Sunday, December 29, 2019

LEMANG TOK' KI

Alhamdulilah...
Akhirnya sampai hajat mak hajjah nak makan lemang Tok'Ki bersama anak cucu. ( walaupun tak semua dapat hadir) .. 
Semasa kami datang berdua sebelum ni ( dah setahun kot) mak hajjah ada sebut nanti nak ajak anak cucu sekali makan lemang. Setiap kali ( macam tu la)  bila makan kat mana mana mesti dia akan sebut kalau anak cucu dia dapat makan sama kan best. 

Pada satu hari tu mak hajjah ada sebut dengan along .. nak makan lemang Tok Ki beramai2.. nak naik kereta ( baru) along hehe.. akhirnya hari ni menjadi kenyataan. 


Bila kami sampai wow penuh dengan peminat lemang... tak ada tempat kosong.. terpaksa lah menunggu sampai ada yg selesai sarapan.. lagipun kami perlu satu meja panjang hehe . Lemang Tok'Ki tidak pernah mengecewakan.. sedap lemak berkrim. hehe rendang pun sedap.. ayam bakar pun enak di makan cicah air sambal yg di sediakan... puas hati lah.. 

Selain lemang ada juga menu lain roti canai tu pun nampak sedap.. ( tak try pulak ) cucu2 makan donut .. dan roti canai.. selain lemang.. 

Abah tengok ramai geng motor yg berkonvoi datang sarapan di sini.. ada tu group tu abah tanya, kata nya dari Sg Buloh datang makan lemang lepas tu nak pergi Tasik Selatan jemputan kenduri kawin.. makkk aii jauh nya lencong sarapan hehe.. dan semaa di hiway tadi pun terserempak dengan satu group motor kuasa tinggi menghala ke tempat yg sama.. ada berpuloh motor besar yg di pandu laju semasa di hiway.. Mesti seronok layan jalan betbukit dan banyak selekoh tu.. seram pulak abah tengok. 

Kepada yg dalam perjalanan ke pantai timur boleh la jadi kan pot ni utk sarapan.. ( orang pantai timur semua dah tau kan) Tapi lemang ni tak boleh makan banyak nanti angin katanya.. tadi ada yg sebut nasi lemak sambal sotong pun sedap.. pendek kata selain lemang ada makanan lain yg boleh di nikmati.. 

SEKIAN..

 

No comments: