Saturday, July 27, 2019

UMRAH DAN SAIE

Kami sampai di Mekah lebih kurang jam 2.00 pagi. Kami terus check in di Hotel transit , LE MERIDIEN utk berehat sebelum mengerjakan UMRAH.  Kami di nasihatkan supaya solat subuh di hotel dan naik sarapan ( di tingkat 21 jam 6.00 ) jam 7.00 pagi berkumpul di lobby hotel utk taklimat ringkas sebelum kerja umrah iaitu  tawaf dan saie..

Kenapa transit.. ??

hotel asal yg di tempah bermula dari 28hb Julai tetapi pihak Rayhar telah di beri jadual penerbangan awal.. dan tak boleh di tukar.. maka terpaksa lah Rayhar carikan hotel transit terlebih dahulu.. Alhamdulilah dapat pulak hotel yg sangat selesa dan berbintang2.. hehe dan dekat dengan masjid....

Masa taklimat awal dalam bas sebelum sampai ke Mekah ustaz maklumkan masa tawaf dan saie nanti akan di pecah 2 group besar satu group biasa dan group perlahan ( utk yg ada masaalah yg bergerak laju ) Tapi bila berkumpul .. tak jadi dua group tapi terpecah 4 group...tak ada dah group perlahan dan biasa.. abah dan mak join je salah satu group tu..

Setiap group di bimbing seorang mutawif dan Pihak Rayhar menyediakan satu kemudahan alat dengar yg di lekatkan di telinga dan boleh mendengar dengan jelas doa atau apa2 arahan mutawif yg di baca semasa membimbing kerja tawaf dan saie.. Kalau sebelum ni Mutawif membaca kuat kita ikut. ( pengalaman lepas) tapi bila berada jauh dari mutawif kita sukar mendengar apa yg di baca.. Dengan menggunakan alat bantuan ini mutawif jauh pun kita masih dengan dengan jelas. 

Bagi yg dah pernah mengerjakan umrah sebelum ini.. tak ada lah masaalah sangat ..sedikit sebanyak masing2 dah faham apa yg perlu di lakukan.. utk kali pertama perlu mengikut rapat dengan mutawif.. Kami lakukan umrah di pagi Jumaat.. bilangan jamaah yg hadir di Masjidilharam berganda ganda.. di setengah setengah kawasan berlaku kesesakan tapi semua itu merupakan cabaran dan ujian yg perlu oleh semua jamaah..

Selesai saie masing2 hanya bergunting... kata ustaz simpan dulu nanti bercukur semasa mengerjakan haji ... Dulu masa kami datang buat umrah.. di musim sejuk... suhu masa tu dingin dan nyaman... tapi keadaan kali ini jauh berbeza .. ini merupakan satu lagi cabaran utk kami... tambah2 lagi atuk dan uwan ni..

Dimaklumkan sepanjang tempuh kami di sini akan di susun utk buat 7 kali umrah... mudahan kami semua dapat melakukan nya nanti...

bersambung....
Pindah hotel..