Salam maal hijrah utk semua sahabat abah.. ini ada satu kisah yg berlaku sebentar tadi nak share .
Memula mak hajjah ajak makan kat Nilai.. restoren ( kat Nilai) ni memang dah lama viral kami pun dah beberapa kali datang sini. Bila kami sampai , tu dia full house.. !!! kat dalam penuh dan yg menunggu di luar pun ramai. abah pun daftar juga nama book utk tiga orang.. lepas tu fikir punya fikir kami putuskan tak payah tunggu la kita cari tempat lain je lah..
Kami pun ikut jalan dalam menuju ke Seremban.. bila sampai di satu tempat ni ehhh rasanya gerai ni abah pernah singgah dulu masa kayuh dengan geng Sendayan ( SSC ) , kayuh dari Seremban2. Last last ok lah kita singgah sini je lah..
Banyak juga kereta yg parking sebelah gerai .. ( makna nya popular juga la) tapi tempat duduk masih ada tak perlu beratur dan book tempat macam restoren yg tadi.
Bila masuk je tu dia !!! banyak nya lauk.. semua nampak sedap . abah survey dulu nak target yg mana satu hehe.. ikutkan hati semua nak di cedok hehe yg dalam kawah pun banyak jenis.. ehh betul2 rambang mata..
last last abah ambil siput sedut dengan tulang rusuk masak kari.. dan sambal tempoyak yg lain tu try lain kali lah ( kok datang lagi la)
mmm memang sedap dan boleh rekomen gerai ni . betul2 depan masjid .. cerita banyak pun tak guna .. tengok la lauk pauk ni hehe
siput sedup.
anika lauk cedok yg mana suka
banyak pilihan
anika ulam
ada lagi ni tak tau nak cedok yg mana hehe
sila singgah utk menjamu selera.
1 comment:
rambang mata tengok lauk semua nampak sedap semua nak test hehe
Post a Comment