Komplek Tabung Haji KLIA 25.7.19
Assalamualaikum..
Alhamdulilah.. akhirnya tiba masa utk jemaah haji KT 64B dengan pakej Rayhar bertolak ke tanah suci. Kami di minta berkumpul seawal 8.30 pagi di komplek tabung haji KLIA utk perbagai urusan sebelum berlepas ke Jeddah. pada sabelah petang. Bila kami sampai ke Komplek Tabung Haji .. keadaan di sana telah mula sesak dengan jemaah dan sedara mara yg menghantar.. Tetapi keadaan nampak lebih teratur jika di bandingkan dengan keadaan di Komplek Tabung Haji di Klana Jaya setiwp kali musim haji dulu. Ini kali kedua urusan haji beroperasi di komplek baru yg lebih moden dan lebih teratur.
Pengurusan haji yg di kelolakan tabung haji makin cekap dan pantas.. Pada peringkat awal kami di berikan pas haji ( yg perlu di kalong sepanjang masa di tanah suci) , gelang khas utk semua jemaah haji dan taq utk semua bagasi. . Gelang khas ini mempunyi kod dan maklumat tabung haji. Jika berlaku sebarang musibah semasa di tanah suci pihak berkuasa Arab Saudi dengan segera boleh mengenal pasti jemaah yg terlibat dari mana dan pihak2 yg boleh mereka hubongi. Bukan saja jemaah Malaysia , semua jemaah dari seluruh pelusok dunia yg datang mengerjakan haji ada gelang haji masing2.. ( di wajibkan kerajaan Arab Saudi. )
Terima kasih juga kepada anak2 abah dan adik2 abah yg turut hadir utk mengucaplan selamat jalan kepada kami dan seluruh jemaah yg bakal berangkat sama.. Kalau dulu2 bila ada ibu bapa yg hendak mengerjakan haji orang kampong buat rombongan utk turut menghantar.. hehe Dikatakan penerbangan KT 64B di penuhi dengan jemaah Rayhar serta petugas Rayhar. Ini kali kedua abah dan mak menggunakan khidmat Rayhar... Pertama kali ke tanah suci dulu ( umrah) pun pergi bersama Rayhar.
Sampai masa kami di minta masuk ke dalam kompleks utk urusan seterusnya , bermaana masa utk mengucap selamat tinggal dengan semua yang menghantar kami di Komplek TH.. Suasana gembira bersama sedih.. Gembira kerana kami akan memulakan perjalanan haji , sedih kerana tahun ini kali pertama mereka akan beraya haji sendiri tanpa kami bersama.
Di dalam kompleks pihak pengurusan TH menyerahkan semula pasport dan boarding pas.. Bermaana proses check in telah di urus terlebih dahulu oleh TH.. semua ini utk keselesaan dan kemudahan semua jemaah. Selepas melalui pemeriksaan imigration Malaysia di kompleks TH , Kami berkumpul untuk mendengar taklimat akhir.. Taklimat demi taklimat sepaya kami semua faham akan perjalanan haji ini. perut dah mula keroncong... makanan ada di jual di luar dewan.. kami memilih utk beli roti dan air je utk alas perut... Bila sampai masanya kami di bawa ke Airport menaikki bas yg telah di sewa khas yg terus masuk ke KLIA .
Satu lagi kemudahan yg harus di puji, Kami check in ke Arab Saudi di KLIA .. Dengan kerjasama strategik dengan kerajaan Arab Saudi, pegawai imigration Arab Saudi membuat pemeriksaan imigration di KLIA .. satu kemudahan yg sangat membantu mengurangkan kesesakan di Airport Jeddah bila berpuloh2 penerbangan haji masuk setiap hari. Bermaana kami secara teknikal nya telah berada di Arab Saudi semasa di KLIA lagi.. SYABAS TH ..
Bekalan makanan ada di sediakan.. sementara menunggu waktu utk fly ke Jeddah kami makan dengan cukup berselera... maklumlah waktu lunch tadi makan roti je hehe.. Sempat solat jamak takhir Zohor dan Asar sebelum berlepas..
BERSAMBUNG...
masa kami pergi haji tahun lepas 2018 , kami berdua suami isteri je . tak ada yg menghantar mcm orang lain. anak2 masih belajar . nun kami dari utara ke Movenpick berdua je lah selepas abang ipar drop kan kami di situ.tapi alhamdullillah baik2 semuanya.
ReplyDeleteAlhamdulilah..
ReplyDeleteada anak2yg menghantar kami