Tuesday, July 30, 2019

PINDAH HOTEL.. Haji 1440

Assalamualaikumm..

Peluang utk menginap di hotel berbintang2 akhirnya sampai ke penghujung nya dan kami perlu berpindah semula ke hotel yg di janjikan dalam pakej... Semasa di Le Meridien bilik nya besar dan makanan melimpah ruah.. sesuai dengan bintang2 yg banyak di hotel ni.. berapa kos tambahan yg syarikat tanggung? entah.. tetapi yg penting tiada kos tambahan kepada kami.

Hotel tempat kami menginap seterusnya sepanjang tembuh di bumi MEKAH ini terletak 200 m dari LE MERIDIEN dan 700m dari MASJIDILHARAM .. kawasan ni terdapat banyak hotel2 sederhana yg menjadi pilihan syarikat dari Malaysia.. Bulan Feb dulubsemasa abah buat umrah menginap di kawasan yg sama.. so dari segi orentasi dah tsk jadi masaalah..

Selepas zuhur lami berkumpul di lobby dengan kabin dan beg sandang masing masing.. beg besar mereka yg urus.. hanya perlu di ketak di luar bilik.. naik bas ke ?? hehe tak jalan kaki je seret lah beg masing masing.. sebelum tu abah dah check dengan pakcik google.. berjalan 3 minit je hehe . Bila sampai kami di minta berkumpul di lobby.. BILIK BELUM READY.. Hotel yg sederhana ruang lobi pun sederhana malah menjadi sempit bila di penuhi beg2 mereka yg dalam proses check out... (transit juga kot??)

Bila di tanya pihak pengurusan bila boleh siap ?? .. kata ustazah selewat2 nya sebelum magrib siap !!!!!.. sementara tu ??  oleh kerana asar dah dekat ustazah cadangkan kami semua ke masjid dulu utk solat asar . Abah dan mak senyum je... tak cakap banyak .. tak berungut .. sabar je lah... kata seorang kawan , kita tadi pun sama patut check out jam 12.00 kita minta extend sampai jam 2.00. so pihak hotel ambil masa utk kemas semua bilik.. bukan satu buksn 2 tapi beratus bilik...

Ada yg tak berpuas hati .. ada yg marah2 ada yg luahkan kekecewaan mereka dalam group.. bila dah berpindah ni .. isu isu macam ni tak boleh nak di elak.. Pihak Rayhar lebih lebih nsk semua jamaah yg di kendalikan nya berada dalam keadaan selesa sepanjang masa.. Taoi ada perkara2 yg di luar kawalan mereka..

Ramai yg ke masjid dan ada yg nak solat di situ juga.. ( yg atuk atuk dan nenek ni sanggup kluar dalan cuaca panas terik tu .. kesihatan perlu di utama kan...) lagi pun bila 1 jam sebelum masuk waktu biasanya Masjidilharam dah penuh sesak..  ada yg cadang nak solat di ruang lobi tu je.. dan di ruang kantin.. Abah dan beberapa geng ke usia bercadang nak balik ke LE MERIDIEN sebab hotel tu ada surau yg besar di tkt 21..

Dalam pada tu ada sorang jamaah sedang marah marah.. katanya dia bilik pun belum ada .. bilik yg sepatutnya dia masuk penghuni nya nak extend.. ( tak nak kluar ) ... ini ujian utk dia.. tentu pihak pengurusan berusaha utk mencari tempat ganti utk dia.. utk menyejukan hati dia kami katalah... entah2 dapat duduk di LE MERIDIEN lagi...

Semasa berdaftar nak menunaikan hsji dengan Rayhar dulu ksmi di minta pilih 3 hotel dan tiga pilihan bilik... bilik berdua berempat atau berlima( enam) .. Harga pakej bergantung kepada hotel pilihan dan bilik pilihan. Tapi bila jawapan TH lambat di terima , ketiga2 hotel yg kami pilih sebelum ni semua dah di penuhi jamaah lain yg dah konfom dapat pergi.. Rayhar beritau kami terpaksa pilih hotel lain .. harga pakej juga berbeza.. abah ok je asal kan kami dapat ke tanah suci.. so ke sini lah kami akan menginap ... hotel MALAK AJYAD.. katanya 700m dari masjid..

Bila kawan2 tanya berapa kos yg abah bayar?? soalan ni tak pernah abah jawab , ( biar lah rahsia) bila mereka kata sekian sekian banyak abah senyum je la.. yg abah jawab pakej bergantung kepada jarak hotel bintang2 di hotel dan berapa ramai sebilik.. tuan boleh semak dengan syarikat yg ada kendali pakej haji ni..

bersambung....
program ziarah dan umrah sunat yg pertama...

3 comments:

Mulan said...

Moga dipermudahkan segala urusan & mendapat haji yg mabrur

Kakcik Seroja said...

Semoga dipermudahkan segala urusan setersunya... Aamiin.

worldfree4u-lol.online said...

Thank You For Sharing Great Info. Download Latest Released Movies In FHD 1080P