Sunday, May 8, 2016

Royal Belum

Assalamualaikum...

selamat berjumpa kembali.. kita rehat dulu dari cerita beskal.. jom kita menikmati keindahan alam sekitar. Bila nama zino naik utk menghadiri satu retreat di Royal Belum saya tidak berfikir panjang utk bersetuju menyertai nya. Satu tempat yg telah banyak di perkatakan keindahan nya . satu khazanah hutan tropika yg masih terpelihara sejak jutaan tahun.. Flora dan fauna yg masih tidak terusik.


nama gah yg terpapar di atas bukit 
menandakan kami telah sampai ke distinasi.


kami datang utk bekerja bukan 
meneroka alam sekitar..


bilik yg cantik dan selesa.. 
tapi NO TV hehe


Tasik Banding yg terbentang luas sangat mengasyikkan utk melihat nya.. walaupun di kata kan al nino melanda negara air tasik tidak kelihatan surut atau tidak bermaya.. ia tetap menjanjikan satu pemandangan yg sangat indah..


terdapat juga aktiviti berkayak dan menaikki bot di sediakan.. tapi kami hanya mampu melihat dari jauh..


selfie pertama di RB dan di tegur kawan2 
yg melihat hehe


konsep alam sekitar cuba di terapkan di kawasan resort utk menyediakan minda pengunjung bahawa lebih banyak keindahan alam di janjikan bila datang menginap di sini.


apabila berada di sini anda perlu bersedia utk memutuskan hubungan dengan dunia luar buat sementara. di dalam bilik hotel ini tiada TV sebagaimana kita telah terbiasa apabila menginap di mana mana .. line internet pun selow tapi masih boleh di access.. 


letak landmark memandakan 
telah hadir di sini hehe


panorama


bila ada masa terluang saya berjalan jalan 
di sekitar kawasan 


penat berjalan boleh duduk melepas lelah..


boat di sediakan utk pengunjung yg ingin menjelajah keliling pulau dan melawat ke perkampongan orang asli. kata nya terdapat beberapa perkampongan orang asli di sekitar pulau. atau di tanah seberang.


lagi panorama yg sangat cantik..


tak lepas peluang utk selfie






resort terletak di kawasan yg agak tinggi kalau tak larat nak jalan boleh minta khidmat buggy 


hari kedua kami di bawa lunch di luar resort.. terletak kira2 70 km dari resort.. jauh.. iaitu Restoren Tasik Raban .. tapi bukan di tepi tasik pun.. restoren yg simple menggunakan konsep selfservice dan ada ikan bakar selain dari lauk pauk biasa.. ada satu kisah semasa kami makan ikan bakar di sini.. hehe


balik dari lunch kami teroka di hujung pulau sehingga ke jambatan yg di sambung semula ke tanah besar. kami berjumpa satu kawasan yg ada aktiviti dan tertarik utk melihat dengan lebih dekat.


rupa nya ia merupakan satu "pekan kecil" yg mempunyai kelengkapan asas. Terdapat sebuat stesyen minyak sebuah kedai runcit sebuah warung makan dan beberapa buah chalet utk di sewa.


sebuah boat usang


laluan utk ke kedai atau ke chalet perlu melalui titi yg di apung menggunakan tong drum.. bila berjalan atas tu titi akan bergoyang ke kiri kan ke kanan ikut rentak kaki yg memijak.. 


di belakang tu terdapat deretan chalet utk di sewa . ada yg 90 inggit dan ada juga 150 inggit.. sesuai kepada yg ingin kan pengalaman yg berlainan dan kaki pancing.. ada tepat utk buat bbq .. nak mandi terjun je dalam tasik tu.. masa kami sampai ke tempat ni ada beberapa remaja sedang mandi manda.. di dalam tasik yg dalam ni. mereka menginap di chalet beramai2. 


tiga wakil rakyat baru selesai membuat tinjauan dan menemuduga pengunjung di situ . sama ada keperluan asas mencukupi dan apa apa penambah baikan yg mereka perlukan.. hehe


ini rupa nya boat house yg di katakan boleh di sewa utk menginap beberapa hari di dalam tasik.. Boat akan di bawa jauh ke tengah tasik utk aktiviti yg di rancang sendiri penyewa. kata nya satu boathouse boleh memuatkan 25 orang terdapat lima bilik dan dua bilik air. kalau ada yg berhajat nak buat family bonding ke atau program utk staf di pejabat boleh la fikir2 kan menggunakan kemudahan ini supaya ahli keluarga boleh berkumpul bekerja sama bergotong royong dan menyusun pelbagai aktiviti utk 3 hari 2 malam.. bawa lah segala kelengkapan dan keperluan memasak dan boleh juga aktiviti memancing. kos nya hanya RM 2500.00 utk tiga hari 2 malam.. 


tempat ini juga merupakan pengkalan dengan menyediakan kemudahan penggangkutan air kepada orang asli yg tinggal di tanah seberang nun.. kalau ikut jalan darat mereka terpaksa meredah hutan belantara . dengan kemudahan bot yg di sediakan memudahkan pergerakan mereka keluar masuk untuk menjual hasil hutan di bandar berhampiran dan membeli barang keperluan. Pekerja pekerja resort ni pun terdiri dari anak anak orang asli.


Ralat sikit sebab penganjur program yg zino ikut ni tidak menyediakan kan program sampingan jungle tracking ke  mandi manda di waterfall ke atau sebagainya.. zino berhajat nak kauh basikal yg di sediakan pun tidak berkesempatan.. kerja kerja kerja.. hehe


SEKIAN 

3 comments:

  1. Restoran Tasik Raban tu, dulu-dulu dia memang tepi tasik ikut jalan lama. Ini lah laluan saya sefamily everytime balik kampung suami di Tumpat. Saya lagi suka waktu takde Belum Resort tu. Sebab masa tu, ada juga petronas kat tasik banding, dan restoran dan tandas untuk orang ramai berenti rehat. Tapi sekarang kena berenti kat R&R titiwangsa, atas lagi dari Resort tu.

    ReplyDelete
  2. Yati
    Terima kasih sudi singgah.. itu firstime saya sampai ke hutan belum cuma tak sempat nak teroka

    ReplyDelete
  3. Yati
    Terima kasih sudi singgah.. itu firstime saya sampai ke hutan belum cuma tak sempat nak teroka

    ReplyDelete