assalamualaikum...
1.0 Jom kita sambung cerita TRIP TO TURKI .. dah tak sabar nak tau kisah selanjut nya kan..kan hehe.. harap2 abah masih ingat lagi la kemana kami pergi.. Sebenarnya lupa buat catitan semasa melancong.. maklum la terpesona dengan keindahan Turki (kata orang tu..) sampai terlupa nak catit... buat penat je bawa buku nota...
2.0 Sebelum ke Turki abah sendiri mempunyai maklumat yg amat sedikit pasal Turki ni ... Tau pun benda2 yg sesekali keluar berita.. dan cerita dari mulut kawan2 yg memuji betapa cantik nya Turki... " tunggu Istanbul aku datang " tu abah tak tengok pun .. tapi cerita2 yg abah dengar Turki ni sangat cantik... itu yg teruja sangat nak kesana.. dah ramai pun orang Malaysia datang sana Abah je ketinggalan..
3.0 Kita tak ada direct flight ke Turki ? kenapa tak ada ? itu MAS je yg tau jawapan nya.. Pada pendapat abah laluan ke Turki sangat berpotensi...macam boleh untung lah.. kenapa abah kata macam tu nanti anda boleh menilai sendiri... Perjalanan kami ke Turki menggunakan Emirate Airways transit di Dubai... merasa lah jejak kaki di DUBAI.. nanti kita cerita pasl DUBAI ni.. tujuh hari tujuh malam kalau nak cerita pasal DUBAI je..
4.0 oops lupa nak maklum sebelum terbang lagi kami di beri sedikit maklumat tentang Turki pasal cuaca pasal currency pasal persedian baju sejuk dan sebagainya.. dan etinari lawatan secara umumn pun ada di sediakan lebih awal.. sepatutnya google la dulu tempat2 yg di sebut tu supaya kita mendapat gambaran awal.. terutama tempat2 sejarah yg nak di lawat.. baru boleh menjiwai.. kata orang seni.. tapi abah tak sempat nak buat hehe ni yg nasihat ni kepada yg nak pergi kesana la....
5.0 ok la jom tengok cerita bergambar....
Dah sampai DUBAI.. kata nya.. DUBAI INTERNATIONAL AIRPORT merupakan airport yg paling sibuk di dunia mengatasi HEATHROW Kalau nak tau la.. DUBAI ni merupakan salah satu tempat idaman abah utk datang melawat... hehe tapi bila dengar cerita artis2 hollywood berebut2 tempah bilik hotel beribu2 ringgit semalam kat sini simpan dulu angan2 tu.Tentu kos kehidupan di DUBAI ni tinggi simpan dulu lah hajat tu.. nak kena study betul2 dulu sebelum datang sini.. takut miss seru.. hehe
Dapat la berselfie sekeping dua sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Duit Dirham tak ada so tak ada la nak shopping,..
tak dapat jumpa pokok kurma di pasang pasir jumpa dalam airport pun jadi lah... dapat juga lah berselfie dengan pokok kurma.. Mem selalu tegur asyik nak ambik gambar je abah ni... alaa sayang dah sampai tempat orang kita selfie je lah bukan nya kena bayar pun hehe.. ini menjawab kenapa gambar abah selfie sorang lagi banyak dari gambar berdua hehe..
bila terjumpa tempat kat belakang ni ada yg teruja sangat nak masuk.. kasi la can kan,, dah tujuh jam dalam kapal terbang maun perpinau biji mana.. bagi dia orang fresh balik bila dapat berasap dalam tu.. siapa tu ?
Transit selama 5 jam je sebelum sambung penerbangan ke Istanbul.. masing masing dah tak sabar2 dah tu hehe.. abah pun sama maklum la firstime nak jejak kaki.. ada orang tu dah pergi awal2 lagi dah tak heran pun pasal Istanbul ni
tinjau2 juga kat tingkap.. wow ada salji la.. tapi nun atas gunung .. sape pulak nak panjat.. dalam hati berdoa2 juga mudah2an dapat lah sentuh salji ni.. seumur hidup tak pernah tengok lagi . tengok ais kepal tu biasa la kecik2 dulu hehe
abah kenalkan itu lah FARHAN..yg buat peace tu. ketua rombongan kami.. ehh dah kenal ke? .. berasal dari Qatar.. oooopss dari Trengganu dan last post di QATAR..
Dah sampai sekejap je kan hehe.. sebenar nya dari DUBAI ke ISTANBUL dalam 4 jam je.. panas juga la bontot duduk hehe.. nak buat2 tidu tak mau deh lolap.. habis segala movie di godek.. keluar je air port.. wow sejuk mencengkam.. pakai jeket pun meresap sejuk ke tulang.. apa tak nya di sebalik jeket tu tak berapa lengkap.. long john tak pakai selapis tu t shirt selai je..
dapat je tempat duduk dalam bas terus selfie dulu.. ni kami nak ke BURSA . Dalam bas tak ada la sejuk.. room temperature.. nyaman dan selesa. Bas ini lah yg akan berkhidmat utk kami sepanjang pengembaraan di bumi Turki selama 8 hari. maun tak satu bas 23 orang semua nya kalau tak salah.. dan ada lagi kerusi kosong..
pemandu pelancong Turki kami Aydin sedang memberi penjelasan perjalanan kami menuju ke Bursa.. Semua dah tau kan kedudukan negara Turki ni sangat unik. sebab dia berada di dua benua.. Eropah dan Asia.. Besar nya di Asia la tapi ada sebahagian kecil berada di bernua Eropah.. Dulu Turki berhajat nak jadi sebahagian negara Eropah.. sekarang ni kami dalam perjalanan dari Eropah ke Asia.. nak kena menyeberang laut lagi..
Dari ISTANBUL ATATURK AIRPORT ke BURSA agak jauh juga.. lebih kurang 180km.. Dari airport ke bandar Eskihisar (Eropah) dan naik ferry menuju ke bandar Yalova . masa ni dah petang dah sekejap lepas tu dah gelap.. nampak tak bumbung putih kat belakang tu.. itu la bas kami.. ramai yg tak mau turun bas.. sejuk mencengkam.. abah beranikan diri turun nak rakam gambar .. kalau tak susah nak cerita kan . sebenar nya kami menyeberang laut MARMARA..
satu lagi posting atas deck ferry sebelum lari masuk ke dalam.. sejuk menggigil di buat nya..
Alhamdulilah akhir nya sampai juga ke Hotel.. terus dinner dulu sebelum tidu hehe.. ini kira firstime abah menjamah makanan orang Turki..di bumi Turki..( nak kena cover takut dah makan makanan Turki di Malaysia) kat sini jangan la nak cari nasi lemak ke roti canai ke nasi dagang ke memang tak ada la.. abah makan je apa yg ada kat situ.. sedap makan banyak tak kena selesa makan sikit buat alas perut..
sebelum naik ke bilik sempat lagi berselfie tu macam la esok tak boleh tangkap hehe
GOOD MORNING EVERYBODY.. ini dah masuk ke esokkan hari nya.. masing2 dah segar bugar.. nenyak ke tidu tu.. mem yg tak lelap kot asyik menanya "dah jam berapa ni.?". sejam lagi kang kejut lagi dah kol berapa ni hehe mata dia ikut Malaysia lagi hehe bilik hotel ok kemudahan yg di sediakan pun ok.. sejadah pun ada di sediakan..room temp. mudah di laraskan. Breakfast kat sinipun ok tengok la tu ada macam2 pilihan.. sama ada lalu nak makan ke tak je hehe.
sebelum memulakan penerokaan hari ini kita minum dulu..
alamak gelap la sikit gambar ni.. ini semua geng baru mem la.. hehe
mana aci gambar abah pun nak menyelit juga hehe
dah siang cerah sikit gambar
ini bergambar di luar hotel... dengan tiupan angin pagi sejuk mencengkam..
sementara bas ready abah selfie di sekitar hotel tu.. kami check out terus dari hotel ni.. lepas ni check in hotel lain pulak.. hampir setiap hari bertukar hotel.. maklum la tempat nya jauh2..
satu lagi selfie sensorang hehe
ok dah sampai tempat pertama lawatan.. kat mana ni ..
TUNGGU...
BERSAMBUNG
DAH NGANTUK NAK TIDU HEHE
kat sini
180KM tu berapa jam AZ?
ReplyDeleteAzian
ReplyDeletebas mungkin bawa 90km/hr.. kalau direct 2 jam boleh sampai tapi kami banyak menyinggah..