Wednesday, September 20, 2023

LAMO TAK BOSOKO Episod 10

BANDAR LUZERN

LION MONUMENT

Turun dari gunong Titlis kami ke bandar Lucern. Singgah melawat ke Lion Menument . Mengikut sejarah Lion monument ini di bina dengan mengukir pada tebing batu patung se ekor singa terbaring yang tercedera dengan tombak terpacak di badan nya. Ia nya di rekabentuk oleh Bertel Thorvaldsen dan Hewn pada tahun 1820 21 . Ia merupakan sebagai satu tugu peringatan di mana seramai 760 pengawal Swiss yg bertugas di istana Perancis di bunuh beramai2 dalam dalam satu serbuan ke istana semasa revolusi Perancis pada tahun 1792. Monumen ini menjadi sangat popupar dan telah di lawati lebih 1.4 juta pelawat setiap tahun.. Masa abah datang hari tu tak nampak pulak ada sesiapa yang mengira pelawat yang sampai hehe.. Tapi yang pasti pelancong yang singgah di Luzern mesti singgah sini. 

Monumen ini di ukir di tebing batu sandstone, oleh pengukir batu Lukas Ahorn, Hasil kerja seni pengukir batu ini sangat menarik. Tak heran lah ia menjadi tumpuan pelancong utk merakam gambar kenangan. Kami apa lagi bergilir la mengambil gambar kenangan. Sebahagian nya di kongsi di sini.. gambar yg terpilih tu kira bertuah la haha.. Jurugambar dah tentu la Nina.. 


Nama tempat di mana monumen terletak

Dua tahun masa di ambil utk menyiapkan ukiran batu ini. 

Bergambar sebagai kenangan

Antara yg bertuah..gambar nya di rakam di sini hehe


Dengan gaya tersendiri

Lagi gambar bertuah.. 

Selepas lawatan ke Monumen kami terus ke hotel penginapan. juga terletak di Bandar Luzern. Kali ni kami menginap di B&B Hotel, hotel yg paling kecil pernah kami bermalam . Hanya ada bilik untuk berdua sahaja. Kakak dapat bilik berasingan sorang. Hanya beg kecil sahaja yg boleh di bawa turun, beg besar tinggal dalam bas.  Sebelum tu dah di pesan siapkan satu persalinan dalam beg kecil. Memula abanh ingatkan nak solat nanti kena atas katil . Dulu dah pernah terkena masa menginap di Cameron Highland.. dia punya sempit nak bentang sejadah pun tak ada ruang. Tapi kat sini masih ada cukup ruang nak bentang sejadah. Ada bilik yg dapat kipas dan ada yg tak dapat ..masing masing merungut panas hehe  tak apa lah esok pagi pagi dah nak check out. 

Rasa ralat pulak bila dah masuk hotel abah dah tak turun lagi ke bawah.. tak dapat la nak rasa waktu malam yg masih terang. Apa tak nya magrib jam 10.00 malam. Dah tentu lah kat luar tu terang sehingga jam 10.00 mlm. Tak tau la ada geng lain yg merayap malam2 ke tak? Masing masing dah penat . Makan malam pun dah di siap bungkus awal awal. Lepas solat terus landing. 

MELANCONG KE BANDAR LUZERN

Saperti biasa jam 7.00 pagi kami dah turun sarapan, kali ni ada ruang tempat duduk di luar bangunan  di sediakan , Masing masing memilih utk duduk di luar. Udara lebih segar dan lebih sejuk dengan angin pagi. Tapi cepat panas matahari naik awal juga . Bila abah masih menikmati sarapan kakak panggil , kata nya jumpa kambing biri biri hehe.. Kambing ni di kebun sebelah , sempat pulak melayan kambing dulu. Hehe. 

Firstime tengok kambing Swiss berdepan sebelum ni jumpa tengok 
dari jauh. 

Kambing tu pun heran tengok kakak hehe

Selfie seketul 

Nak jadi kan cerita, sambil sambil berbual dengan rakan serombongan , terkeluar la cerita TNB, bila dia sebut pernah kerja dengan TNB , secara spontan abah tanya, kenal tak dengan adik abah yg dulu kerja di tempat yg sama. Rupanya En Lazi dulu pernah berkerja dengan adik abah, malah pernah belajar bersama. 
“ Patut la saya tengok abah ada iras dengan adik.. rasa nak bertanya juga “ Abah pun berselfie dengan dia dan pos kat adik. Terkejut adik tengok. “ Jumpo kek mano? “ hehe itu lah kisah nya.. 


Bersama En Lazi pesara TNB 

Ini lah hotel nya. 

Pagi ni kami masih di bandar Luzern. Memula kami di bawa utk bergambar di tepi sebuah tasik ke sungai ? dan berlatar belakangkan sebuah Kota lama , Aarburg Castle yang terletak di atas bukit. View dari tasik ni sangat cantik. Tambah pulak model2 yang bergambar pun cantik cantik. Masing masing tak lepas peluang utk bergambar. 

Tasik yg luas dengan air yg sangat jernih

Lagi view yg menarik

Aarburg Castle 

Sama rupanya pakai biru macam janji janji je 

Model ni pun cantik
group photo

Masing masing tak lepas peluang utk bergambar. 

Lagi posing menarik

Mak hajjah dah jumpa bunga.

Berposing lagi dengan bunga.

Sejarah jambatan dari tahun 1912 lama tu.




CHAPEL BRIDGE

Kemudian kami di bawa masuk ke Bandar Luzern. Bandar Luzern adalah sebuah bandar yg kompek terletak di tengah Swiss berhampiran gunong yang bersalji di sebelah tasik Lucerne. Bandar nya yg cantik menjadi kan ia satu distinasi pelancongan yang mesti singgah bagi setiap pelancong yang datang ke Switzerland. Bandar Luzern terletak di kawasan di mana penduduk nya ramai berbahasa German. Terletak lebih kurang 55 km dari Zurich. Penduduk Luzern sekitar 82,000 orang merupakan antara bandar yg padat dengan penduduk. 

Selain Lion monument, terdapat sebuah jambatan kayu yg popular di Luzern. Chapel Bridge. Ia merupakan sebuah jambatan kayu berbumbung di bina (asal) pada tahun 1360. Dan telah di bina semula pada 14 April 1994. Satelah jambatan asal musnah dalam kebakarang pada tahun 1993. Jambatan ini merentangi sungai Reuss, secara menyerong (diagonal) . Nama jambatan di ambil sempena nama St Peter Chapel. Jambatan kayu ini merupakan jambatan kayu tertua di Eropah. Menjadi tumpuan setiap pelancong. 


Bergambar di atas jambatan.

Berselfie juga di jambatan.

Lagi gambar kenangan.

Ewah.. 


Nak juga mengintai 

View cantik di tepi sungai.

Satu view jambatan dari jauh , di kiri kanan jambatang terdapat 
bunga yg segar dan cantik. 

Lagi view yang cantik di tebing sungai. 

Nampak tak yg mana satu abah hehe.. 

Selepas puas bersiar di atas jambatan kami di bawa melancong di sekitar bandar Luzern. Sempat juga shopping di sini. Bila time shopping jangan fikir kadar pertukaran duit Swiss dan RM, boleh nangis di buat nya. Beli se secukup rasa . Anggap lah macam berbelanja di Kuala Lumpur je. 

Bergambar dulu sebelum shopping hehe

Jumpa orang jual buah2an ni.. tapi tengok je lah kami beli air juice 
campuran beberapa buah. 

Bermain bayang bayang 

Ramai yang berpesan dengan abah , bila dah sampai Switzerland jangan lupa beli jam, maklum lah Switzerland ni terkenal dengan perbagai jenama jam termasuk jam kayangan.. Malangnya abah dah tak minat jam analog ni sejak pakai jam digital ( murah) dah tak ada keperluan utk membeli jam baru.. Tambah lai bila tengok harga nya tu.. hehe.. Memula kakak yg bercadang nak beli jam , dah pilih dari pelbagai jenama , dah hampir pekenan dengan design nya , tapi penjual tu ( kata kakak ) macam merendah rendahkan keupayaan untuk membeli jam mahal. Terus kakak hilang mood nak beli.. Nasib baik abah tak dengar apa yg mamat tu sebut kat kakak, kalau tak tak pasal pasal abah suruh bungkus 10 utas jam nanti. Hehe

Ambil gambar je mampu 

Macam tarik bakul di AEON mall je mak hajjah buat hehe


Tak banyak pun ini je yg dapat.. Jadilah jangan tak ada.. 

BERSAMBUNG









2 comments: