Assalamualaikum..
Percutian kami masuk hari ke empat..
1.0 Selepas sarapan masing masing teruja utk meneruskan pengembaraan.. sekali lagi kami check out hotel dan bakal bermalam di hotel seterusnya.. Masa dalam bas semalam baru nak tanya Farhan kita nak lawat apa di Pamukkale nanti.. dengan sedikit gambaran yg di berikan abah segera tanya pakcik google apa yg best di sini..
2.0 Pamukkale ni rupanya bermakna "cotton castle" atau dalam bahasa trengganu nya istana kapas.. hehe.. Ianya terbentuk secara semula jadi dari aliran air panas melalui kawasan batu kapur. sehingga membentuk satu stuktur kolam yg bersambung yg menarik dan cantik. Ingat lagi tak subjek geography.. ingat lagi staletite dan stalemide ( betul ke ejaan tu cikgu?) hehe.. tapi abah rasa kolam2 tu terbentuk mengikut teori ni la..
3.0 Ianya telah menjadi satu daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.. yg datang ni pelancaong dari Malaysia.. pada masa dulu banyak hotel di dirikan berhampiran kawasan ni sehingga keadaan tidak terkawal.. dan merosakkan istana kapas ini. Keadaan sekarang lebih terkawal hotel2 telah di robohkan utk memelihara kazanah alam ini.. tempat ini juga telah di iktiraf sebagai "world heritage" Ramai juga yang datang mandi kat sini... tapi kasut tidak di benarkan apabila memijak batu kapur.. utk memelihara keadaan nya..
4.0 ok jom kita tengok sendiri apa yg kami jumpa di sini.. Mula mula bergambar dulu di lobby hotel utk kenang2an.. lepas ni tak datang sini lagi dah..
empat sahabat katanya..
bergambar sebelum masuk ke
"cotton castle"
kena beli tiket
do and dont la ni kot..
tiket boot
selfie dengan papan tanda tu hehe
5.0 Dibahagian atas cotton castle ni terdapat kesan sebuah kota Greco-Roman di bina pada sekitar tahun 190 B C. kawasan ini juga di pelihara dan sebagai satu tapak warisan heritage kota ini musnah akibat gempa bumi ratusan tahun dulu.
6.0 ini gambar pakcik google yang bagi.. memula abah imagine kita akan tengok bentuk macam ni.. boleh mandi manda kat dalam tu hehe.. tapi kami memang di offer utk masuk dengan syarat buka kasut.. tapi tak ada pulak yg berhajat..
7.0 sekali lagi kami di persembahkan dengan pemandangan gunung ganang yang gondol semasa meneruskan perjalanan ke CAPPADOCIA.. ada juga gunung yang masih di seliputi salji.
Ini rumah orang Turki di satu
bandar kecil yg kami lalu..
ayam ayam ayam
hehe
8.0 Sebelum tu singgah lunch di sini... nama tempat dah lupa.. makanan kali ni ok lah boleh masuk hehe.. tapi ahli rombongan dah standy dengan pelbagai juadah yg di bawa masuk dari Malaysia, serunding la goreng ikan bilis la nasi la roti la..cili sos pun ada hehe.. makanan orang Turki ni ada yg boleh lalu ada yg tak berselera bila tengok hehe..
KONYA..
9.0 KONYA adalah sebuah bandar terletak di selatan angkara dalam daerah Anatolia. Bandar ke 7 paling tinggi penduduk di Turki. Konya penuh dengan sejarah sejak berzaman, termasuklah era Seljuk, era Karamanid, era Ottoman, Turkish independant war , dan era moden.
10.0 Bila sampai di Konya kami tergesa gesa berjalan kaki ke Muzium Mevlana, kerana kami dah agak lewat dan waktu masuk akan berakhir. Gate akan di tutup.. pada jam 4.30pm. Walaubagaimanapun kami bernasib baik kerana sempat sampai sebelum gate tutup.. Alhamdulilah..
11.0 Abah tertanya ? Muzium apa kah ini.. Siapa Mavlana , atau dalam bahasa arab di sebut maulana, (our master).. tanpa sebarang maklumat awal abah ikut masuk melawat.Dalam hati abah berkata2.. dia ni mesti seorang yg sangat di hormati.. ramai yg datang melawat ke muzium ni.. Didalam muzium ini terdapat satu komplek yg besar , terdapat bangunan makam, bangunan muzium masjid dan bangunan tempat belajar. Kami terus di bawa masuk ke bangunan makam, sebelum masuk kasut kena di pakai kan sarung plastik yg di sediakan utk mengelekkan sebarang kekotoran di bawa masuk atau melekat di dalam bangunan.
12.0 Ad Din ada beri penjelasan bagaimana nak mengenal pasti makam di didalam tu dengan tanda tanda tertentu. Abah tengok ada ramai pengunjung tempatan dan luar yg menziarahi makam ini. Terdapat juga satu ruang utk solat. dan kedengaran juga ada yg menangis2 di kawasan tersebut.. siapa mereka tidak di ketahui. Abah cuma berdoa dan membaca fatihah utk di hadiahkan kepada semua arwah yg di kebumikan di dalam makam tersebut.
JAJAL - AD-DIN MUHAMAD RUMI
13.0 Juga di kenali Jalal ad din muhamad Balchi, Mevlana, Mawlana, Mevlevi/Mavlawi lahir pada 30 Sept 1207 dan meninggal pada 17 Dis (ada juga rekod kata 24 ) 1273. di Konya. Turki. Dia merupakan seorang ahli sufi ahli falsafah, seorang ulama islam, thelogian, dia lah pelopor tarian sufi berputar putar tu...
14.0 Di dunia moden ia dikenali hanya sebagai RUMI, seorang pujangga terkenal , seorang penyair . Ribuan syair , kata2 pujangga, puisi dan sajak beliau di cetak dalam pelbagai bahasa di gunakan secara meluas di seluruh dunia.. buku2 tulisan beliau juga di alih bahasa dan di jual di seluruh dunia.. Dalam FB pun ramai yg memetik kata2 indah beliau dalam memberi nasihat, ayat2 cinta , motivasi dan sebagai nya...
ooooooo baru lah abah tau....
masjid di belakang sebahagian
dari komplek
makam RUMI di sebelah kiri
sebahagian khazanah yg di pamir
dalam muzium
bergambar di luar komplek tapi
masih dalam kawasan muzium
susah betul nak merakamkan
'KONYA" tu.. berebut hehe
tiga kali cubaan
ad din risau tentang time hehe
menunggu korum penuh..
siapa yg tak ada angkat tangan..!!
memanggil peserta berkumpul siapa lambat tak dapat bergambar sama hehe
Trem ni di luar komplek
gambar2 di ambil dari dalam bas
singgah solat jamak di sini
sekitar bandar KONYA
selesai lawatan di KONYA kami meneruskan perjalanan ke CAPPADOCIA.. satu lagi tempat warisan heritage yg harus di lawat.. tapi kena tunggu esok je lah ya..
BERSAMBUNG
inilah keseronokan setelah bersara ya....jalan-jalan pusing donia...
ReplyDeletebelum bersara pun boleh travel angah
ReplyDeletealoha Rumi kat KONYA ye..
ReplyDeletekenapa gambar nya kecik2.. besarkan nanti AZ.
ok noted tq azian
ReplyDelete