Wednesday, February 28, 2018

konvoi kayuhan 1 Wilayah Persekutuan 2018

Assalamualaikum...

Program kayuhan santai di teruskan. Kayuh bukan utk berlumba.. tapi kayuh sekadar mau keluar peluh .. beramah mesra dengan rakan yg mempunyai minat yg sama dan berselfie di tempat2 yg menarik ..

Sekali lagi abah bersama ribuan peminat sukan berbasikal berkonvoi beramai2 sempena kayuhan konvoi 1 Wilayah yg di anjurkan pihak KWP dan DBKL.. Kayuhan bermula di dataran DBKL dan berakhir di tempat yg sama. sabtu 24hb Feb 2018.


malam sebelum kejadian prepare dulu siap2.. jangan jadi macam kayuhan Titiwangsa hari tu dah sampai di lapangan tengok no plat tertinggal kat rumah.. nasib baik kakak ada boleh juga minta tolong hantar.. itu pun pasal dekat


meresmikan jersey kayuhan ke siam.. event tu April nanti.. bendera Malaysia dan Thailand ..tapi tak kayuh kot hehe


bersama team SPCT.. Hasbauni dengan team dia . meriah ramai.. 


sebahagian dari peserta di belakang kat depan lagi ramai.. yg datang awal kat depan yg lambat duduk belakang.. yg suka menyelit pun ramai hehe


bila jumpa menara ni ramai yg stop utk bergambar.. ini bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia mengatasi KLCC.. di bina dan di miliki saudagar dari indon.. mesti pekerja ramai Indon juga ni.. menara 106 katanya


lepas tu jumpa pulak menara Tabung Haji. Dengan tabung ni pernah selfie sebelum ni tapi dulu dari bangunan PNB tapi kali ni dari Jln Tun Razak.. hari biasa tak berani nak kayuh kat sini.. kereta sentiasa banyak.. dan jalan sesak.


jumpa dengan team IKATAN DBKL. Tempat ni lagi rare di atas jambatan di jalan Tun Razak berhampiran marinara.. susur ke elevated hiway ampang.. lanskap KLCC di belakang.yg cantik.. .bila lalu dengan kereta teringin nak berenti tangkap gambar tapi tak mungkin berlaku bahaya ..


selfie pun perlu..di rakam..


jalan terus lagi jumpa pulak PWTC.. selfie lagi .. berlaku ke peralihan kuasa di sini nanti.. ? sama2 kita tunggu dan lihat.. ramai sangat yg dah berangan2 nak jadi PM .. menang pun belum tentu entah2 hilang wang pertaruhan.. hehe tapi siapa kita utk melakukan kerja Allah.. 


nun sayup sayup bangunan parlimen persoalan yg sama juga mahu di kemukakan siapa yg bakal jadi penyokong siapa yg bakal jadi pembangkang.. yg penting Malaysia tetap aman.. jangan jadi pak turut negara luar.. 


 yang bakal jadi sejarah akan di abadikan di sini.. sama ada sejarah kegemilangan atau sejarah kehancuran .. mohon di jauhkan.


satu lagi bangunan yg rugi kalau tak selfie.. hehe


tentu tau kan bangunan apa ni


dah habis kayuh baru jumpa.. nama aziz slow.. tapi kayuh berdesup2.. dah kena tukar nama tu aziz.. dan saya sungguh respek dengan dia sebab dia berani melakukan kayuhan solo merantau sampai ke siam.. 


kenalkan ini manager abah hehe 
manager ni dah habis kayuh baru sampai... sampai ke terus cari sarapan hehe


ini lah pingat nya.. masa kempen di katakan 30 km.. setakat 30km tu memang mainan lah.. tapi kayuh kali ni terasa cepat betul habis nya.. laju nya saya kayuh hehe (perasan la tu ) tapi jarak kayuh tak boleh nak tipu .bila kluar lapuran STRAVA ternyata hanya 19 km SAHAJA mana pegi 11km lagi.. 

rupanya (dimaklumkan oleh sumber yg boleh di percayai) jarak di pendekkan pihak polis.. agaknya rimas dengan rungutan orang ramai yg terpaksa menunggu lama apabila jalan di tutup secara berperingkat..

nasib baik kayuhan ni free kalau tak nak minta ganti rugi dah.. bermakna pihak penganjur sila ambil maklum.  tak sesuai utk buat di KL sebab orang ramai di KL ni tak tau sabar.. dan lebih sesuai di buat hari ahad..


last sekali baru dapat selfie dengan nasri.. jersey se akan akan sama sebab ada bendera Malaysia tapi jersey yg saya pakai tu ada juga bendera Thailand.. oleh kerana warna bendera Thailand sama dengan Malaysia .. tak berapa menyerlah ada dua bendera..

utk pengetahuan jersey tu ada lah utk kayuhan EPIC dari Malaysia (utara) ke Thailand sejauh lebih 100km.. yg di jadualkan bulan April.. pengayuh gagah perkasa tentu tak sabar menunggu acara ni..

utk rekod ini kayuhan ke 4 bermakna medal ke empat utk tahun 2018..

SEKIAN
 


tertinggal lak gambar ni.

sebelum edit


selepas edit..

4 comments: