Tuesday, March 24, 2020

covid19 RMO hari ke 3

LOCKDOWN 
hari ke3, 20hb Mac 2020

Abah berjalan2 di seluruh dunia pagi ni ( secara maya) dan melawat beberapa negara2 yg di serang wabak covid19. Keadaan makin membimbangkan .!!!! Kematian akibat covid19 di Itali telah melebihi di CHINA.. Sedangkan di negara china mereka sedang merayakan kejayaan membendung penularan virus di kalangan penduduk tempatan... 

Balik ke Malaysia abah berasa amat sedih dan marah bila ada segelintir rakyat Malaysia memandang remeh, menyusahkan , membebankan , tak masuk akal dan sebagainya arahan kerajaan terhadap LARANGAN PERGERAKAN TERHAD kepada semua penduduk Malaysia bertujuan memutuskan rangkaian penularan virus .

Lebih menyedihkan dan geram bila mereka dengan sengaja berada di tempat2 awam dan tidak mengindahkan arahan pihak polis utk bersurai dan balik ke rumah masing2. Lebih menjengkelkan ada yg sampai bertindak aggresif dengan memukul anggota yg bertugas sehingga akhirnya di tangkap. 

Jika anda tidak sayangkan nyawa itu hak anda .. tapi anda telah menyebabkan kesusahan kepada  orang lain. Pegawai perubatan dan seluruh kakitangan hospital bertungkus lumus menyabung nyawa utk membantu dan merawat demi menyelamatkan nyawa mereka yg telah di jangkiti virus tapi anda memilih utk terus BEBAL BENGAP BENGONG.. 

Hari ni satu sejarah kita umat islam tidak dapat menunaikan solat JUMAAT.  😭😭😭 Satu pengorban yg sangat besar.. Semoga ikhtiar yang kita semua lakukan ini Allah lihat  dan membantu kita memutuskan rangkaian penularan virus dan akhir nya virus dapat di hapuskan.. 

aminnn

No comments:

Post a Comment