Friday, September 16, 2016

Tumpang Glamur..

assalamualaikum..

semalam berlangsung majlis meraikan pemenang pingat perak sukan olimpik bagi pasangan bergu lelaki badminton negara.. kenapa mereka berdua je ? itu saya kurang pasti.. tak sempat nak bertanya..

bila saya sampai YB menteri wilayah sedang buat PC bersama kedua pemain dan di iringi beberapa pegawai kanan.. saya menyelit je ke dewan makan kat sebelah... rupa2 nya ramai dah tunggu kat situ.. Habis PC YB dan tetamu VIP pun masuk dewan utk lunch bersama..

Lepas lunch sesi bergambar YB dan VIP lain bersama dua bintang tu.. dalam hati berkata2 juga ada peluang ke utk saya bergambar dengan kedua bintang tu.. nak tumpang glamur.. hehe

lepas selesai VIP bergambar YB pun kata.. now terbuka kepada pengarah2 jabatan utk bergambar.. apa lagi mcm orang mengantuk di sorong bantal.. hehe saya pun join sekali bersama2 rakan lain utk bergambar . tapi bergambar ni biasa la kalau dapat selfie lagi best.. abis sesi bergambar saya bisik dan dua bintang ni anak ber selfie dengan mereka... dia orang berdua ni sangat  sporting ok je..

selesai sesi di dewan makan mereka ada sesi bertemu peminat di lobby.. saya dan rakan masih di atas berbual2 sambil melihat gambar2 yg di ambil.. lepas solat baru turun ke lobby... kelihatan bintang2 tu di kerumuni peminat badminton.. mendapatkan tanda tangan sebagainya..

sambil2 berbual dengan rakan pihak penganjur sedang mengagihkan reket badminton kepada VVIP.. terdetik juga kalau dapat satu kan best.. macam la nak main badminton balik.. tetiba Datuk tu kata siapa lagi nak reket.. apa lagi bagai pucuk di pinta ulam mendatang.. saya yg berdiri berhampiran terus menghulur tangan.. dua kali rezeki hari ni.. dapat berselfie dan dapat reket yg ada tt kedua pemain.


YB menteri dalam sidang akhbar bersama kedua pemain


YB menteri bersama bintang


bersama VIP


tumpang glamur bergambar sama


sempat berselfie..


ini gambar google


gambar semasa beraksi..


reket free


tanda tangan bintang.. 

SEKIAN

2 comments:

  1. Salam kunjung sini abah.

    Bestnya dapat jumpa bintang & dapat barang free lagi :))

    ReplyDelete
  2. terima kasih makcik kantin.. sudi singgah sini hehe

    ReplyDelete