Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Lama dah zino berangan nk datang ke Lost world of Tambun ni.. dulu masa alang belajar dua tahun di Gopeng pun kami masih tak berkesempataan nak berkelah kat sana... tetiba mem kata hari keluarga tahun ni di buat di LWOT.. ok lah sampai juga hajat..
Seperti juga taman tema yg lain, tarikan utama tentu lah kolam mandi nya.. cuma kat sini tak ada tak ada ombak besar macam kat SWL , a Farmosa dan Gambang.. adik kata ombak kecik je... tapi tetap jadi tumpuan utama.... dan kepada yg berani tentu akan mencuba selonsor air yg tinggi tu.. yg ni adik kata paksa macam mana pun dia tak mau naik hehe
kat sini kelebihan nya ada kolam air panas... siang malam boleh berendam dalam kolam tu.. kata nya air hot spring semula jadi tu kaya dengan pelbagai mineral yg boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.. memula nak celup kaki dalam air tu memang terasa sangat panas... turun tangga ke dalam kolam tu selangkah demi selangkah sehingga badan selesa menerima kehangatan air tu.. syok juga duduk berendan dalam air tu.. tapi tak boleh lama.. semput nafas di buat nya mungkin kerana bahang panas tu.. ada satu kawasan tu tertulis amaran tidak boleh berada alam tu lebih dari 5 minit.. takut pengsan lemas tak boleh bernafas dek bahang panas hehe
ada harimau... cuma ino tak sempat menonton masa dia orang bagi makan kat harimau tu...dua ekor harimau Malaya ni sangat aktif.. maklum dah dekat feeding time.. sempat la zino merakam beberapa gambar masa dia mundar mandir di depan kami.. biasa tengok kat Zoo tu tidu je.. cuma masa dia bagi makan tu tak sempat nak tengok..
ada juga mini zoo yg menempatkan beberapa jenis binatang.. tapi tak banyak la.. burung ni jinak je boleh di sentuh kalau berani... kadang2 mematuk juga dia hehe
ada juga mini zoo yg menempatkan beberapa jenis binatang.. tapi tak banyak la.. burung ni jinak je boleh di sentuh kalau berani... kadang2 mematuk juga dia hehe
sebenar nya kami ke Tambun pasal hari keluarga office mem.. ahli datang dari seluruh malaysia..bersama keluarga.. sangat meriah... Zino tumpang sekaki la.. artis jemputan BOB..mesraaaaa...
sekian lapuran..
sekian lapuran..
mcm best yoo.. hihi
ReplyDeletebest kan...LWOT, angah pun nak pergi lagi lah
ReplyDeleteAzie
ReplyDeletememang best sebab masuk free hehe
angah
ReplyDeletezino suka air panas tu
takut pula nak pergi tempat mandi manda taman tema ni... sejak kes dekat wet world shah alam
ReplyDeleteSeronoknya...
ReplyDeletesaya pun baru sekali sampai kat situ..itupun 2 tahun sudah...
Wah cuti sekolah kali ni puas zino dan keluarga makan angin. Mula2 ke Langkawi. Balik tu singgah banyak tempat. Lepas tu ke JB. Dan yg terakhir ke Tambun. Tentu adik seronok cuti kali ni .... ngeee
ReplyDeleteBest tu AbahZino...saya sendiri tak pernah ke LWOT ni...Pasal air panas tu, kita lelaki jgn lama lama sgt duduk dlm air panas/sauna, tak baik utk kesihatan testis..hihihih
ReplyDeletemystoryPic
ReplyDeleteapa yg zino faham kalau air yg tak mengalir baru ada kes macam tu..
azi
ReplyDeletekena pergi lagi tu hehe.. zino pegi sebab masuk free
Yunus Badawi
ReplyDeleteke Tambun semua free duit minyak ke kena sendiri.. dia orang ada yg datang naik bas yg di sediakan..
Daddy ziyyad
ReplyDeletenasib baik hehe
Kami duduk Perak selama 7 tahun pun cuma masuk LWOT setakat kat luar jer, tak masuk ke dalam lagi hehehe..
ReplyDeleteMmg ada dipromotenya adik ipar utk ke sini..tapi mungkin tak dek 'jodoh' lagi niii...:)
ReplyDeletesaya tak penah gi lagi sini..seronoknya family day kat sini :)
ReplyDelete**tumpang tanya..ape khabar acik erna?
dan lagi, kenapa blog dia dah private?
t.kasih
azwa
ReplyDeleteduduk sebelah LWOT pun tak masuk situ? ke hehe
Pn Kartini..
ReplyDeletebelum sampai jodoh nak kesana tu.. satu hari nanti sampai la tu..
Tihara
ReplyDeletemungkin dia nak berehat dulu dari menulis... dia ok kami jumpa masa ke Taiping .. bila semua ok pasti dia menulis kembali..
memang happening la =)
ReplyDelete