Assalamualaikum
nak dengar cerita lagi tak? hehe
( cerita ni abah tulis dalam group my kayuh .. di copy di sini utk simpanan )
mula2 abah nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan sahabat my kayuh terhadap posting abah sebelum ni.. hit lebih 1.5k like.. ( wow !!luar jangka sungguh )
Perasan tak dunia sukan kayuhan adalah salah satu bidang sukan yg boleh menyatukan kita semua serta mengeratkan siratulrahim tanpa mengira status dan kedudukan, pangkat, bangsa, etnik, jantina dan umor dan fahaman politik.
Sebelum ini sukan berbasikal cukup meriah dengan pelbagai program dan xtiviti yg setiapkalinya pasti mendapat sambutan ramai.. ( sejak 2 tahun lepas agak muram) abah suka program fun ride je.. program2 lain yg lebih mencabar biar la anak2 muda dan mereka yg lebih berpengalaman je yg sertainya..
Kenapa funride?
1.0 Jarak kayuhan mampu abah habiskan ( ini penting.. bukan apa tak mau la kayuh tapi akhirnya naik lori hehe)
2.0 Cabaran nya ( tahap kesukaran) adalah peringkat sederhana ia itu mampu di sertai oleh semua peringkat umor. Tapi pernah juga dapat yg mencabar minda pisikal ..
3.0 Yuran penyertaan nya mampu di bayar.. ( tapi trend dah mula semakin mahal) harap yg ini penganjur ambil maklum.
4.0 T shirt dan medal yg di berikan ( goodies) kepada setiap peserta boleh jadi koleksi.. ( tak segan la nak pakai ada qualiti ) abah dah ada berpuloh2 t shirt ni.
5.0 Jika bernasib baik dapat lucky draw.. hehe.. pernah juga la dapat..( beberapa kali ) Ini tiada kaitan dengan kekuatan berkayuh.. tapi sebagai hadiah pihak penganjur kepada peserta yg bertuah..
6.0 abah dapat ramai kawan baru.. setiap event yg abah sertai ada je kawan baru yg bertegur sapa.. yg sergah tersilap orang pun ada.. hehe..
7.0 Abah dapat melancung ke bandar2 lain dalam Malaysia.. selain program sekitar KL , abah sertai juga fun ride di tempat lain.. Bermalam di tempat orang bawa famili utk sokongan moral. malah abah dah kayuh sampai ke Siam nun. 😁😁😁
8.0 Dapat berselfie.. nasib baik boleh berselfie dengan idola... hehe
ps: gambar hanya sekadar hiasan...
Hai abah. Susah nak masuk blog, payah nak komen pun. Kalau komen ni terlepas, alhamdulillah
ReplyDeletemakcikantin
ReplyDeletedah tak ramai yg minat baca blog sekarang ni 😭😭😭😭
test
ReplyDelete