Assalamualaikum..
Wah lama tak menulis blog.. dan dah lama juga tak cerita pasal aktiviti berbasikal. Sejak Nov tahun lepas lagi saya tidak berkesempatan untuk menyertai sebarang program berbasikal ni. Saya berbasikal bukan nya mengejar Podium.. dah terlewat utk semua itu.. apa lagi berlumba dengan kawan kawan yg lebih muda dan bertenaga. Memang tak terkejar la.
Sejak dua tahun lalu saya mula berminat dengan sukan berbasikal .Memang terdapat pelbagai jenis sukan yg boleh kita ceburi dan saya memilih utk berkayuh. Pada saya ianya satu bentuk rekreasi yg sihat.. saya hanya berlawan dengan diri sendiri ,walaupun berkayuh bersama ribuan penyaguh lain. Saja untuk menguji keupayaan dan kemampuan diri sendiri.. bukan utk membandingkan dengan orang lain.. masing2 mempunyai keupayaan dan kekuatan tersendiri.. Kalau mereka laju biar lah, kalau mereka kuat biar lah.
Selain kayuh bersendirian, saya suka menyertai FUN RIDE yg di sertai sama ramai peminat sukan berbasikal .Baru bersemangat nak berkayuh.. FUNRIDE ni sering di adakan oleh pelbagai pihak dengan pelbagai matlamat.. Jika rajin mencari hampir setiap minggu ada je pihak yg menganjurkannya. Sukan berbasikal telah menjadi sukan rekreasi utama dewasa ini Dimana 2 saja di anjurkan ia bakal menerima penyertaan yg tinggi dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur pangkat kedudukan jantina malah kaum.. mereka sama sama berkayuh berlawan dengan keupayaan diri sendiri menggunakan pelbagai jenis basikal. Ini lah satu sukan yg saya lihat dapat menggabungkan ramai rakyat jelata tanpa mengira latar belakang berkayuh dengan satu matlamat... kayuh utk sihat.
Yang muda berkayuh dengan cara orang muda yg berusia berkayuh mengikut kemampuan mereka, kanak2 juga tidak ketinggalan. Ada yg menjadikan aktiviti berkayuh ini sebagai riadah keluarga..ayah emak dan anak2 berkayuh bersama sama. Bila penat berkayuh berenti seketika.. tiada kesegeraan utk sampai awal.. kecuali orang muda yg ingin menguji ketangkasan diri masing2.. biarkan lah . yg penting kita menamatkan kayuhan dalam tempuh yg di tetapkan . jika lewat kita mungkin di jemput naik lori hehe. bila di luar tempuh yg di tetapkan tiada lagi marshal bertugas tiada lagi bantuan polis trafik tiada lagi ambulan standby.. tiada lagi tanggungjawab pihak penganjur..
Utk menghargai peserta kayuhan yg berjaya menamatkan kayuhan . Satu medal akan di hadiahkan di akhir kayuhan.. maka semakin lama semakin banyak koleksi medal utk di kumpulkan sebagai tanda kita telah berjaya menghadapi cabaran. Medal tidak menentukan siapa no satu siapa no corot.. Kecuali kayuhan untuk berlumba.
Hari ini saya berkayuh lagi. semalam pun berkayuh. kali ini menyertai kayuhan FUN RIDE @ LEMBAH PANTAI. bermula di eco Lembah Pantai.. Ia merupakan satu kawasan rekreasi yg baru siap di bina utk kegunaan orang ramai. Asal tempat ni ialah sewerage treatment plant . Treatment plan masih berfungsi tetapi berada di bawah kawasan rekreasi tersebut.. ada banyak basikal di sediakan di sini utk kemudahan berkayuh.. Fun ride yg di anjurkan mendapat sambutan ramai peminat sukan berbasikal .. Setiap penganjuran funride saperti ini biasanya menghadkan penyertaan (untuk memeudahkan kawalan keselamatan) dan di kena kan bayaran .
Laluan kayuhan di tentukan pihak penganjur.. dan kali ini laluan yg di gunakan sangat mencabar.. terpaksa berkayuh di kawasan bukit yg tinggi di sekitar Bangsar.. yg gagah akan terus berkayuh dengan senyuman hehe.. yg tak larat berkayuh dengan perlahan sehingga kluar peluh jantan atau turun je tolak beramai hehe that is fun.. ada juga yg sentiasa memeriksa degutan jantung.. ada banyak peralatan dalam pasaran utk monitor heart beat. saya gunakan jam yg ada app utk membaca heart beat.. pada satu2 level kita perlu berhenti dan berehat sebelum sambung kayuhan.. motto kayuhan ia berkayuh untuk sihat.. so sentiasa jaga kesihatan. jangan terlalu memaksa .. ikut keupayaan diri sendiri.
teman berkayuh pagi tadi.. sama semasa pelepasan je lepas tu berdesup dan hilang dari pandangan hehe dan jumpa semula setelah tamat kayuhan.. hehe
ini sebahagian peserta
satu pemandangan yg cantik di laluan kayuhan tadi tak tau apa nama bangunan di belakang tu.. menara tiga serangkai. (kembar tiga)
alhamdulilah akhirnya berjaya menamatkan kayuhan.. bukan yg pertama sampai dan bukan juga yg terakhir.. hehe
medal yang cantik. medal kedua utk tahun 2018
dah tamat kayuhan baru berjumpa.. ramai yg memakai t shirt pihak penganjur sediakan .. itu yg sukar nak cam bila dah ramai pakai tshirt yg sama.. saya pun dapat tshirt yang sama tapi memilih untuk menjadi wakil kanada hahaha
naik juga la ke podium utk bergambar hehe
ini la kawasan ECO Lembah Pantai.. kawasan reakreasi yg cantik.. datang la terutama kepada penduduk sekitar.
Menyertai program sebegini sangat menyeronokan bagi mereka yang aktif dan mengamalkan gaya hidup sehat.
ReplyDeleteMeintheswim
ReplyDeletebetul tu.. terima kasih sudi singgah di blog saya..
hehehe
ReplyDeletesaya pernah berbasikal pun dekat taman pertanian shah alam
masa naik bukit terus pancit
hahaha
hans
ReplyDeletemasa mula2 berkayuh dulu saya pun banyak tolak dari kayuh hehe.. kayuh sikit rehat lama
Satu aktivii yang sihat .... saya juga masih berkayuh .. walaupun umur dah 50an ... kayuh untuk sihat ... kayuh santai .. janji sampai .JKS jom kayuh santai
ReplyDelete