Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua...
Apabila melihat sawah padi yg terbentang luas ni teringat zama kanak kanak dulu di kampong.. masa tu di kampong kami pun ada sawah padi yg di usahakan penduduk kampong , bukan utk di jual tapi kegunaan sendiri.. semangat gotong royong semasa mengerjakan sawah di kalangan penduduk amat tinggi.. kebergantungan bantuan di antara satu sama lain bermula dari proses menyemai, mengubah, merumput menuai dan sebagainya..membajak terpaksa di upah pihak2 yg ada mesin bajak..
Di rumah mak masa tu ada sebuah bangunan di panggil kepok utk menyimpan padi da sebuah kui.. di dalam kepok ni lah padi yg lepas di tuai di simpan sementara menunggu masa utk di gunakan.. bekalan dalam tu rasanya cukup utk setahun... zaman tu memang tak pernah beli beras.. teringin kembali nak melihat peristiwa2 berikut:
penduduk kampong beramai2 bergotong royong mengubah benih padi ke dalam sawah.. kalau nak di buat sendiri rasanya.. entah berapa hari nak siap..
penduduk kampong bergotong royong menyabit dan membanting padi di dalam sawah sebelum padi2 di bawa balik ke rumah masing masing..
penduduk kampong bergotong royong membuat emping , biasanya di kalangan sedara mara la.. ..di satu malam yg kami budak budak kecik ni rasa macam pesta.. dengan bunyi alunan lesung di tumbuk beramai2 (paling ramai 4 orang kot) sehingga terhasil nya emping
mak menjemur padi di halaman rumah dan kami jadi JAGA utk memeastikan padi tidak di makan ayam dan itik mak yg menunggu masa kami terleka hehe
kami beramai ramai menunggu mesin padi datang dan memerhati mesin padi memproses padi menjadi beras, mesin padi ni datang kekampong mungkin seminggu sekali.. masa tu seluruh penduduk keluar membawa padi masing2 yg nak di mesin.
keluar beramai malam malam ke dalam sawah dengan berbekalkan botol kosong yg di tutup upih dan lampu picit utk menangkap belalang , belalang yg di tangkap di masukkan dalam botol ,di dalam sawah tu penuh bercahaya dengan sulohan lampu picit... suasana yg tidak lagi kelihatan sekarang.. belalalng tu goreng la utk di makan.. ada berani? hehe
kejutan apabila di buka kui, terdapat beberapa anak tikus yg masih merah di atas padi hehe kemudian berusaha utk mengeluarkan nya.. ini semua kerja kami budak2 dulu.. peristiwa menimba lubuk dan menangkap ikan selepas menuai padi juga hanya tinggal kenangan..
semua tu tidak mungkin dapat di lihat di kampong lagi.. kerana sawah tidak lagi di usahakan.. sawah telah bertkar menjadi kebun sayur.. masaalah bekan air menjadi punca utama.. penghijrahan anak anak ke bandar juga menyebabkan tradisi terputus...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya jugak terkenang2 semua tu cuma bezanya kami tak buat emping je
Nampak sangat saya ni dah tua kan sempat alami semua tu hu huhuhu tapi, lambat lagi nak pencen tau ---> kaver line hu huhuhu
Anyss
ReplyDeletenasib baik cepat2 cover line tak jadi nak tanya umur hehe
memang seronok terkenang cerita dulu masa kat kampungkan...saya dulu petang-petang suka "tangkuk" udang kat sungai tepi sawah...memang seronok...:)
ReplyDeleteazi
ReplyDeletebetul tu.. Zaman yg tak lagi di lalui oleh anak2 sekarang
saya sempat tgk kepok tu...tu pun tecik sangat lagi masa tu at kampung mak :)
ReplyDeleteTihara
ReplyDeletesekarang kepok ke kui ke dah tinggal sejarah...
tempat jatuh lagi dikenang..:-)
ReplyDeleteZar
ReplyDeleteBetul tu
Zar
ReplyDeleteBetul tu
macam tula susahnya hidup zaman dulu kan, bersyukur dgn nikmat yg kita ada hrni, semua ada depan mata x perlu bersusah payah bermandi peluh
ReplyDeleteFadilah
ReplyDeletebetul tu
kenangan yg xdpt dlupakan,,,
ReplyDelete