Saturday, July 27, 2019

PERJALANAN MENUJU BAITULLAH

Assalamualaikum

Akhirnya tarikh yg di tunggu pun tiba.. 25hb Julai 2019 bersamaan 22 zulkaedah 1440H , abah dan memulakn perjalanan menuju tanah suci Baitullah. Perjalanan dengan perkhidmatan MAS mengambil mana lebih 8 jam sebelum sampai JEDDAH. dan hampir 2 jam sebelum sampai ke Hotel penginapan sementara.

Along dan Alang yg menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji di KLIA bersama kakak dan adik. Sejak komplek baru ni di buka tiada lagi suasana kesesakan ini berlaku di KELANA JAYA , Sampai di KLIA kira kira jam 9.30 pagi.. Dulu datang ke Komplek TH kerana memghantar sanak sedara yg hendak ke MEKAH tapi kali ini giliran kami pulak utk menyahut panggilan Allah utk menyempurnakan ibadat haji. Terima kasih kepada adik adik abah yang turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan.

Urusan pendaftaran dan memgambil barang keperluan saperti lencana tag beg dan gelang khas haji berjalan dengan lancar. Selepas pendaftaran kami masih boleh berada bersama keluarga sehingga lah di panggil masuk ke komplek pada jam 12.00 t hari. Suasana sedih dan gumbira berlangsung semasa bersalaman dengan anak2 dan sedara mara yg sama2 hadir utk mengucap selamat jalan..

Sebaik masuk ke dalam bangunan maklumat pertama yg di periksa ialah kad Kesihatan sebelum ke peringkat seterusnya.. proses mengambil passport juga lancar. Dengan ada nya sistem barcode yg di cetak di surat jadual penerbangan dan di lencana pengenalan pencarian dan pengesahan dokumen menjadi lebih cepat dan cekap. Pasal tu di pesan berkali2 kali jangan lupa bawa surat jadual penerbangan haji yg TH kluarkan.. setiap surat sudah di cetak kod pengnalan utk memudahkan urusan setiap jamaah.

Beg beg bagasi pun pihak petugas Rayhar dah susun elok2 kat dalam jamaah hanya perlu tarik ke kaunter serahan beg bagasi yg tak sampai 5 meter ... urusan sama saperti semasa kita check in di airport.. Kemudian semua jamaah melalu pemeriksaan keselamatan , beg cabin melalui proses scan saperti kita di airport. Kemudian semua jamaah berkumpul di satu dewan besar utk mendengar taklimat dan pesanan dari pihak Rayhar.

Perjalanan dari Komplek TH ke KLIA menaikki bas yg bergerak serentak dengan bantuan  polis trafik utk melancarkan pergerakan . Setiba di KLIA ( kalau dulu dari KELANA JAYA) kami menunggu lama dan tidak di benarkan turun . Petugas Rayhar memaklumkan Jamaah yg dari penerbangan sebelum kami masih belum clear so tempat tu masih belum available utk kami... Sebaik masuk sekali lagi beg kabin beg sandang sekali lagi melalui proses pemeriksaan.

Kemudian kami perlu melalui kaunter imigration Malaysia  dan Imigration Arab Saudi di KLIA .. Ini lah satu ke istimewaan jamaah malaysia dan usaha memberi keselesaan kepada semua jamaah sehingga urusan masuk ke Arab Saudi di buat Di Malaysia...  ada ke negara lain  selain Malaysia  yg menyedikan khidmat macam ni? .. Tiada lagi isu kesesakan di Lapangan terbang JEDDAH  utk proses kemasukkan jamaah dari Malaysia.

Saperti yg saya maklum awal2 tadi penerbangan dari KLIA ke JEDDAH mengambil masa lebih 8 jam utk menempuh perjalanan sejauh lebih 7000 km. dengan kelajuan pesawat lebih 900km/hr .. tapi bila kita tengok kapal terbang tu macam dia bergerak slow je hehe. Beruntung mereka yg dapat dudu di business class dan first class.. tempat duduk yg lebih selesa dan kerusi yg boleh di baringkan .. ( tidu yg lebih nyenyak hehe) , Di dalam flight Ustaz Firdaus dari Rayhar memberi sekali lagi taklimat dan penerangan sekali lagi tatacara mengerjakan haji dan umrah niat yg perlu di lafaz sebelum.sampai ke miqat..

Setiba di Jeddah sepatutnya ksmi nak solat jamak taqkhir magrab dan isyak.. tapi tak sempat pihak Arab Saudi minta terus bergerak ke Mekah bas telah tersedia.. yg turun awal sempat solat kami sampai lewat ke tempat berkumpul tak sempat dah..ustaz kata solat di hotel kado solat Magrib.. Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 2 jam.. di Mekah kami menginap di hotel sementara Le Meridien .. sebab hotel yg patut kami masuk belum ready atau available.. merasa la jadi orang have have utk beberapa hari.. hehe

BERSAMBUNG
umrah : tawaf dan sae

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah...segala urusan berjalan lancar...

worldfree4u-lol.online said...

Great Post. Looking To Read More From WRITER. Download Latest Released Movies In FHD 1080P