Sunday, April 17, 2016

Kayuhan santai Morib Bukit Jugra

Assalamualaikum...

Alhamdulilah pagi ni berjaya juga akhirnya percubaan pertama zino nak berkayuh naik ke bukit. Sebelum ni setiap kali kayuh berjumpa dengan busut je pun dah suspen..hehe.. memula dulu nak kayuh naik busut ni pun tak larat.. ada masanya terpaksa turun tolak hehe..

Alhamdulilah... akhirnya zino berjaya buat pertama kali sampai ke puncak bukit. Bagi orang lain bukit macam ni pejam mata je .. raja bukit mcm ezuan kayuh laju je ni sampai ke puncak sekali henjut je.. hehe. Bagi zino kayuhan bukit macam ni merupakan satu cabaran.. mencungap juga di buat nya..mencece peluh.. 

Kayuhan kali ni bermula di pantai Morib. Oleh kerana tempat kayuhan agak jauh dari KL kami bermalam di Morib. Ada sebahagian peserta berpakat utk camping di pantai Morib. Tapi zino berkemah di hotel je. Hehe
 
Ini sebahagian kemah utk peserta kayuhan esok. Ada yg datang bersama keluarga dan anak2..

Ini rakan rakan kayuhan dan seorang rakan baru.. firstime kayuh bersama zino dan rakan rakan.. steady lah Rosidin 

Ini rakan baru berkayuh tapi rakan lama zino.. cemburu tengok zino asyik pos gambar kayuh je  hehe

Monyet kat pantai Morib ni pun heran pagi ni ramai orang berkumpul hehe

Ini pemandang pertama bila mula naik ke bukit Jugra.. belum sampai puncak lagi tapi pemandangan sangat menarik.

Apa lagi tak lepas peluang utk berselfie. Entah bila lagi dapat sampai ke sini.. selain geng berkayuh tadi  ramai juga zino jumpa orang ramai beriadah mendaki ke puncak bukit ni.

Ini kameraman yg di tugaskan merakamkan program kayuhan hari ini. Bersemangat adik ni.. macam2 aksi dia buat utk merakan gambar terbaik.

Bila sampai ke puncak tak lepas peluang utk berselfie terutama dengan raja bukit.. hehe

Selfie beramai2.. 

Cantik gambar ni ..( puji sendiri dulu) 

Ini aksi jurugambar amatur.. hehe

Jeti nelayan. Tertarik dengan pemandangan ni lepas turun dari bukit zino singgah semula utk tangkap gambar. 
 
 
Lagi2 selfie

Ini lah nama tempatnya.

Yg ni satu lagi jeti nelayan yg menarik perhatian.. 

Batu bersejarah.. tapi tak faham apa peristiwanya.. 

Pantai Morib.. tak boleh mandi pun tapi mlm hujung minggu sangat meriah.. ramai nya pengunjung.. datang bersama keluarga beriadah dan makan2.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment