Monday, November 30, 2020

CEP 12

CEP 12

Projek2 pembinaan.. ( amaran entri yg agak panjang) 

Kali ni abah nak share pengalaman bekerja untuk beberapa projek pembinaan di DBKL . Pada peringkat awal kami banyak membina projek2 perumahan , maklumlah keperluan membina rumah rumah awam utk di sewa sangat mendesak. Target DBKL ada lah untuk mencapai tahap setinggan sifar. Membasmi kemiskinan tegar dan menyediakan perumahan yg selesa di diami oleh warga kota yang berpendapatan rendah. DBKL tidak di benarkan membina rumah untuk di jual. Kerana ia menyalahi akta ibukota yg berkaitan. Malah pernah satu ketika dulu DBKL mengambil inisiatif untuk membina rumah jual di wangsa maju, akibat nya Datuk Bandar di panggil menjawab di PAC.. Akhirnya kerajaan memutuskan DBKL tidak boleh terlibat dengan projek perumahan utk tujuan jual. Kita tak ada unit macam PKNS di Selangor .. Maka banyak lah tumbuh bangunan bangunan perumahan awam DBKL di merata tempat , Cheras, Sentul , Gombak, Bandar Tun Razak dan lain lain kawasan. DBKL juga membina sendiri bangunan2 kemudahan awan utk kegunaan warga kota saperti Dewan dewan serbaguna, surau , klinik, masjid ( bagi pihak JAWI) pasar  , stadium serta bangunan2 lain untuk kegunaan dalaman. Apa saja yg ada kaitan bangunan ada lah tanggung jawab jabatan kami. 

Setiap projek akan ada satu pasukan yang terlibat , kami panggil building team. Ia melibatkan pelbagai professional dengan kepakaran masing masing. Bos akan tentukan kita dapat projek apa dan siapa ahli dalam team kita, tak boleh pilih tak boleh mengelat hehe. Dalam satu satu masa abah terlibat dengan pelbagai projek dengan pelbagai team. Projek DBKL ni bukan nya sedikit ( dulu la) setiap jurutera handle pelbagai projek . Ada masa nya sampai berpuloh2 projek aktifdi pelbagai peringkat. Memang ramai superman masa tu kat DBKL. Alhamdulilah , abah sempat terlibat dalam beberapa projek antara nya ialanh tandas awam, dewan dan stadium , dua buah masjid , surau , perumahan awam 18 tingkat, perumahan awam 5 tingkat, klinik ibu mengandung dan kanak2 , pasar awam, panggung teater, dll. Empat projek ( sahaja) akan di sebut di sini. 

Projek pertama

Biasa nya projek pertama bos bagi projek yg kecik je .. nak bagi kita belajar dan bina keyakinan diri dalam kerja kerja analisa dan design. Masa belajar dulu tak ada pun di ajar design sebuah bangunan.. Skill tu kena develop perlahan lahan dan kena rajin bertanya... setelah 38 tahun projek pertama abah masing berdiri megah di Taman Tasik Titiwangsa iaitu sebuah tandas awam . DBKL memang banyak menyediakan kemudahan tandas awam di sekitar KL, mesti salah satu nya anda pernah masuk hehe.. Kalau dapat gambar nanti abah selit kat sini .. 

Nota : gambar public toilet tu bukan kat Malaysia hehe.

Stadium Titiwangsa.. 

Ini antara projek yang abah terlibat sebagai jurutera struktur. Tapak projek bekas tanah lombong. Kerja kerja piling ( menanam cerucuk) mempunyai sejarah tersendiri. Sebahagian dari tapak bilangan cerucuk yg di gunakan bertambah dua dan tiga kali ganda bergantung kepada keadaan tanah di kawasan tersebut. Sebahagian lagi tapak terpaksa di tukar menggunakan raft foundation apabila berlaku pergerakan tanah dan cerucuk yg telah di taman bergerak dan tidak boleh di gunakan lagi. Semua yang berlaku perlu di cari altenatif penyelesaian. Bumbung stadium menggunakan struktur spaceframe. Yang ni bukan abah design . Ianya perlu di rekabentuk oleh pemilik sistem.. design dan bina. Penghawa dingin projek ini di buat pada fasa kedua. Ujian pertama ketahanan projek ada lah semasa lawatan resmi Perdana menteri Malaysia ke Kuala Lumpur , kalau tak salah masa Tun Abdullah Badawi. Stadium penuh sesak, tempat duduk penuh dan di kawasan arena pun penuh dengan rakyat jelata ( dari merata tempat). Stadium ini juga menjadi pilihan warga kota untuk membuat majlis kenduri kawin, kalau datang ke stadium ini ingat abah hehe. 

Panggung Bandaraya 

Kepada peminat teater mungkin pernah masuk atau sampai ke panggung Bandaraya yang terletak berhampiran Dataran  Merdeka. Panggung asal yg di bina di tempat yg sama musnah dalam satu kebakaran. Team abah bertanggungjawab untuk membina semua panggung tersebut menggunakan kepakaran perekabentuk panggung antara bangsa hari UK ( kalau tak silap abah la) Konsep dia yg sediakan detail drawing jabatan abah yg handle. Dan abah sebagai jurutera struktur projek. 

Pembinaan projek ini penuh dengan cabaran. Terutama kerana ia nya berada di dalam bangunan ( lama) sedia ada . Ruang utk bekerja terhad , malah waktu kerja juga terhad bumbung panggung ada lah lantai mahkamah. Ad amasa masa kami di arah berhentikan kerja di sebakan hakim mempunyai urusan resmi di pejabat nya di atas. Pemilihan bahan juga kritikal terutama kerja kerja cerucuk . Mesin besar tidak boleh di bawa masuk. Cerucuk biasa juga tidak sesuai di gunakan. Gegaran perlu di minimumkan. Kawasan kerja gelap dan perlu pencahayaan tambahan. 

Berlaku satu insiden yang membuatkan abah hilang sabar, waktu tu abah di panggil untuk memberi kelulusan kerja konkrit. Mesej yang abah terima semua kerja persediaan telah di buat . Ia di akui c.o.w abah dan jurutera tapak pihak kontraktor. Semasa abah sampai ke tapak bina, kontraktor telah bersedia dengan semua peralatan dan manpower utk memulakan kerja. Abah sangat teliti dengan kerja abah, sebelum kerja akan akan memeriksa kerja kerja persedian yg di buat, besi tetulang telah di pasang dengan betul, saiz rasuk di buat dengan betul, dan formwork dalam keadaan bersih. Bila abah masuk ke dalam kawasan gelap lampu belum di pasang , abis macam mana nak tengok? Bila abah tanya bermacam2 alasan di beri . Ok la minta touch light sementara lampu di pasang sebab abah tak suka buang masa. Lebih 1/2 jam tunggu tak dapat di bekal kan. So makna nya ada pihak yg tidak jujur dengan abah. Bagaimana kerja di periksa dalam gelap !!! . 

Abah terus kata kerja konkrit hari ni batal . Dan abah pun balik . Semua yg ada di tapak terpinga pinga .. apa tak nya lori konkrit dah standby, pekerja dan ramai menunggu. Bertalu talu call masuk tapi abah tak jawab, ia merupakan satu peringatan dan pengajaran kepada kontraktor ,jurutera tapak dan staff abah di tapak supaya lebih serious bila bekerja. Memang semua kena lecture lepas tu, kontraktor datang mohon maaf dan berjanji perkara seumpama itu tidak berulang lagi di masa akan datang. Ada beberapa peristiwa lain yang berlaku tapi akhirnya panggung ini berjaya di siapkan. Cantik tapi abah tak pernah lagi hadir untuk menonton teater ( dapat tiket free beberapa kali ) hehe. 

Projek terakhir 
Masjid Wangsa  Maju .

Kepada warga Mangsa Maju atau sesiapa yang pernah ke Wangsa Maju tentu perasan sebuah masjid yg tersergam indah di lereng bukit tak jauh dari JJ. Pembinaan masjid ini mempunyai sejarah yang panjang. Akitek projek bertukar sepuloh kali ( harap kiraan abah betul ) tapi abah sebagai jurutera struktur projek kekal.. Ada pelbagai isu yang menyebabkan projek ini lama tertangguh . Pada satu hari tu bos panggil abah , dia lantik abah sebagai penyelaras dan wakil SO utk projek ni. Janji bos ( janji tinggal janji) kalau abah berjaya menggerakkan projek ni dan boleh di tawarkan dalam tempuh tertentu , ada ganjaran menanti abah ( ganjaran tu biar abah dengan bos je la yg tau) . Bila abah di beri tugas , abah akan laksana kan dengan bersungguh, ( ganjaran tu no. 2 ) ye la tu. 

Komplek masjid ini terdiri dari sebuah masjid , rumah kaki tangan dan sekolah agama. Di bina di atas tapak seluas 10.7 ekar dengan berjumlah RM 19 juta. Perletakan batu asas pada Mac 2004 dan peresmian oleh yang di pertuan agong pada Feb. 2009. Pembinaan mengambil masa yg agak lama kerana kontraktor pertama gagal menyiapkan projek sehingga terpaksa di tamatkan. Alhamdulilah kontraktor kedua walau pun agak lewat akhir nya berjaya menyiapkan projek ini. Banyak juga isu teknikal yg berlaku sepanjang tempuh pembinaan masjid yg sekarang di kenali, Masjid Usamah Bin Zaid. Walau bagaimana apun semua isu itu berjaya di selesaikan di tapak bina. Ini merupakan rekabentuk struktur yang agak mencabar buat abah. Jarak antara tiang agak jauh , saiz rasuk dan tiang yg di perlukan juga besar dan dalam. 

Walau bagaiamanapun sebelum projek siap 100% abah telah di arah berpindah ke jabatan lain. Sedikit demi sedikit skill kerja kerja analisa dan reka bentuk menjadi pudar, sayang sungguh. Kalau tak dah pencen2 ni boleh buat kerja design partime. Sekarang dah malas nak buka kod. Jika berminat nak tau lebih lanjut pasal masjid ini dan axtiviti keagamaan di masjid ini boleh masuk ke akaun facebook masjid. Bila datang ke masjid ni ingat abah ya. Hehe. 

Stadium Titiwangsa

Masjid wangsa Maju

Panggong Bandaraya

Contoh public toilet tapi ini bukan yg abah design 
dan bukan di Malaysia

Panggong Bandaraya terletak dalam bangunan ni 

Stadium Titiwangsa.



Bersambung..

No comments: