assalamualaikum....
1.0 Jom kita sambung pengembaraan di Turki.. kali ini kami bergerak dari Bursa ke Pamukkale sejauh 490km !! jauh kan... sebelum kesana kami melawat dulu beberapa tempat bersejarah dan menarik di Bursa..
2.0 Tempat pertama yg di lawati di Turki ni ada lah Masjid Besar ULU CAMI di BURSA . Masjid ini menjadi landmark di awal pemerintahan Empire Ottoman. Rekabentuk nya banyak di pengaruhi akitektur SELJUK.. Di arahkan pembinaan oleh Sultan Bayezid I dan di rekabentuk oleh akitek Ali Neccar pada tahun 1396-1399. Masjid ini merupakan sebuah bangunan berbentuk segiempat dengan mempunyai 20 kubah di bumbung .. Sepatutnya dijanjikan bina 20 masjid tetapi akhirnya di bina sebuah masjid besar dengan 20 kubah. Pembinaan nya sempena kemenangan dalam peperangan Nicopolis..
Aydin sedang memberi taklimat kepada peserta rombongan berkaitan datar belakang masjid yg kami akan masuk sekejap lagi.. nak jadi pemandu pelancong ni kena tahu banyak fakta sejarah.. History dulu dapat berapa agak nya hehe.. saya ni sejaran lemah sikit sebab tak suka menghafal.. buat calculation tu ok la.. hehe
perhatikan bumbung masjid ni banyak dome kan.. tapi memang respek lah teknologi dan kemahiran zaman dulu Zaman sebelum ICT mereka dapat membina sebuah Masjid agong yg besar dan penuh dengan hasil seni.. Zaman sekarang tak ada lagi lah nak jumpa pembinaan macam ni. Respek juga kepada Jurutera yang membuat kiraan rekabentuk masjid ini dan lain lain masjid di Turki ni.. di Istanbul saja kata nya ada lebih 3000 masjid.. seluruh Turki tak tau berapa.. cuba bayangkan di zaman tu setiap masjid penuh dengan jamaah pada setiap waktu solat terutama subuh.. bukan setakat sembahyang Jumaat je masjid penuh seperti masa sekarang..
semangat ukwah dan ketaatan kepada perintah Allah waktu itu telah membawa kejayaan demi kejayaan kepada umat Islam. Membuatkan musuh2 islam gerun dan takut berhadapan dengan tentera islam. apabila umat islam mula leka dan lalai dengan perintah Allah.. segala kejayaan dan kecemerlangan terus hilang. malah banyak negara yg sebelum nya di perintah islam jatuh semula ke tangan musuh.
di mana mana kawasan masjid ini kita akan lihat teknologi arc di gunakan secara meluas. kerana itu teknologi terbaik utk merekabentuk span yg panjang atau bangunan yg besar. dan banyak tiang di gunakan. Masa tu mana ada teknologi besi keluli dan sebagai nya mana ada komputer utk membantu dalam kerja rekabentuk...
bila sebut kerja rekabentuk teringat hasil kerja abah yg terakhir sebelum berpindah kejabatan lain dulu. Masjid yg abah rekabentuk tak ada lah sebesar masjid ini tapi bagi abah cukup besar dan penuh dengan cabaran. itu lah masjid Wangsa Maju yg terletak di atas bukit tu..( ini iklan hehe)
sudut yg berlainan di dalam masjid
merakam kenangan
salam satu dari 20 Kubah yg terdapat di bumbung
mimbar berpintu kaca.. pintu ni mungkin di buat di zaman ini bertujuan utk mengelak pelawat naik ke atas mimbar.. di letak kaca supaya masih boleh di lihat.
tinggi mimbar tu.. maklum la zaman dulu tak ada speaker kena katib duduk tinggi utk menyampaikan kutbah.
tertarik dengan tulisan khat di belakang tu.
pekerja sedang mencuci kapet
Dari luar Masjid ni kelihatan satu bangunan empat segi bujur.. kubah tak nampak minerat nampak.
sekitar kawasan masjid ada tempat shopping tapi tidak menjadi distinasi kami .. kenapa tidak tak ada sape tau hehe
selepas melawat masjid besar kami di bawa melawat ke masjid Hijau (Yesil Cami ) Yesil bermakna hijau Cami Jame.. bermakna masjid Jame. di Turki Masjid jame merujuk kepada masjid yg besar. tempat musolla atau masjid kecil di panggil mescid. agaknya kita sebut masjid ikut orang Turki kot hehe
senibena masjid hijau adalah peralihan dari era senibena Seljuk Turki ke era Osmaniyah. Masjid ini di bina pada tahun 1419 - 1421 semasa pemerintahan sultan Selebi Mehmet. Ia di kenali sebagai masjid hijau kerana hiasan dalaman nya bertemakan hijau. Tile yg di guna hijau.
asyik selfie je abang lang offer nak tolong
ambikkan gambar hehe
pemandangan dalam kawasan masjid hijau
ada tempat mengambul wuduk di dalam masjid
tak banyak gambar di ambil dalam ni.. masa kami masuk tu ramai orang susah nak menyelit..
lunch pun tak jauh dari masjid hijau..
kebab in the house pelik sikit makan kat restoren Turki ni. air tak masuk dalam pekej menu . kalau nak air kena bayar lain walaupun minta air mineral je .. yg ni kurang faham sikit.. ke orang Turki ni tak minum masa makan.
ini pemandangan di luar tingkap restoren.. masjid ni terletak di atas bukit.. dari atas saujana mata memandang.
lagi satu view
pemandangan di luar restoren
ini la restoren kebab tempat kami lunch.. ini lunch pertama di TURKI hehe
pelik pulak bila tengok bangunan ni tetiba keluar nama melayu RUMAH SUTERA ..dalam ni kedai jual kain sutera.. masuk la sekejap ilangkan sejuk hehe..
selesai urusan di BURSA kami memulakan perjalanan jauh ke PAMUKKALE . Jarak dari Bursa ke Pamukkale 490km.. mak aii jauh tu.. hehe macam dari KL ke Kangar Perlis je hehe.. Sepanjang perjalanan kami di melihat alam sekitar yg terbentang luas gunung ganang bukit bukau.. cuma yg pelik tak ada hutan lansung.. bukit2 yg gondol.. sebatang pokok pun tak nampak.. adakah faktor cuaca adakah faktor tanah atau ada faktor dilanda garuda.. yg telah membakar semua hutan hehe. Di mana mana pun sama botak licin..
Mereka mengambil faedah dengan keadaan angin yg sentiasa bertiup utk membina kincir angin utk membekal elektrik.. di mana2 kawasan yg sesuai akan kelihatan kincir angin seperti gambar.
kalau ada pun pokok di tepi tepi jalan tapi batang dan ranting je lah.. yg pokok tak berdaun ni boleh faham la mungkin di sebabkan faktor cuaca bila musim sejuk semua daun luruh ke bumi... nanti bila tiba spring muncul lah tunas tunas baru .. sepanjang winter ni pokok2 ni kena lah puasa kan.. tiada photosentesis berlaku.. kalau kat tempat kita macam ni dah boleh tebang buat kayu api hehe
setelah sekian lama berjalan sampai ke satu RnR ni.. simple tapi memadai sebab tak nampak banyak kenderaaan yg berhenti macam RnR tempat kita.. kalau musim cuti penuh sesak dengan manusia.. yang penting singgah RnR ni sebab nak ke tandas.. hehe bila dah sejuk sejuk ni asyik nak membese yo hehe.. berebut nak dulu ke tandas.. nasib baik la tandas kat sini bersih bersih.. boleh gunakan tanpa was was..!!..
di satu kawasan di RnR ni di sediakan tempat solat yg di panggil MESCID.. bila fikir2 agaknya nya perkataan masjid yg kita guna asal dari sini kot hehe.. tapi cabaran yg sebenar bila mengambil air wuduk cuba bayangkan anda menggunakan air batu sejuk beku utk berwuduk .. bukan nya setakat sejuk tapi perit kulit bila tersentuh air sejuk beku tu.. Demi menunaikan tanggungjawab segala cabaran tetap di tempuh dengan tabah..
di belakang RnR ni terdapat ladang Zaiton.. ini lah firstime tengok pokok zaiton secara dekat.. dapat juga lah sentuh yg berhampiran pagar tu.. dia pun pun buat andaian agaknya tokei ladang zaiton ni yg bina RnR ni..
daun halus keras dan tahan lasak boleh bertahan dengan semua keadaan cuaca..
tinjau ladang Zaiton cari pagar RnR
jumpa kucing ni geram nya gemuk.. kalau lah boleh bawa balik..hehe
bila lama duduk dalam bas mula boring.. ada masa tidu ada masa berbual ada masa abah pegi jadi co pilot.. tengok pemandangan yg terbentang luas .. nampak yg cantik ambil gambar .. kalau tak layan angan angan je lah..
dengan driver pun tak terlepas berselfie.. Driver yg bawa kami ni sangat cool bawa bas punyalah relak jalan kosong je pun tapi dia tak pernah menambah speed .. selamba je.. kalau peraturan kata 90... dia maintain kelajuan tu beratus2 km.. kadang2 nak juga suruh dia laju sikit hehe
tengok la jalan dia tu.. lulus.. selurus2nya jangan keliru di TURKI drive sebelah kanan..
saja nak tunjuk harga minyak..
bila kami sampai ke PAMUKKALE hari dah malam.. terus dinner dan check in hotel.. gambar ni ke esokkan hari nya...
ok kira rehat dulu esok baru kita berjalan.. melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
BERSAMBUNG
Sama macam saya naik bas dari Mekah ke Madinah dulu. Alahai...ikut peraturan tu tak apa lagi. Yang risaunya pemandu bercakap di telefon sepanjang perjalanan mungkin untuk elakkan mengantuk!
ReplyDeleteberapa lama lak tu dr Bursa ke Pamukkale tu AZ?
ReplyDeletei rasa kalau i ke Turkey, Bursa i will skip kot. tak mampu nak pegi jauh2.
Kakcik Nur
ReplyDeletesatu2 tempat tu jauh lama la dududk dalam bas..
Azian
ReplyDeletesemua tempat yg nak di lawat jauh2 tapi kami singgah2 tu yg sampai lambat.. petang baru sampai..