Assalamualaikum...
Hari ini 14hb Ogos 2021 tiba masa utk abah dan mak hajjah melengkapkan vaksinasi 2 dos.. di Putra Wall Trade Centre..KL. PWTC . Semasa mengambil dos pertama dulu kakak yg teman.. tapi kali ni Along yg menemani pergi dan balik... malah along pun bersama kami sepanjang masa di dewan vaksinasi...
Proses dari awal hingga akhir berjalan lancar.. sepanjang masa kena standby di hp profile mySejahtera sehingga tak ada masa ( tak sempat) nak curi2 gambar. Nasib baik along ikut sama untuk bantu mak dia dapat lah along merakam sebahagian proses yg berlaku... terutama semasa di suntik...
Alhamdulilah... semua selesai dengan jayanya.. suntikan vaksin ini ada lah sebahagian dari ikhtiar kita supaya Allah selamatkan kita semua dari bahaya jangkitan covid19 yg sangat bahaya.. moga dengan usaha ini kita dan seluruh ahli keluarga terpelihara dari segala penyakit bahaya terutama covid19..
Kes positive masih tinggi di Malaysia... malah masih menjadi ancaman seluruh dunia. Di Malaysia kini kes harian telah mencecah lebih 21000 kes.. kes kematian akibat covid juga tinggi.. setiap hari ada saja berita sedih yg kita terima.. kehilangan orang orang yg dekat dengan kita.. Semoga kita semua terpelihara dari segala bahaya... aminnn
Ramai rakyat yg terkesan teruk akibat pedemik ini... Ramai yg hilang pekerjaan , hilang punca pencarian... malah ramai yg hilang mereka yg di sayangi... menambah kesedihan kita.. para pemimpin kita masih tak habis2 bertelagah sesama sendiri... bukan duduk berbincang memikirkan apa yg terbaik utk rakyat dan negara.. tapi masing2 memikirkan tempolok sendiri...
Ya Allah selamat kan lah bumi Malaysia dari kehancuran.. buka kan lah hati pemimpin2 kami supaya mengenepikan kepentingan diri dan sama2 mencari jalan utk memakmurkan negara ini dan kesejahteraan rakyat semua.
Aminnn...
selepas suntikan...
Terima kasih along tolong ambilkan gambar mak dan abah.
alhamdulillah selesai dah vaksin, semoga baik2 aja
ReplyDeletealhamdulilah.. moga kita semua di lindungi
DeleteSalam tuan. Tumpang lalu.Jikalau ade company memerlukan i.o.w archi atau supervisor archi boleh whatsapp saya di 01159505057. Terima kasih banyak2. Maaf ganggu. Sbb terdesak
ReplyDelete