Saturday, September 23, 2023

LAMO TAK BOSOKO Episod 12

REINFALL

Hari terakhir di Switzerland kami menginap di hotel DorMero, Hotel ni berada di Zurich dan tak jauh dari lapangan terbang Zurich.. Hotel ni juga menjadi pilihan kebanyakkan pengusaha pelancongan dari Malaysia bila ke Switzerland. Mungkin sebab kedudukan nya, bilik hotel dia pun selesa dan sarapan pun ada banyak pilihan.. Pilihan kami sama je la roti roti roti hehe

Hotel Dormero

Bergambar selepas sarapan.

Melawat ke Reinfall.. 

Hari terakhir di Switzerland kami sempat lagi melawat dua tempat menarik . Memula kami di bawa melawat ke satu air terjun yang sangat cantik. Dinamakan Rheinfall , Air terjun terbesar di bumi eropah. Tengok dari jauh pun dah terpukau di buat nya apa lagi bila di bawa menaikki bot menghampiri gigi air. Ada dua lokasi untuk melihat air terjun ni dari dekat.. Sama ada dari tebing sebelah sini singai atau tebing di sebelah sana. View nya berbeza harga pakej nya juga berbeza. Masing masing ada kelebihan nya.

Bila tengok dari jauh kita boleh melihat kejadian air terjun tanpa jemu , dan berpeluang menaiki bot menghampiri air terjun .. dari seberang sana kita betul2 di atas paras air terjun dan melihat nya dari dekat.. pilihan di tangan anda.. hehe . Turun je dari bas kami bergilir bergambar berlatar belakangkan air terjun. 


View dari tempat meletak bas.

Posing dulu..

Terpesona me
Ihat air sungai yg jernih.. di mana saja sungai yg abah jumpa air nya 
tetap jernih dan bersih , tak ada sampah sarap, tak berkelodak dan benda2 
asing berapungan di dalam air. 

Perkhidmatan bot di sedia kan untuk membawa kami mendapat pengalaman 
menghampiri kawasan air terjun.

Semasa di dalam bot yang rasa nya boleh memuat 40 orang.. semua pelancong di bekalkan dengan alat audio untk mendengar taklimat atau penerangan ( yang dah siap dirakam) akan kisah sejarah yang berlaku di masa dulu di kawasan air terjun ni. Lupa pulak apa yg di ceritakan.. tetapi antara lain di ceritakan di zaman dulu kawasan Rheinfall ni pernah menjadi pusat perdagangan penting di Switzerland.. Dulu2 kan terkenal penduduk menggunakqn pengangutan air untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat membawa barang dagangan. 

Hello!, siapa tu kami di Switzerland ni. Bye

Alhi rombongan bersedia untuk mendapat pengalaman baru menghampiri 
air terjun.. tapi tak boleh la dekat sangat nanti kena sedut hehe

Khusuk mendengar penerangan yg di beri..

Dalam bot pun berselfie jangan lepas peluang

Bot belayar menghampiri air terjun.

Itik ni happy je mendari makan ikan yg nak di tangkap boleh di lihat 
dengan jelas, tak boleh nak nyurok . 

Ada banyak bot bergerak sekali , para pelancong silih berganti sampai ke sini.. 
masa kami sampai pun dah berderet bas pelancong dari pelbagai negara. 


Ini water fall dari jarak dekat.. boat belayar lagi hampir ke gigi air.
Boleh dengar dengan jelas bunyi deruan air yang menyamankan.

Selesai melawat Rhinfall kami ke Rapperswil Jona , melawat rose garden. Cantik tempat ni.. agak nya bila musim bunga mesti lagi meriah dengan bunga bunga dari pokok pokok besar tu. Di sini terdapat dua kebun bunga rose yang di penuhi pokok bunga rose pelbagai spesis. Memang kesukaan mak hajjah lah datang tempat2 macam ni.. Sebelah kebun bunga rose ni ada kebun anggur, tapi nak boleh masuk untuk pegang buah anggur.. boleh tengok je lah dari luar pagar. Sekurang2 nya tau la pokok anggur tu macam mana hehe



Tak tau apa nama pokok ni

Cantik je tersusun 

Puas hati mak hajjah dapat tengok bunga ros yang cantik dan beranika jenis. Kami masuk pun tak siapa yg tengok.. bebas merayau dalam kebun tu.. apa lagi bergambar sakan la dengan bunga bunga tu. Sebenar nya program datang ke sini tak ada dalam perancangan awal, bila Nina bagi cadangan semua setuju untuk kesini.. tepi di kena kan bayaran. Tugas tambahan untuk pemandu pelancong. Lagi pun kami masih ada banyak masa sebelum ke airport. Flight balik sebelah malam.


Bunga bunga yg segar

Terdiri dari pelbagai spesis warna merah paling menyerlah. 

Mak hajjah dan bunga


Ros bewarna putin


Ros bewarna pink


Kakak pun tak ketinggalan nak bergambar dengan ros


Close up

Bersambung… 




No comments:

Post a Comment