assalamualaikum....
Alhamdulilah sekali lagi saya dapat beriadah sambil berkayuh dengan ratusan... penunggang basikal yg datang dari seluruh pelusuk negara dalam program yg di anjurkan pihak POLIS DIRAJA dengan motto "polis dan masyarakat berpisah tiada" agaknya setiap negeri ada wakil polis..
Sebenar nya saya ada dua program utk hadir . pada perancangan awal.. selepas berkayuh saya akan ke bukit jalil utk satu acara lain... itu perancangan....
kebiasaan nya program kayuh ni bermula se awal jam 7.00 atau 7.30 pagi. tapi program pagi tadi bermula jam 8.30 pagi.. sekejap berkayuh dah panas.. sebelum memulakan kayuhan ada sesi memanas badan... senam robik la dulu... keras je pergerakan bila ikut apa yg dia orang buat... dan belum kayuh dah penat...hehe.. terlebih warmup..
program kayuhan pagi ni di bahagikan kepada 3 kategori.. 35 km 10km dan 5 km.. memula join kayuh dulu berani join 10km je.. itu pun dah rasa tercungap2.. tapi sekarang ni 30 ke 40 km tu masih ok lagi.. nak pergi ke 120km tak berani lagi.. 2 minggu lagi ada program kayuhan sukan malaysia.. 120km 40km dan 10km.. ramai yg nak terai 120km!! tapi zino tetap pilih 40km saja..hehe
biasanya berkayuh dengan geng yg sama..setiap kalinya.. sebahagian besar nya kenal masa berkayuh.. dia orang ni semua spotting dan sangat meminati aktiviti berkayuh .. memang seronok berkayuh beramai2 ni.. bersama masa starting je la.. lepas tu masing2 berdesup ke depan ikut kemampuan masing masing.. dalam group ni saya la yg last sampai kot hehe.. tapi bukan lah last keseluruhan.. ramai lagi yg berkayuh lebih santai di belakang.. sekurang2 nya saya tidak lagi perlu menolak basikal bila berjumpa bukit.. dah jumpa rentak bagaimana nak bertahan setiap kali bila mendaki.. yg penting enjoy masa berkayuh..
ok jom tengok gambar2 sepanjang kayuhan tadi.. ada yg saya ambil ada yg kawan2 lain ambil.. kami share setiap gambar yg di rakam...
Saya pun rindu nak kayuh tapi sparing partner ni sibukkkk ja
ReplyDelete