Wednesday, September 13, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO Episod 7

MELAWAT 3 PERKAMPONGAN

INTERLAKEN

Interlaken ada sebuah bandar resort di kawasan pergunongan Bernese Oberland di tengah Switzerland. Dibina di atas satu lembah yg kecil di antara tasik Thun dan tasik Brienz. Interlaken ini popular sebagai resort tempat bermain ski. Tapi kami datang tak ada salji so tak dapat la nak tunjuk skill hehe. Banyak Hotel hotel di Interlaken menyediakan menu halal bila ramai pelancong arab suka menginap di sini. Hotel tempat kami menginap antara hotel terbaik di bina di lereng bukit dan mempunyai view gunong ganang yg cantik. Tinjau dari balkoni belakang pun dah cantik. 

Kami menginap dua hari di sini , ada breakfast dan dinner.. jadi tak ada la menu kebab bila kat sini hehe.. pagi pagi dah berada di atas bumbung utk menikmati view pagi dan bergambar sebelum sarapan , sebahagian gambar ada di share utk tatapan.  Bumbung tu hanya tingkat satu je dari aras lobi.. sebab unit2 kediaman turun ke bawah. 


Bangunan lain di sekitar hotel 

Berlatar belakangkan lanskap yg cantik. Dari aras bumbung

Nak sampai kesini boleh menggunakan kenderaan melalui jalan yg berliku 
atau naik cablecar. Stesyen kereta cable tak jauh dari hotelkami menginap. 

Bertambah cantik bila di sinari cahaya matahari pagi.

Kebanyakkan rumah di sini di bina menggunakan kayu.. 
mungkin lebih sesuai di semua musim kot. 

KAMPONG ISELTWALD

Lepas sarapan kami pun memulakan perjalanan ke  perkampongan Iseltward . Perkampongan ini terletak di bahagian selatan tasik Brienz dalam daerah Bernese Oberland . Penduduk nya sekitar 438 orang sahaja. Pelancong yang datang silih berganti sepanjang tahun lebih ramai dari penduduk sendiri. Tempat ni menjadi bertambah popular dan viral bila ada sebuah drama Korea di buat di sini. Peminat drama Korea tau la.. abah jangan la tanya.. Ramai pelancong yang ingin menikmati pemandangan yang cantik berlatar belakangkan gunong dan tasik sambil sambil mengopi memilih untuk tinggal lama kat sini. 

Sebelum sampai ke perkampongan ni kami dah di pesan jangan buat macam kampong sendiri. Hehe jangan bising maklum lah kampong orang.. nasib baik tak ada tol nak masuk kawasan ni.. kalau kutip sorang singgit pun dan berjuta mereka boleh kumpul hehe.. Ada satu jeti tempat biasa orang bergambar, dulu nak bergambar situ free je.. sejak jeti tu popular sebab kat situ la satu scene drama tu shoot, bermain piano katanya, maka nak pegi bergambar situ dah di kena kan bayaran.. kan baru cakap hehe.. ada juga yg sanggup bayar nak ambil feel. Kami dapat bergambar di sebelah dia pun jadi lah.. 

Tak boleh bayangkan kampong kita la katakan sepopular kampong ni di kunjungi setiap hari oleh beribu ribu pengunjung, ada yg tinggal berhari2 sambil menikmati keindahan alam.. agaknya kita buat apa situ hehe.. mesti la buat sesuatu utk mendapatkan sedikit rezeki dengan kehadiran orang ramai.. sekurang2 nya pacak warung kopi ke jual pisang goreng ke atau sebagai nya.. Tapi semua tu tak nampak berlaku di sini.. suasana aman damai tak nampak pun aktiviti orang tempatan. 


Mak hajjah dan kakak

Satu lokasi lain di tempat yang sama.

Ambil feel jeti di sebelah kiri tu.. kat sana bayar kat sini 
masih percuma. 

Gambar ni jeti nampak lebih jelas.

Masa ni matahari pagi sedang mencarak

Di satu sudut lain.. kat mana saja anda berdiri pemandangan nya 
tetap menarik. 

Mak hajjah dan bunga..

Bunga bunga kat tempat orang ni semua menjadi segar segar 
warna pun cantik. 

Di sebelah abah tu hotel atau homestay atau resort.. ramai juga yg menginap di sini. 
Kalau melancong secara DIY sesuai menginap di sini.. 
Tak perasan pulak ada restoren ke tidak sekitar ni.

Rumah rumah di sini kebanyakkan nya di bina menggunakan kayu. 
Seni bina yg cantik tak jemu mata memandang.. 

Kami menghabiskan beberapa jam di sini sebelum beredar ke tempat lain . Datang tempat orang tak boleh la nak berlama lama.. Bagi can group lain pulak masuk.. tempat parking terhad.. kawasan pun tak besar.. abah bayangkan kalau datang di musim luruh atau musim sejuk tentu view yang dapat di nikmati juga berbeza dan cantik.. Rasa macam nak datang lagi je ni. 

LAUTERBRUNNEN

Staubbach fall ialah air terjun yg terletak di sebelah barat Lauterbrunnen, Switzerland. Air terjun ni setinggi 297m ( 974 ft) . Jika ada hujan atau di musim salji baru mencair air yang terjun ke bawah sangat menakjubkan , oleh kerana jatuh dari tempat yang tinggi air yg jatuh menjadi saperti awan dan sempuran air halus. Terdapat 72 air terjun di kawasan ni tapi Staubbach adalah yang tercantik. 

Kawasan ini juga terkenal kerana glacial fall , ada laluan utk hiking  dan juga kawasan perkemahan. Masa kami sampai air yang terjun tak berapa banyak , oleh kerana jatuh jauh ke bawah.. air terjun dah bertukar menjadi mist seolah olah butiran halus. Ada laluan kepada yg ingin mendaki sehingga ke kaki air.. Kami tengok dari jauh je la.. Duduk memerhatikan air yg terjun sambil makan magi hehe.. 




MURREN

Dari kawasan air tejun kami berjalan kaki ke stesyen cablecar utk ke Murren. Murren ialah sebuah perkampongan atas gunong di kaki gunong Schilfhorn . Katanya ada film JamesBond yang pernah shooting di sini. Dari atas kita boleh nampak view gunong ganang yg menarik. Murren merupakan salah satu distinasi pelancongan yang harus di lawati bial ke Switzerland. Nak sampai ke sini menaikki cable car yang boleh memuat 80 penumpang sekali. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menakjubkan. 



Berjalan menuju stesyen cablecar.

Dalam cablecar , berdiri je semua. 

View dari dalam cablecar

Bergambar di perkampongan Murren

View gunong ganang yang cantik.

Tapi kami tak teroka semua kawasan, dah tak larat nak berjalan sampai ke hujung , sementara yg lain berjalan kami singgah mengopi hehe.. Restoren ni milik warga Singapura, katanya dah lebih 30 tahun berniaga di sini, dari muda sampai ke tua.. Sempat merakam beberapa gambar je..

Singgah mengopi

Satu lagi view yang cantik . Tempat mesti bergambar. Ada nampak orang turun 
ikut tebing di belakang tu entah sampai mana tak sempat nak tinjau.. seriau


LAUFEN CASTLE 

Mengikut catatan sejarah , pada tahun 858 tahun dulu kota ini di diami Barons of Laufen. Lepas tu kota ni bertukar tangan kepada beberapa owner berlainan sehinga lah kerajaan Zurich membelinya pada tahun 1941 dan di jadikan muzium. Ia menjadi salah satu distinasi pelancongan yg menarik. Kami tak masuk muzium cuma datang bergambar je di luar muzium. 











BERSIAR SIAR DI TAMAN.

Bersebelahan kota ini terdapat sebuah taman yang cantik. Kami di bawa berjalan jalan di kawasan taman bersebelahan dengan sebuah tasik yang cantik. Satu perkara yang menarik perhatian abah, kat mana juga tasik atau sungai yang kami jumpa, air nya sangat la jernih dan boleh mandi manda. Tak terkecuali di tempat kami bersiar ni. Terdapat satu kawasan tempat orang ramai berkelah macam di tepi pantai.. Faham faham je lah bila terbayangkan pandai di tempat Mat Salleh ni. Maka banyak la si “dugong “ berjemur di tepi tu atau mandi manda di dalam sungai. 








Tempat berkelah.. mesti best mandi kat situ hehe

INTERLAKEN

Setelah puas cuci mata kami ke bandar Interlaken. Interlaken ni popular dengan resort utk mereka yg suka main ski. Gunong gunong di sekitar Interlaken ni menjadi tunpuan di musim salji. Maki di. Eri peluang utk meneroka sekitar bandar Intrtlaken. Bila sampai je kami berjumpa dengan satu kawasan yang ada lanskap bunga yg bewarna warni.. kenalah singgah bergambar .. Mak hajjah kan suka bunga.. hehe


Pelbagai jenis bunga semua nya menjadi 

Di tanam di kiri kan jalan.. 

Bunga bunga yg segar dan cantik. 

Bila sampai di bandar Interlaken kami tak sempat nak teroka sangat , kakak nak cari nasi. Memang jiwa nasi.. dah tiga hari tak jumpa nasi perut dah masuk angin… mood pun dah mula’e laut.. nak berjalan pun dah malas.. Kata nya dah tak bertenaga. Abah dan mak ok lagi dah boleh jadi mat dan minah salleh hehe.. Kami pun google kat mana ada restoren islam, dan yg lagi penting ada nasi. Ada beberapa restoren yg kami jumpa dan kami pilih yang ada jual nasi beryani.. mamak Interlaken. 

Masa kami sampai belum ada pelanggan lagi.. kira nya kami yg first la, oder ayam masalla, daging kurma ke apa tah lupa dan satu lauk lagi sayur dan nasi putih.. dan air… Merasa la makan harga kayangan!! Cuba teka berapa harga semua tu .. Kalau tak salah abah semua tu 120 CHF… !! Convert la sendiri hehe.. 

Tak tau pulak kakak tak boleh bertahan tanpa nasi!! Dan kami memang tak bawa bekal sangat , ingat nak makan je apa yg ada rupanya kakak tak boleh lagi.. Kebab hari2 tak boleh tahan.. mesti nak cari nasi. 

Akhirnya jumpa nasi

Alhamdulilah.. kena dengan selera. 

Nak balik ke bas jumpa lagi bunga here.

Interlaken juga menjadi tumpuan mereka yg sukakan sukan Sky diving. Terjun dari sekitar pergunongan Alps menikmati keindahan alam sekitar , tasik tasik gunong ganang.. di sekitar Interlaken selama lebih kurang 15 minit sebelum landing di sebuah padang di tengah bandar Interlaken. Sempat juga la abah menyaksikan beberapa penerjun yg landing di padang di tengah bandar ni.. Cuma tak sempat nak tangkap gambar masa lamding tu.. dah sibuk nak cari nasi.. hehe

BERSAMBUNG. 











No comments: