masa kami sedang makan di majlis kenduri kawin rakan opis tadi datang sekumpulan makcik duduk di meja kami.. kebetulan meja tinggal kami berdua je bila tetamu sebelum kami telah pun selesai makan.. memula tu zino dengar je mereka berbual maklum la bukan nya kenal pun... dari perbualan tu dah boleh agak dah kebanyakkan mereka tu cikgu pencen.. semua dah menjadi warga emas.. tapi masih cergas dan bertenaga.. ada di kalangan mereka dah tak berjumpa 30 tahun... wow...
sesekali zino dan mem nyampuk juga tambah bila kakak di sebelah zino tu bertanyakna hal kami... sehingga lah dia tanya satu opis dengan keluarga pengantin ke?? zino jawab satu tempat kerja je.. lantas dia tertarik dengan jawapan tu dan terus bertanya lanjut.. kenal tak En..Dolah duu dia kerja kat situ tapi sekarang dah bersara..... zino kata apa tak kenal nya dulu dia tu cikgu saya... lantas dia perkenalkan diri sebagai isteri cikgu zino tu dulu.. ini firstime zino jumpa dia hehe umur dia mungkin dah cecah 60 an tapi masih sihat , ceria dan bertenaga.. tambah bila berbual.. gamat meja kami tu di buat nya.. hehe
lepas tu apa lagi perbualan kami bertukar slang.. dengan bahasa NS yg pekat.. hehe dia kata dah jumpo orang kampong ni apo lae kono lah speaking hehe.. Cikgu zino tu dulu pernah mengajar kami masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3.. lepas tu zino berpindah sekolah dan cikgu pun berhenti jadi cikgu dan bekerja di KL.. kebetulan sama tempat kerja dengan zino... sempat le jumpa dia sekejap sebelum dia bersara pilihan.. isteri cikgu zino seorang peguam.. tapi sekarang dia dah tutup syarikat guaman dan pesara sepenuh masa.. pesara yg loaded.. dimasa lapang dia mengajar mengaji anak anak di kawasan perumahan dia... kata nya sekarang ni dia ada banyak masa lapang dan selalu travel bersama suami.. enjoy live di usia emas..
sempena hari guru .. zino ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu Abdullah , selamat hari guru selamat bersara dan selamat maju jaya dalam apa jua kerjaya cikgu sekarang ni.. kepada cikgu cikgu yg masih berkhidmat diluar sana zino juga ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT BERTUGAS
DENGAN TEKUN DAN IKHLAS
MENDIDIK ANAK BANGSA..
Salam ZINO.
ReplyDeleteKak Azie masuk membalas kunjungan. Terimakasih.
Betul. 16 Mei adalah Hari Guru. Mereka memang golongan yang sangat besar jasanya kepada kita dan generasi kita seluruhnya.
Seronoknya, dapat jumpa kembali dengan guru lama. Pasti banyak kenangan dikongsi bersama.
SELAMAT HARI GURU... jasa guru itu hanya akan terbalas dengan melihat kejayaan anak2 murid mereka...
ReplyDeleteJasa guru ni tetap dikenang selamanya...
ReplyDelete.
.
.
Err.. tahniah kerana lulus peperiksaan yang lepas :)
org negori klu x jumpo sesodo dio mmg ilang loghat e kan bah? hehehe
ReplyDeleteapapun TERHARU Abah awal2 dah ucap selamat ari guru, kira utk sya jugakla... tq2
azieazah..
ReplyDeleteterima kasih sudi berkunjung ke sini..
anie
ReplyDeletebetul tu..
dangarumbia..
ReplyDeleteterima kasih..
mama AA
ReplyDeleteutk mama juga hehe
semoga guru kita dirahmati Allah SWT
ReplyDeleteUntung jadi cikgu. Walau pun dah takde, selagi ilmu yang diajar masih dimanfaatkan oleh bekas anak murid, selagi tu la pahala dapat je. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Guru utk semua guru..
ReplyDeleteJasa dan bakti mereka tidak trnilai..
Saat paling gmbira bila anak didik mnerpa mngucapkan Selamat Hari Guru..
Assalam,
ReplyDeleteBest nya dapat jumpa semula bekas guru2 lama...
Cuma pernah dapat khabar berita dari kejauhan, khabar dari teman2. Guru mamawana semasa Darjah 2 Mr.Gopal dah memeluk agama Islam bila bernikah dgn gadis Melayu. Then, Guru Tingkatan 3, Mr Patrick pun dah memeluk Islam juga bernikah dgn gadis Melayu. Namun, tak pernah ketemu mereka.
shahromm..
ReplyDeleteamin..
Yati
ReplyDeletebetul tu dah pencen pun org masih panggil cikgu..
MP
ReplyDeletebertuah semua guru.. macam saya ni takm pernah dengar orang ucap selamat hari engineer hehe
mamawana
ReplyDeletesatu hari nanti inshaAllah mungkin dapat berjumpa mereka..
x per ble je kita tukar
ReplyDeleteselamat hari engineer pakngah
selamat hari guru..
ReplyDeleteandak
ReplyDeletetq.. datang Kl nanti pakngah belanja hehe
zar..
ReplyDeleteutk guru2 di seluruh dunia ..
hadiah yang bermakna buat guru adalah kejayaan ank murid..selamat hari guru ^^
ReplyDelete