Friday, September 26, 2014

Padang Bukit Tinggi Paya Kumbuh.. episod SEMBILAN

Assalamualaikum...


macam lama sangat di Sumatra sampai ke episod 9.. Selepas ke Harau Valley kami meneruskan perjalanan ke istana Basa Pagar Ruyung di Batu Sangkar.. Dalam perjalanan ke Pagar ruyung kami sempat singgah ke dua tempat ia itu di Kinoka home Industry (minum teh daun kopi ) dan makan pisang salai.. kemudian singgah pula di Hjh Rosma Embroidery (tak ada kaitan dengan Rosmah wife PM tu ya hehe) . di sini kami melihat sendiri proses membuat tenunan dan tempat sesiapa yg ingin belajar seni tenunan... kita tengok sape yg belajar di sana hehe

"cawan"

kita minum dulu

one for you one for me one for her

macam pandai je

aiman pu boleh

 retis la kata kan..

student yg hampir tamat kursus 
menenun kain 

student yg tak tamat2...
kena datang lagi utk sambung belajar hehe


instructor ke tu hehe

Perjalanan ke Pagar Ruyung melalui jalan yg berliku.. dan lama .. ada yg terlena ada yg melayan perasaan.. zino seronok memerhati alam sekitar mengambil gambar permandangan yg indah di luar.. ada yg sempat di rakam ada yg hanya sempat memerhati. Dimana ada kawasan lapang di situ ada bendang . pendek kata pertanian merupakan sumber pekerjaan utama masyarakat di sini. di lembah ada sawah di bukit juga ada sawah.. teringat masa kecil kecil dulu di kampong bersawah secara traditional menggunakan kerbau utk membajak.. ada juga kawasan yg menggunakan mesin kabota . kerbau besi kata nya.. Proses memajak menyemai mengubah menuai membanting menjemur masih menggunakan kaedah traditional yg pernah di lakukan di kampong2 dahulu. gambar gambar sawah padi yg sempat di rakam kita tangguh kan dulu kita terus ke pagar Ruyung di Batu Sangkar..











istana pagar ruyung

kisah istana Pagar Ruyong merupakan sejarah silam yg bermula dari tahun 1347 lagi.. bermula dengan kerajaan Puti Reno Jamilan Seri Laut sehingga ke Raja Tigo Selo.. setelah kemasukan Islam.

Semasa kemasukkan Belanda berlaku pertembungan antara puak agama dengan puak adat sehingga akhirnya istana Pagar Ruyung terbakar hangus. Di situ bermula nya sejarah kesultanan Di pagar Ruyung berakhir. kemudian dari itu pun istana Pagar Ruyung telah beberapakali terbakar.. dan di bina semula replika Istana ini. Bangunan yg sedia ada ini merupakan replika terkini yg di bina dan siap pada tahun 2013. 

sekian kisah nya... ini adalah tempat terakhir dalam siri lawatan kami. selepas ni kami terus ke Padang bermalam di sana sebelum pulang semula ke Malaysia.  




No comments:

Post a Comment