Sunday, November 29, 2020

CEP 9

CEP 9 


Sambung belajar dan kawin... 


Perkenalan saya dengan bekas gfren dulu agak panjang . Bermula sejak abah di form 3 lagi ( amboi.. sekolah lagi dah pandai ngorat ke?) hehe.. dan ia nya berlaku secara kebetulan bila satu hari tu abah lalu di satu kelas ni.. ( kelas budak tingkatan satu) abah nampak banyak lukisan yg di tampal di dinding belakang.. abah pun komen la salah satu gambar tu. Gambar tak cantik pun letak situ . Hehe Kebetulan sepupu abah dari kelas tu dia pun menyampuk, tak nak kenal tuan punya lukisan ke ? Dia cantik!! . Abah sengeh je lah tanpa sebarang reaksi ( ehh betul ke tu ?) So di situ lah semua nya bermula.. Lepas tu selalu la kami jumpa secara berkumpulan, sama ada acara di sekolah atau datang beraya di rumah sepupu abah tu ( tersinggah la rumah abah sekali hehe) Zaman tu abah ni pemalu sikit orang nya ( iya la tu hehe) .. 


Sehingga la abah sambung belajar dan mula bekerja . Ada ketika nya persahabatan tu terhenti sekejap . ( cerita ni pun panjang) Beberapa tahun juga rasa nya tak ada berita di antara kami. Sehingga la pada satu hari tu abah bertembung dengan dia semula di atas jambatan pejalan kaki di Chowkit tu.. ( tempat Sudirman menyanyi dulu) dia bersama kakak ipar dia dan abah bersama kawan abah.. Bila terlihat saja dia tetiba jantung bergerak laju cewah.. !!! Sejak tu kami mula berkawan semula dan di pendekkan cerita sampai la buat keputusan utk mendirikan rumah tangga. ( sudah di takdirkan dia jodoh abah) 


Sebelum tu , abah juga telah set untuk sambung belajar, tahun sebelum tu ramai kawan di DBKL pergi oversea belajar tapi tahun abah mohon hanya di luluskan utk belajar dalan negeri. Abah dengan seorang lagi kawan baik ( sama kerja sama pemegang biasiswa Datuk Bandar dulu) apply dan sama sama berjaya masuk sambung degree di UTM Jalan Gurney , kemudian nya di tukar ke Jalan Semarak . Untung nya masa tu kami dapat cuti bergaji penuh selama tiga tahun. Elaun tesis dan elaun buku pun dapat. Tak tau sekarang ada tak lagi kemudahan serupa di beri kepada kakitangan yg nak menyambung pengajian. Majlis perkahwinan kami berlangsung tiga bulan selepas abah start kelas. ( semasa term break ) . Segala persiapan di kampong mak yg urus abah balik hujung minggu je sehinnga la cuti term break tu. Majlis kenduri hari sabtu , ahad balik Kuala Lumpur bersama isteri dan isnin masuk kelas. Tak merasa nak honeymoon langsung. Kami kawin di usia muda . Tarikh perkahwinan abah sama dengan majlis perkahwinan pasangan di raja Putera Charles dan Puteri Diana . Iaitu pada 8 hb Ogos 1981 . Tu la kawan2 yang datang sibuk nak balik cepat nak tengok life hehe. 


Belajar dan berumah tangga merupakan satu cabaran yang terpaksa kami lalui , mereka yg melalui proses yg sama faham keadaan ini. Pagi2 selepas hantar isteri ke pejabat baru abah ke kelas.. Malam malam keluar ke rumah sewa kawan2 utk belajar dan diskus bersama . Kadang kadang ( kebiasaan nya) berlarutan sehingga tengah malam. Walaubagaimana ia nya tidak menjejaskan kehidupan kami berdua dan kemudian nya bertiga dan berempat ( bila grad) dan tidak juga menjejaskan pembelajaran abah. Teruja dan sangat happy bila nama abah tersenarai dalam top 14 ( harap bilangan ni betul) dalam kelas masa tu. Semasa hari graduasi ayah dan mak pun datang di sertai menantu dan dua cucu mak dan ayah. Oleh kerana hanya dua tetamu yg di benarkan masuk hanya ayah dan mak dapat menyaksikan abah naik ke pentas sebaris 14 pelajar cemerlang lain sebelum di ikuti semua pelajar .. Ada 4 orang pelajar yang sama abah masa tu , tapi sayang nya salah seorang kawan abah terpaksa menarik diri kerana masaalah pembiayaan. ( pinjaman / biasiswa yg di mohon tak lulus bukan dari DBKL ) rasanya lebih 80 rakan yg ambil diploma dulu mengambung pejalarang pereringkat ijazah. Dan ada beberapa orang sehingga ke peringkat PHD. 


Kembali ke DBKL .. kembali ke jabatan yang sama. 








BERSAMBUNG.

No comments:

Post a Comment