Assalamualaikum...
Tentu ada yang dah mula jemu membaca kisah yg berlarutan dari satu episod ke satu episod ni.. tapi tak apa ini mungkin episod terakhir kisah pengembaraan kami ke Sumatra.. sebelum kisah ini di tamatkan zino nak buat ucapan dan rumusan sikit hehe...
1.0 Zino nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ezuan dan Ukwa Travel kerana merialisasikan impian kami nak ke Sumatra. Lain kali boleh plan ke tempat lain pulak ya.. Kata nya nak Ke bali la Krabi la Jepun la..
2.0 Terima kasih kepada Kamar Saidin dan keluarga kerana sudi ikut serta dalam lawatan ini. dan menangguhkan plan mereka nak ke Aceh katanya. Harap di lain masa kita dapat bersama lagi. Banyak shopping nampak hehe.
3.0 Tidak lupa terima kasih abah kepada Iyra dan Pena Rozie kerana sudi menyambut jemputan dengan notis pendek utk sama sama dalam rombongan kali ini. Harap sudi lagi ikut kami utk misi berikut nya.. Twin pun happy je dapat berjalan jalan.. cuma lain kali kena standby makanan kegemaran mereka tu hehe.
4.0 Tak lupa terima kasih utk mem dan ahli keluarga zino yg ikut sama. Harap kakak berpuas hati dengan program holiday kali ni.. Walaupun asal nya kakak minta ke Jepun hehe.. Terima kasih kepada mem yg sporting sediakan berjuta rupiah utk shopping.. hehe zino tumpang sikit je.. jangan tak ada kenangan kata orang tu.
5.0 Program lawatan kali ini pada pandangan zino sangat menarik dan berjaya. itu pun kalau kita suka alam sekitar. menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah yg maha Esa. Gunung ganang yg tersergam indah, Lembah yg terbentang luas. Sawah padi saujana mata memandang.. air terjun yg mempesonakan.. Jalan raya yg penuh cabaran. keluk 9 yang berliku.. keluk 44 yang mencabar.. tidak ketinggalan makanan yg enak sehingga masing masing letak diet ke tepi.
6.0 Bukit Tinggi terkenal dengan kehalusan seni sulaman nya.. Masing masing menjadi rambang mata yang mana satu hendak di pilih , dengan harga yang sangat mampu milik.. tidak mustahil masing masing pulang dengan beg yg bertambah.. kami memang standby dengan beg kosong pun hehe..
7.0 oops tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pak Ujang dan Pak In kerana merencana program percutian kami di Padang Bukit Tinggi dan Paya Kumbuh.. Ada banyak tempat menarik di sana utk di lawati.
8.0 terima kasih juga kepada Jonny Indra SSos MSi yg sudi menunggu kami di Paya Kumbuh. Walaupun persahabatan kita sebelum ini hanya di alam maya tetapi kemesraan jelas terjalin walaupun pertama kali berjumpa.
ok la.. jom kita tengok gambar hari terakhir kami di Sumatra...
Mee Soto yg enak.. tempat kita ada nasi impit
tapi kat sini guna nasi.
bergambar di Jambatan Nurbaya
pemandangan di tepi sungai..
ada juga kenangan bersama Ujang kalau tak asyik orang tu je bergambar berdua.. hehe
perkampongan nelayan ?
gambar terakhir di hotel sebelum bertolak balik.
hasil tangkapan..
hehe bukan zino punya tau hehe
ada yg nak ikut balik Malaysia hehe
happy nak balik
dah sampai....
THE END
di sana mesti ada keropok . makan dgn nasi goreng, mee, bihun dan sebagainya.
ReplyDeletetak keropok tak sah.
Ala..baru baca 2 entry..dah abis daa...huhu.
ReplyDeleteabah..next year ada rezeki nak pegi jepun kan..ok la tu. saya pun kalau ada rezeki memang kalau boleh nak pusing Negara asean dulu..especially indon. tengah usha mt. bromo...menabung dulu.
Cantik tempat orang...ramai kwn2 saya Yg dah sampai ke bukit tinggi sy je lum ada rezeki kesana lagi...sedihhhh.
ReplyDeleteSeronok gi jenjalan melawat negara orang..menikmati pemandangan alam yang unik dan cantik, ada juga yang bangunannya unik..yang seronok kalau ke Indon atau Vietnam, kita boleh jadi jutawan hehehhe..kalau ke negara yang tukaran duitnya tinggi berbanding RM, kita jadi miskin huhuhuhu ..
ReplyDeletekena kasi penuhkan tabung ayam lah ni nampaknya..
Nieda
ReplyDeleteBetul tu..
Murni
ReplyDeleteSimpan duit banyak2 lepas tu terbang
Ct noArizah
ReplyDeleteInsyaallah ada rezeki sampai la nanti tu.
Azwa
ReplyDeleteElok pilih tempat yg kita boleh jadi jotawan hehe
lama tak menjengah blog kawan2.. salam ziarah dari saya
ReplyDeletesalam uncle..
ReplyDeletepermandangan sgt cantik..udaranya segar..makanannye pon enak..
bestnye bercuti seisi keluarga..
cute miut
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah
cikceriacorner
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah.. lama tak nampak hehe
waa syok2...
ReplyDeleteboleh buat rujukan lah nanti ni..:)
ReplyDeleteBoleh buat rujukan...sebab kami ke sana 2-6 Mac 2015.Mana Hotel yg.sesuai dan sederhana?
ReplyDelete