut abah melancong boleh email abah di zino2020@gmail.com tapi abah bukan agen pelancongan ya.. hehe
SEKIAN
Abah nak melancong ke mana pulak lepas ni?
ReplyDeleteTeringin nak ikut lagi (tapi kesihatan kaki tidak begitu baik)
awal 2018 ni KIV dulu melancong adik nak ambil SPM
ReplyDeleteInsyaAllah.. satu hari nanti.. siapa tahu kan saya dapat melancong dengan menghubungi abah cara yang macam mana patut saya buat..
ReplyDeleteaizamia
ReplyDeleteinsyaallah.. abah pun masih belajar bab2 travel ni
It was an amazing article.Thanks a lot for providing us this useful article with us.
ReplyDelete