Sampai ke Airport Zurich jam 1.20 pm. dan kami memulakan perjalanan ke Titisee Lake.. Titisee lake terletak di German , ia merupakan salah satu distinasi pelancongan wajib singgah. Sebelum datang abah dah google kat mana tasik ni , tetiba dia sebut kat German.. Switzerland dan German ni sebelah2 je .. malah Switzerland di kelilingi oleh 5 negara lain, Austria, Liechtenstein ,France, Italy, dan Germany.
Titisee lake terletak di southern Black Forest di daerah Baden Wurttemberg . Ia meliputi kawasan seluas 1.3km2 (320 acre) dengan kedalaman purata 20m. Tasik ini terbentuk dari pencairan glacier feldberg sejak 10000 tahun lalu.. Dalam bahasa German di sebut Tity zay. Macam aktiviti boleh di lakukan di sini, menaiki bot, berkelah macam di tepi pantai, berenang dan memancing. Nak berjalan keliling tasik pun ada laluan di sediakan. Ada lah juga nampak dugong berenang di tasik tu hehe.. Air tasik ni sangat jernih.. Memang sesuai sangat beriadah. Di laluan masuk ke kawasan tasik ramai mat salleh dan minah Salleh bersidai mengadap kelaut macam kat tepi pantai tu.. Duduk di kerusi menjemur diri. Kami di bawa menaiki bot mengelilingi tasik .. Melihat keindahan di sekitar tasik.. Nak naik bot ada bayaran. Ramai yg boleh naik sekali , rasa nya lebih 40 orang. Kami masuk semua sekali dan ramai pelancong lain masuk ada ruang tempat duduk yg kosong.
Sepanjang perjalanan nak menuju ke tasik ni ada perbagai kedai jualan , ada juga hotel penginapan dan kedai makan.. dan ada gerai cenderahati. Kat sini nak shopping kena guna euro , di Swizerland nanti guna duit Swiss. Meriah dengan pengunjung dengan pelbagai aktiviti. Dinner pertama kami di beli di sini.. Apa lagi mulalah dengan menu kebab hehe.. Kami dan pasangan Dr Rohaizak dan Dr Azlin ikut sekali pemandu pelancong kami, Nina pegi kedai kebab dan menikmati kebab panas di situ.
Bila berjalan musim panas ni , siang dia panjang dan boleh rancang perjalanan dengan lebih selesa tanpa tergesa gesa. Nak solat jamak Zuhur dan Asar sempat lagi sampai ke hotel, magrib jam 8.00 malam. Dulu masa travel musim sejuk, jam 5.00 petang dah masuk magrib. Malam ni kami bermalam di German. Kebanyakan hotel di eropah ni ( agaknya lah) tak pasang penghawa dingin. Yang penting ada pemanas untuk kegunaan musim sejuk. Awal lagi dah di maklum tak ada ekon nak sejuk kena buka tingkap sikit bagi angin luar masuk. Nasib baik ada kipas hehe.
kawasan letak kenderaan di Titisee
nampak bunga tangkap dulu
mak dan bunga..tak boleh di pisahkan
jetty utk naik bot.. Ini di laluan keluar masuk ke jetty
abah dan omak dalam bot duduk di bahagian dalam
meronda keliling tasik
pasangan doktor dan doktor di atas deck.
asal samo dari Ghembau
ayah dan anak..
kawan sekolej
7 comments:
Suka tengok gambar-gambar ni.. cantik semuanya..
terima kasih sudi baca... banyak lagi nak kena update.. hehe
Terbaik Abah Zino….penulisan yg menarik
Hihihi... gambar kita pun termasuk. Tq abah.. Nak setiap episod
Tq abah for including us on your blog👍👍👍
X sabar nak tunggu next episod😊
kira bertuah la ni
pick at random siapa yg bernasib baik hehe
Post a Comment