Monday, July 15, 2019

PEMERIKSAAN KESIHATAN

6Assalamualaikum..

Kita sambung kisah sebelum ni... semasa surat tawaran di serahkan kepada abah dan mak perkara pertama yg di minta buat ada lah utk membuat pemeriksaan kesihatan.. kata pegawai tu " lepas ni Pakcik makcik  pergi buat pemeriksaan kesihatan , lepas lulus baru boleh jawab surat tawaran ni"  kata pegawai tu lagi , kami hanya terima lapuran dari hospital atau klinik yg di ikhtiraf.. tabung haji.. sahaja" Sebelum tu syarikat dah whatsapp dalam group senarai panel klinik dan hospital di mana pemeriksaan kesihatan boleh di buat.. ada klinik dan hospital swasta dan ada hospital kerajaan.. dan kami di beri tempuh 3 hari utk settlekan pemeriksaan ini. Sebelum ni abah fikir hanya boleh buat pemeriksaan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan je..

Setiap seorang di bekalkan satu buku putih kecil utk di isi dan di tandatangai doktor yg berkelayakkan ( dari senarai panel TH) tentang status kesihatan setiap bakal jemaah haji. Hanya mereka yg lulus pemeriksaan kesihatan sahaja yg di benarkan pergi menunaikan rukun haji yg kelima ini.. 

Dengan segera semak senarai panel doktor nak cari yg nerhsmpiran dan mudah berurusan.. Pilihan pertama kami Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak , pertama seba dekat , kedua sebab dah selalu ke hospital ni.. kadang2 tengah malam bila ada kepwrluan ke sini lah kami selalu datang.  Sampai Pusrawi tu waktu rehat.. bila tanya kaunter pemeriksaan di tingkat 7 dan perlu datang semula pukul 2.00.. masa tu perut dah lapar nak tunggu smbil darah ke nak isi perut dulu.. last pegi kantin bawah tu nak isi perut.. sambil2 tu baca dalam group masing2 melapur sedang buat pemeriksaan di merata tempat.. tetiba masuk satu mesej vakcin di Pusrawi dah habis.. ahh sudah.. lalu pulak mesej lain katanya di Al Islam kg Baru tak ramai orang vaksin masih banyak..

Akhirnya kami ke Hospital Al Islam Kg Baru .. wow ramai nya !! terus isi borang utk buat pemeriksaan kesihatan.. kaki tangan kaunter sangat membantu.. memberi perkhidmatan sambil senyum lebar.. hehe.. Lepas serah borang kami ke masjid kg baru depan hospital tu dulu.. lama lagi nak kena panggil tu.. bayaran yg di kenakan berbeza abah kena RM140.00 mem RM 90.00 bila abah tanya kenapa beza .. dia kata sebab tahap kesihatan .. ehh gitu pulak..

Memula timbang berat dan ukur tinggi lepas tu ambil darah.. last sekali kena buat ECG nak cek jantung.. bedebar juga lah hehe.. lepas tu tunggu.. bab menunggu ni yg paling lama.. tunggu keputusan ujian darah siap , tunggu giliran berjumpa doktor.. Bayangkan dari jam 2.00 petang kami datang hingga 10 malam baru selesai !!!.

sambil menunggu sambil update dalam group yg sama terbang nanti.. syarikat uyg buat group .. utk mudah mereka salur maklumat terkini dan tempat kami bertanya sebarang masaalah dan berkomunikasi sesama jamaah .. abah pun tulis la "saya masih di Hospital menunggu keputusan" .. tetiba ada seorang jamaah tu tulis.. "sama la.. saya pun masih di sini.." ehh siapa yg tulis tu abah toleh kanan, dia toleh kiri.. " ini abah zino ya?" laa rupanya yg duduk di krusi hujung tu geng yg sama2 terbang nanti.. abah pun bangun dan terus duduk sebelah dia.. utk mulakan siratulrahim..

Result ujian darah cantik.. tapi mem punya lagi cantik dari abah.. mem dapat tick hijau tapi abah tick kuning.. kalau tick merah tidak di benarkan terbang.. Lami ambil semua suntikan pelalian .. suntikan wajib dah ambil masa pegi umrah dulu.. pelalian wajib tu di panggil
Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine manakala pelalian tambahan tu..

1.0 Influenza Vaccine
2.0 Pneumokokus Vaccine

katanya yg berusia lebih 50 tahun di galakkan mengambil suntikan tambahan ni.. kos setiap suntikan ni boleh tahan juga.. hehe.. hari ni suntik esok nya demam .. kesan tindakbalas beksin yg di suntik.. semoga suntikan2 ini membuatlan amtibodi abah dan mak bersedia mengadapi sebarang kemungkinan. dan kami sihat sepanjang masa..

BERSAMBUNG
.