Sunday, May 15, 2011

subsidi...

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. “Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

terangkan lah macam mana sekali pun rakyat memang tak akan paham... kalau paham pun buat2 tak paham.... kalau naik saja semua akan bercakap.. semua bising ... semua marah.... so cari lah cara lain utk mengatasi masaalah ni... kalau ada la...

20 comments:

  1. Nampaknya... makin lama harga petrol makin naik lah... betul kata zino... kita nanti memula je merungut... nanti lama2 kehidupan jadi seperti biasa...

    ReplyDelete
  2. Kasi naik sikit2...jgn mendadak supaya tak terkejut...

    ReplyDelete
  3. memang, kalo boleh tak nak paham..:D

    ReplyDelete
  4. ada..
    mesti la ada caranya
    jgn la membazir buat projek yang syok sendiri (tiada huraian ehheh)

    buatla macam mana pun janji jangan naik harga

    ReplyDelete
  5. tolonglah cari penyelsaian lain huhuhhh

    ReplyDelete
  6. Kalau tak leh guna public transport, kita naik basikal je la, Encik Zino. :)
    P/S: Tapi bila minyak naik, barang keperluan lain pun mesti naik juga.

    ReplyDelete
  7. bab ni den no komen. komen pun petrol 'gerenti' naik juga...

    ReplyDelete
  8. ada tak harga barang yg turun harga nya...

    ReplyDelete
  9. discount true religion jeans wholesale, true religion jeans

    ReplyDelete
  10. azwa
    sikit2 lama lama jadi bukit hehe

    ReplyDelete
  11. angah
    tak paham pun tak pe hehe

    ReplyDelete
  12. andak..
    bersemangat nampak nya tu hehe

    ReplyDelete
  13. shahrom..
    semuga mereka menuju jalan lain..

    ReplyDelete
  14. Yati
    satu rangkaian akan ikut naik..

    ReplyDelete
  15. Drsam..
    tunggu je lah bila nak naik nya hehe

    ReplyDelete
  16. MULAN....
    kalau ada akan jadi rebutan hehe

    ReplyDelete
  17. Hmmmmm...Naik lagi harga minyak,naik minyak ckLah dibuatnya.

    ReplyDelete
  18. lama lama kadar inflasi makin melonjak...

    ReplyDelete