Friday, September 8, 2023

DAH LAMO TAK BOSOKO episod 3

3.0 PERJALANAN YG JAUH

Bergambar sebelum bertolak seramai 38 orang. 

Ini pertama kali abah dan mak travel berombongan beramai ramai. Masa booking sebelum ni abah tak tau pun berapa ramai yang dah setuju sertai rombongan ni. Booking terus bayar deposit . Dia ada bagi jadual bila sepatutnya bayaran seterusnya patut di lunaskan tapi abah yg tak perasan  ( tak baca..) hehe.. bila dah dekat tarikh baru perasan abah belum bayar baki kos.. 

Seminggu sebelum bertolak agen ada buat wasap group utk mudah menyampaikan taklimat dan share maklumat yg perlu kami tau sebelum bertolak. Dan kami boleh bertanya soalan apa2 yg tak clear. Tapi masih belum pasti jumlah sebenar peserta.. Masing2 dah mula sibuk untuk mencari duit Swiss dan Euro.. Rupanya memang susah nak dapat diut Swiss ni. Kebsnyakan money changer tak simpan stok. Kalau nak kena oder dulu esok dia dapatkan.. Dalam pakej ni ada beberapa bayaran kena buat semasa di sana nanti.. cash juga di perlukan utk lunch. Pakej yg abah ikut ni sediakan sarapan dan dinner. Abah ada juga bertanya tentang pakaian yang sesuai di bawa untuk kesana, berapa suhu masa tu dan sebagainya.. Maklum lah tak pernah lagi travel musim summer di negara orang. Winter tu tau lah suhu sampai negitive... !!! ada negara summer pun sejuk .. 

Satu lagi bekalan penting yang perlu ada semasa travel ialah internet data hehe.. (Senang nak buat report ). Pilihan yg ada pertama bergantung kepada WiFi hotel ( jika ada) , kedua beli simkad Swiss dan ketiga roaming je dari telco sedia ada. Memula ingat nak guna WiFi je.. katanya kat kedai luar pun ada free WiFi.. lapuran balik hotel baru buat.. ( posting fb dll) . Bila fikir2 balik lebih baik jika ada data sepanjang masa.. agen ada sediakan simkad Swiss kepada yg berhajat RM95.00 .. 10GB cukup untuk kegunaan sepanjang tempuh di sana... sampai balik ada lagi belen. Ada juga yg guna roaming , celcom katanya ada pakej RM90.00 sebulan.. unlimited data ( betul ke?) Abah serik guna roaming pernah dapat bil melantun2 tinggi nya hehe..

17hb Ogos 2023 kami di minta berkumpul di KLIA jam 10 malam.. flight nya jam 2.40 pagi esoknya. Kat sini lah baru nampak peserta yang lain.. Ahli nya terdiri dari pelbagai peringkat umur pelbagai latar belakang dan pelbagai pengalaman melancong. Ada yg dah lebih 40 kali keluar negara .. respek. Dan ada juga yang pernah travel bersama KS sebelum ni.. Pendek kata abah dapat ramai kawan baru. 

Dari KL katanya tak ada flight direct ke Zurich  , perlu transit di Dubai.. Penerbangan KLIA DUBAI mengambil masa 7 jam.. DUBAI ZURICH lagi 5 jam !!!.. Boleh bayangkan... duduk selama 13 jam hehe.. berapa kali tidu berapa kali jaga... masih tak sampai2 hehe.. macam2 movie di tonton utk ilang kebosanan.. Sampai Dubai 5.30 pagi.. Selepas 3 jam meluruskan tulang sambung lagi 5 jam ke Zurich.. 

nak cop pasport yg tertangguh 

ada yang kena tinggal ni.

ready to go

menunggu boarding

on board

dah sampai Dubai

mengopi di Dubai..

BERSAMBUNG



No comments:

Post a Comment